Belum pernah blog ini memaparkan statistiknya pada mana-mana bulan dan ini adalah yang pertama. Yeay! Akhirnya terus keluarkan statistik untuk setahun. Apa yang akan dimuatkan dalam entri ini merangkumi penubuhan asal blog, trafik, ranking, jumlah entri, komen dan lain-lain. Ini adalah rekod simpanan dan rujukan untuk blog.
1.0 Berkenalan sikit eh. Bila Ia Bermula?
Bagi yang belum mengetahui, Izwan mula membuat blog pada tahun 2008 semasa berada di pusat asasi, dibantu oleh seorang gadis teknikal bernama Durakhyar dalam usaha memahami perkara asas blogspot seperti cara nak tukar theme dah letak widget jam. Haha.
http://izwanyusof.blogspot.com
Mempunyai skop yang sempit berkenaan blog, tak banyak yang boleh diceritakan. Tenggelam timbul dari 2008,kejap update kejap tak sehinggalah diawal 2010 Geng Blogger telah mengubah pemikiran blogging Izwan. April 2010 pembacaan tentang blog diteruskan ke blog-blog WordPress yang lain serta semakin kerap membaca hal-hal berkaitan dengan hosting,domain,wordpress sehingga November 2010 www.izwanyusof.com dilancarkan dengan modal RM 85 setahun ![]()
Konsep yang dimuatkan berfokus kepada olahan pendapat dan personal, campus life, teknikal blog, tips blogging asas dan beberapa kategori minor.
2.0 Trafik Sepanjang 2011
Disebabkan beberapa kesilapan teknikal kod Google Analytics, statistik trafik di Google Analytic hilang untuk tempoh Januari sehingga Jun. Lama tuh! Tak tau silap apa,jadi statistik ini berdasarkan dari Awstats Cpanel. Ada yang berpendapat statistik awstats kurang tepat. Hmm.. Hmm..
Unique Visitor : 56,288
Number Of Visits : 135,099
- 2.1 Jumlah Trafik Mengikut Bulan Sepanjang 2011
Trafik yang agak perlahan tetapi memberikan jumlah yang konsisten. Perlahan sebab tuan blog pun jaga blog ni ikut mood dia,camane la kan. Hehe. ![]()
- 2.2 Analisa Trafik Separuh Tahun Dari Google Analytics
Berikut adalah laporan bermula dari Jun 2011 sehingga Disember 2011 dari Google Analytics. Separuh yang hilang menjadi tanda tanya???
- 32,787 Visits
- 27,388 Unique Visitors
- 51,988 Pageviews
- 1.59 Pages/Visit
- 00:02:02 Avg. Time on Site
- 75.22% Bounce Rate
- 83.49% % New Visits
3.0 Alexa dan Page Rank
Sehingga waktu entri ini ditulis Alexa Rank yang dicatatkan seperti berikut
- Global Rank – 503,042
- Rank in MY – 3,780
- Sites Linking In – 376
Paling rendah Alexa Rank blog ini adalah sekitar 240,000 Global, waktu tu update konsisten.
Dan setakat ini masih kekal di Page Rank 2/10. 7 bulan baru dapat PR 2. Fuh!
4.0 Top 10 Browsers
Senarai browsers yang digunakan oleh pengunjung untuk akses ke blog ini.
- Google Chrome
- Firefox
- MS Internet Explorer
- ? Unknown
- Safari
- Opera
- Mozilla
- Android
- Blackberry
- Nokia
Walaupun sedikit jumlah pengunjung dari pengguna smartphone tapi ia tetap ada. Jadi tak rugi pasang plugin Mobile Blog ( Wp Touch ).
5.0 Jumlah Entri dan Komen
Blog ini telah mengeluarkan sebanyak 214 buah entri merangkumi 29 kategori. Entri ni termasuk hampir 40 entri tak silap import dari blogspot yang terdahulu. Mencatatkan 5,457 komen yang hampir semuanya telah dibalas. Yang tak balas dan terus dibuang adalah 100 trackbacks spam, kes dulu-dulu punya. Heh~
5.1 Entri Panas Suam-Suam 2011
- Jadual Waktu dan Tip Menjawab Peperiksaan PMR 2011 – 3365 view(s)
- Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 – 3322 view(s)
- Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2011 – 3117 view(s)
- Isu Umat Islam! Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam – 2560 view(s)
- Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan – 2530 view(s)
- Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2011 Telah Dibuka – 2215 view(s)
- Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2011 Dibuka – 1356 view(s)
- Kerana Arak Itu Aku Sangat Kecewa – 1311 view(s)
- 23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu – 1212 view(s)
- Sebab Aku Terminate MAXIS Broadband – 1106 view(s)
6.0 Penaja
- FIVIO Webhosting – Hadiah Utama pertandingan Jom Review izwanyusof[dot]com
- Kujie2.com – Tajaan hosting dan domain untuk fasa ke 2
7.0 Penutup
Terima kasih kepada pembaca yang singgah di blog ini. Komen-komen korang memang best sebab ramai yang jadikan ruang komen ruang untuk diskus dan bagi pendapat masing-masing.
Perancangan 2012 untuk blog jujurnya belum ada lagi, hanya update bilamana rasa nak update. Hahaha. Oh, dah lama plan nak buat contest sempena 1 tahun blog cuma tunggu masa lapang sikit dan modal untuk hadiah. Dan semestinya beberapa ruang teknikal perlu diperbaiki dan dipelajari.
Dan lagi satu, target tahun ni nak join sekurang-kurangnya 1 gathering blogger. Tahun lepas asyik tak kena je timing. Kalau ada gathering terdekat,boleh la invite-invite. ![]()



semoga tahun ni lebih baik bro..insyaAllah
ahaa.. lebih baik tu luas skopnya part mana satu..
alhamdulillah.dalam jarang update pun masih mampu cemerlang.mmg pakar seo lah
harap 2012 ada sesuatu yg lebih baik untuk kamu
suam-suam lagi nih.. 2012 masih belum pasti apa akan berlaku..
Data Google Analytics yang hilang separuh berkemungkinan pada masa itu belum lagi dimasukkan code Google Analytics didalam blog.
biasanya saya jarang tertinggal part-part penting seperti google analytics.. sama ada hilang masa tukar theme ataupun waktu tu belum upload kat root hosting..
Menarik statistik ni.. aku punya blog tak fikir sngt pasal ni.. anyway, maintain jer trafik tu..
takpe.. kau blog lain statistik lagi menarik.. hehe.. boleh la.. tempat tulis-tulis apa yang ada..
Tahniah, ada peningkatan. Jika dulu ave. 3k, skg dah 5k.
Moga terus kacak ;D
doa-doa la aku makin kacak lepas graduate nanti.. hahaha !!
Wow. mantap blog bro ni. banyak trafik. bila lah aku nak dapat trafik macam ni juga..
eh, ex-admin website maaruf club uiam lagi rancak blogging.. tengok gaya,design blog adlankhalidi menarik..
wah..kagum sy tgk. moga tahun 2012 prestasi blog ini akan lebih baik lagi
tip top la blog ko…semoga lebih berjaya lepas ni
Statistik nampak cam konsisten je. Moga2 utk tahun 2012 ni lagi tinggi.
wahh..macam-macam dapat belajar dari statistik nih..
xper bro, teruskan usaha berblogging
sama-sama lah ye..
wah, menariknya statistik ni. terpesona betul aku. hehe, anyway tahniah dengan peningkatan ini. satu perkara yang megujakan, membuatkan aku lebih bersemangat untuk menyaingi secara sihat. hehe
statistik biasa2 je.. kalau nak challenge traffic,aku berundur la dulu.. blogger2 lain sebulan berpuluh2 ribu..hahaha.. takpe,blog kau lagi advance SEO..aku tak habis menuntut lagi..
uiks, takda advance mana pun. 20k tu mmg susah nak capailah. tahun lepas pun sekali je. SEO amat berkesan kalau pada niche blog je. klu personal blog yg bercampur aduk macam kita ni mmg susah nak bersaing la. hehe
eh, bro pakai sealserver ke?
yup. mini plan.. dah nak habis dah diskspace nih..
aku pun ingat nak angkat satu pakej dorang la, saja nak test. tgk cam best je pakai sealserver ni. tgu gajilah jawabnya. hehe, erk…asal komen aku tak kuar kat atas?
boleh-boleh.. lalu affiliate link aku pun takpe.. hehehehehe..
ada je komen kau kat atas-atas ni..
gaji nanti aku angkat…hehe
tahniah …
prsembahan laporan yg mnarik..bleh sy ikut sikit cara ni ?
sila-sila.. takde masalah nak follow style.. ni main merapu je.. haha..
antara blog yg berpotensi utk pergi lebih jauh di tahun 2012 ni. semoga berjaya, bro!
banyak gak boleh dibelajar dari statistik bro ni.
tak sabar nak jumpa bro dalam blogger gathering akan datang
kat Gombak ni takde gath la.. blogger PJ ramai kan,kalau buat gath leh la invite aku.. hahaha.. aku baru jumpa kaizenshinobi dengan Andy Howtt.. andy tu selalu sangat jumpa dia kat HS..
wah. semua buat statistik blog camni. untunglah semua ada masa free, orang busy macam zida ni susah dah nak mantapkan blogging.
tak jugak.. sy busy dengan society2.. bulan 1 ni entri2 semuanya dah schedule awal2.. tapi tak larat la..setakat schedule 3-4 entri pun dah penat..
schedule awal2? erm, tak terfkir gak nak buat camtu. hehe thanks bro kasi idea. lalala~
kalau blogger2 tegar diorang buat macam ni je.. satu hari karang siap2 lepas tu schedule.. nak jaga visitor dan maintain update event 1 minggu busy..
blog ko lagi mude dari aku tapi pencapaian ko mengalahkan aku..malu aku seh..hahaha..aku dah lama tak masok google analytic..aritu dah setting tapi xtau ape citer..anyway, tahniah bro! keep it up..nak berguru ngan ko la..haha
eh,rilek la..takde mengalahkan apa-apa pun.. aku rasa traffic bukan KPI terbaik untuk nilai sesuatu blog.. takde guru mana pun weh,aku eksperimen je apa tips yang aku baca.. hehe
Besar peratusan new visitors tuh…saya kira itu satu petanda baik
kesan SEO sikit-sikit rasanya.. ada join contest SEO tengah tahun hari tu..
kira banyak juga naik tu. hebat sangat dah nih. hehe..
ish, tak lagi.. ada ke definisi blog hebat.. haha..
woot. blogger hbt ni. terbaik. keep it up bro
Tahniah bro,semakin mantap la ek lepas ni
wah.. tahniah
baru singgah ke blog ni .. wow .. ranking alexa kira boleh tahan tu..
terima kasih singgah.. biasa2 je.. mood blogwalking tak menentu kan.. hehe
As a newly appointed copy-editor I’m expected to give performance feedback to the CEO of the company and the writers I edit each month. What is the best way of doing this..are there any ready templates I can use for this?
post tak banyak tapi komen beribu..sekarang ne PR dah berape? bagi tips sikit bro..aq baru start mula blogging bulan 4 hari tu..banyak lagi nak kena belajar ne..ahaha
PR baru 2 je. tak naik2 lagi. haha.
takde tips sangat pun. aku reply comment, then satu entri biar 2-3 hari baru update. tu ada byk komen agaknya. kena spam dulu pun ada la dekat 200 komen.