Laman Proton Preve Didedahkan Seketika,Harga Jualan Hampir RM 60,000

blue colour Proton PreveRamai yang menceritakan berkenaan Proton Preve, model terbaru keluaran proton yang dikatakan bakal dilancarkan pada 16 April 2012. Selepas makan malam saya menjelajah ke laman web proton edar mencari info berkenaan Proton Preve tetapi yang ada hanya minisite promosi. Dengan sedikit pengubahsuaian,laman tersebut berjaya dijumpai tapi kurang 10 minit berada disitu,ia telah ditutup.

Seperti dalam video diatas inovasi Proton Preve memberi nafas baru kepada pembeli. Melihat kepada semua ciri saya lebih berminat dengan bahagian rekaan dalaman Proton Preve yang mana memperkenalkan push-Start button, Info display panel yang mesra pengguna, built-in GPS 4G connectivity, auto rain and light sensor dan ruang dalaman yang selesa. Auto Light and Rain sensor paling menarik perhatian saya sebab berkaitan dengan bidang mekatronik yang saya ambil sekarang, mekatronik kami juga belajar mengenai control system, sensor dan sistem untuk kereta pintar seperti ini. :)

Dibawah adalah screenshot harga Proton Preve bagi 5 transmisi dan CVT masing-masing hampir RM 60,000 dan RM 63,000. Spesifikasi menjadi perkara kedua biasanya sebab pembeli mesti nak tahu harga dulu. Tapi kalau nak tengok spesifikasi awal bercirikan smart-car harga sebegitu boleh dikatakan cukup murah. Apapun kena tunggu ada orang beli dan review penuh Proton Preve dahulu baru boleh cerita panjang. Saya rasa dalam usia 23 tahun Proton bertapak ia satu peningkatan yang drastik dari mata kasar.

Proton Preve Specification

p/s :
1. lepas graduate hanya bercadang nak beli kereta kecil dahulu, tak mampu Proton Preve ni :lol:
2. pengubahsuaian saya rujuk gambar Suhairi.com :)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Teknologi yang embedded didalam model terbaru Proton Preve terkini dan setanding yang berjenama.

  2. kalau tak kerana aku dah angkat kereta..memang aku nak kereta ni..

  3. Bagus entry bro :)
    Nk rujuk harga boleh klik kt link senarai harga dalam site suhairidotcom.

  4. belanja kita satu kete. hehehe

  5. tak sabar nak test drive preve ni. hehe… :D

  6. x sabar nak tgk pelancaran nanti

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam