Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

ketibaan Ramadhan Al Mubarak

Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal berapa hari lagi ni? Kurang 2 minggu untuk ketibaan ramadhan. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

lafaz doa berbuka di bulan ramadhan

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :

doa selepas berbuka puasa

Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

 

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Tahun ni sedikit berbeza sebab sebulan Ramadhan ni aku akan berada di rumah.

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Disini ada satu facebook page bernama Warna Ramadhan yang boleh korang lawati. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. :)

kredit : zelo55, layar sukses, warna ramadhan

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Semoga hari terakhir Sya’ban penuh barakah..
    dan sambutan Ramadhan sehangat awal bulannya..
    dan semakin bertambah ke penghujung ramadhan. harap amal ibadah semakin bertambah..
    target khatam bulan Ramadhan.. :)
    insyaAllah
    May Allah Ease and Bless all. .

  2. patut la macam lama je tak online.rupanya buat theme baru.hehe…cantik theme baru ko ni,izwan :D

    ramadhan al mubarak.semoga dapat ditempuhi dengan lebih barakah.menarik entri ko kali ni :D

  3. paling best ada iklan ho ho ho…sangat comel

  4. tak sabar rasanya masuk ke waktu itu.. eheh..

  5. alhamdulillah, bulan ramadhan ialah bulan yang dinanti nantikan untuk sama2 jalankan ibadah serta operasi tangkap mereka yg ponteng puasa

  6. comel gambar kartun tu :D

  7. dah bwajah baru.nice nice. ;)

  8. nice2… hohoho

  9. nice info … tak sabar rasanye nak sambut ramadhan ni… bulan yang paling bahagia sekali

  10. itik rupanya. aku ingatkan ayam tadi..

  11. msti ramai yang dah lupa niat puasa ni. hehe..

  12. mamat bulan puasa ni..habis la blog..
    sebab mamat keja dkat bazar

  13. tak sabar nk puasa
    aku link kelebihan puasa oke :)
    sbb tu bde yg kerap aku dgr n beljar tntg kelebihan puasa :)

  14. ahlan wa sahlan ya ramadhan untuk bro,
    banyak kelebihan dia ni

  15. When you are writing about Lafaz Niat Aqiqah, consider including answers to some of these common questions, or providing background information about the topic based on the types of questions given here.

  16. ramai yang baca post tuan ni..untung dpt pahala…

Trackbacks

  1. [...] Jom saksikan telatah sempoi mereka dalam berdakwah melalui Vlog. Video ini mengingatkan kita kepada kelebihan dan ganjaran di bulan Ramadhan.Share /**/ Leave a Comment Click here to cancel [...]

  2. [...] waktu berbuka, juadah yang disediakan juga pelbagai jenis. Tahun ni family aku buka kedai kat bazar ramadhan depan rumah jadi ada la orang sebelah-sebelah kasi kuih dan sebagainya. Paling best aku tak payah [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam