Mahu Duit Tambang Bas.Kamu Jujur atau Penipu ?

sindiket penipuan wang di bandar besar

Sekarang ni macam-macam cara orang nak jana duit. Tak kira la sama ada dengan cara yang betul atau pun salah. Kalau blogger ni dah tentu blog diguna secara sampingan nak letak iklan Churp-Churp atau SAYS, itu normal la. Tapi ada satu lagi cara cari duit yang hampir serupa dengan minta sedekah cuma dia lebih baik sikit. Sopan ? Mungkin tapi bagi aku,cukup meragukan. Kenapa ?

2 minggu lepas,keluarga aku hantar aku balik ke UIA dan sambil-sambil tu nak bawa adik aku jalan-jalan sebab cuti sekolah.Hari tu aku bawa mereka ke KLCC,tak jalan sangat pun cuma ke Petrosains. Selepas keluar dari Petrosains,singgah kat masjid KLCC nak solat Asar. Family aku dah masuk dulu sebab aku pergi cari parking. Lepas aku park van,berjalan nak ke masjid tu ada seseorang tegur aku.

Insan A : Dik..Dik..

Izwan : Saya ke?.. ( sambil tunjuk jari kat diri sendiri )

Insan A : Ha’ah, i though u didn’t notice me. U can speak english ? U boleh tolong I tak ?

Izwan : Yes. i can speak english. So, what can i help u ?

Insan A : Ohh, u boleh panggil I kak ##### sebab I macam lembut-lembut sikit kan.

Izwan : Ok..ok.. Pe saya boleh tolong ni.. ( banyak pula la intro mamat ni, ni pun aku dah potong skrip sikit sebab dia tanya aku macam-macam. Aku orang islam ke, belajar kat mana, asal mana dan dia cerita la dia kristian dan ada sedara dia orang islam )

Insan A : Oh, U orang islam kan, mesti u ikhlas boleh tolong I kan ? Actually, I dari Perak. Nak pergi rumah sedara kat Johor. Tapi I takde duit tambang la dik. Dah satu malam I tidur kat sini bawa ini saja ( sambil tunjuk beg kertas dan payung ). Jadi boleh tak U kasi duit sikit tak untuk I buat tambang dengan buat makan sikit. Dari semalam I tak makan apa-apa lagi.

Izwan : ( Aku speechless giler time tu. Tapi buat rilek je ) Ohh, tambang. U nak pergi Bukit Jalil ke naik bas ? Tambang naik LRT ?

Insan A : Ha, yela. I nak ke Johor. Tapi takde duit nak beli tiket bas ke rumah sedara I. U boleh tolong I kan ?

Izwan : Tambang ke Johor ? Maksudnya tiket tambang bas ke Johor ? RM 30 ++

Insan A : Ya..Ya.. U mesti boleh tolong I kan.. Kalau U ikhlas, nanti Tuhan akan balas sama U semula bila U ikhlas dengna I.

Izwan : Banyak tu RM 30,saya ni pun student lagi. Banyak nak pakai duit, lagi-lagi dah akhir semester ni. Tak dapat la nak tolong. Sorry la.

Insan A : Ala, RM 30 je dik. Buat tambang pergi Larkin saja. I pun tak makan lagi ni. Kesian la sikit kan. Kalau U tolong I nanti U dapat kebaikan juga.

Izwan : Eh, betul. Saya lagi banyak nak guna duit, takde duit banyak macam tu. Macam ni la, RM 5 je la. Okey ?

Lepas tu dah macam sesi tawar menawar harga barang kat kedai. Aku nak kasi RM 5 je tapi dia tak nak, tak cukup katanya. Dia mintak RM 10 paling sikit, aku tak kasi. Aku tetap dengan nilai RM 5 dan akhirnya dia mengalah.

Insan A : takpelah ..takpelah.. RM 5 pun okey I buat makan malam ni.. Lepas ni tak tau la macamana I nak balik kan.. U tak mau tolong I kan..

Selesai perbualan dan aku bagi RM 5, dia pun pergi sambil lambai-lambai kat aku ucap selamat jalan segala. Dia pergi jauh sikit, aku perhatikan je dan agak lama juga aku perhati senyap-senyap. Last-last aku tak nampak dah dia ke mana.

Kisah kedua berlaku pada semester lepas, ketika aku kat dalam UIA berjalan nak ke kelas. Ada seorang warga Afrika tegur aku katanya nak ke KLIA. Pun dengan alasan yang sama nak jumpa saudara tapi dia tak bawa duit satu pun. Katanya kad ATM dengan abang dia dan tak dapat nak keluarkan duit. Dia minta aku RM 20 nak buat tambang ke KLIA. Menggunakan konsep UIAM ( universiti Islam ) dan cerita orang Islam mesti baik-baik. Tapi aku memang tak bagi duit masa tu sebab, aku sendiri pun nak belanja sekat-sekat. Lepas tu terus laju aku jalan ke kelas. Fuh !

*************

Apa reaksi korang dengan situasi macam ni ? Pernah jumpa ? Aku asyik terfikir, logik kah alasan yang dibuat tu ?

Masa kejadian ni berlaku, aku pandang fizikal mereka. Pakaian cukup,badan tak kurus, baju tak compang camping, semuanya elok je dari atas rambut sampai la ke kaki. Gaya macam pelancong pun ada. Tapi macamana mereka boleh sampai sini tanpa bawa duit satu pun ? Kalau budak kecil umur 2 – 3 tahun sesat tak bawa duit aku boleh terima lagi, tapi ni orang dewasa. Macamana tu ?

boleh percaya ke dia takde duit nak buat tambang ?

Benda macam ni sangat meragukan aku. Yela, dekat bandar-bandar besar ni macam-macam cara orang nak cari duit. Tambahan pula dia minta aku duit depan-depan aku dengan alasan yang memang aku tak berapa nak percaya. Betul ke ? Betul ke ? Betul ke ?.. Itu je yang bermain kat otak aku,cuba nak menyakinkan diri yang dia takde duit tapi masih meragui cara dia minta duit tadi.

Mungkin ini salah satu sindiket penipuan di bandar-bandar besar, siapa tahu kan. Berdasarkan pemerhatian aku,kita akan terkena bila :

  • Berjalan sorang-sorang di kawasan lengang dan kurang orang waktu tu
  • Muka dalam keadaan blur-blur atau macam tak biasa dengan kawasan sekitar
  • Baru lepas keluar dan masukkan dompet dalam poket

Bayangkan kalau korang tiba-tiba ditegur dan diminta untuk bagi sejumlah wang kat orang yang korang tak kenal, tak ke pelik camtu. Jadi memang kena sentiasa beringat bila keluar ke bandar dan sebagainya. Terutama wanita, sangat-sangat bahaya korang jalan kat bandar besar sorang-sorang. Lagi-lagi kalau jenis cepat gelabah dan kesian sebab biasanya wanita ni sifat kesiannya lebih sikit. Mana tahu percaya bulat-bulat alasan si peminta duit ni terus bagi je duit yang dia nak. Aku ni pasal duit susah sikit, kering hati betul masa tu nak percaya dan bagi duit. Dulu aku dah mula kerja sambilan sejak tingkatan 1, dah rasa susahnya nak cari duit jadi takkan tiba-tiba nak bagi tanpa ada sebab. Sedekah tu lain cerita. Itu atas kerelaan kita nak sedekah dan tanpa diminta. ( sekarang pun nak menderma, ada yang letak jumlah minima. Apa cerita weh ?.. haha )

Jujur dari diri aku sendiri, aku susah nak percaya alasan yang diberikan.Lepas kasi RM 5 tu,aku fikir dua perkara je. Pertama, kalau betul dia takde duit harap boleh la dia buat makan sikit-sikit. Kedua, kalaulah dia penipu dengan alasan tambang bas takde lah aku menyesal sangat sebab rugi tak besar. Apapun,kejadian macam ni memang tak boleh dipandang mudah sebab dah banyak kes-kes penipuan aku dengar dan buat aku susah nak percaya hal-hal yang melibatkan duit ni. Kalau korang terjumpa kes macam ni, hati-hatilah sikit. Memang kita perlu bersangka baik tapi tak semua perkara, ada masanya kita perlu rasa syak terhadap sikap manusia ni. Ish ! macam – macam kerenah manusia. Pernah jumpa kes macam ni ?  :cool:

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    dah salu sangat… hahaha

    aku? bagi RM1 jeh…bukan kedekut… tapi curiga…

    same gak macam ko… hohoho… tapi kire sedekah je singgit tuh…

    alasan aku? sejibik macam ko… hohoho

  2. says

    saya pernah kena byk kali kot..
    dan saya bagi jer duit..
    bukan sebab pukau..
    sebab malas dikacao..suh nak ambik kau duit nie
    kau nak tipu ke apa..aku redha jer..janji aku ikhlas..
    pastu blah
    last2 kena marah di abang..haha

  3. says

    my wife penah kene…sorang kakak tu ngan anak die, pakai baju cantik mcm org biasa2 tapi…”dik blh tlg akak tak, nak pinjam RM10″,
    boleh blah la, aku penat2 cari duit dia senang2 je mintak…

  4. says

    itulah yang meragukan kita selalunya. macam tak logik pula takde duit sedangkan dah plan nak ke johor. dari perak pula tu tapi singgah kl dulu? maybe dia lari dari rumah tapi…macam tak berapa logik gak

  5. says

    aku ada gak kena macam ni
    dan yang tak leh lupakan pasal kad gores dan menang kat salah sebuah stesen bas
    nanti aku nak share jugak cerita macam ni

  6. says

    Insan A tu lelaki kan? Makna nya dia pon pon la erk?
    Kalau Ikhwan dalam situasi bro, mesti dah sedekah RM10 tu. Ikhwan ni jenis yang mudah kesian dengan pujuk rayu orang. *Lagi-lagi wanita :P

    A’ah, tapi macam tak masuk akal kan. Datang jauh-jauh dari Perak, tak bawa duit secukupnya. :D

    • says

      memg pon pon.. sbb tu yg aku kasi RM 5 je.. dah r sekarang makan pun save2, lagi tetibe kena terjah mintak duit.. pening palo den haa.. haha.. ;)

  7. says

    hehe. aku pun prnh kena, org afrika rasanya. hehe.

    ada satu lagi sindiket, hantar budak2 sekolah kat stesyen2 minyak, soh minta sedekah. kalau mak die akan cakap camni:

    “adik, duit ni akak bg untuk adik je. takpayah ambil resit”

    kesian budak2 tu diorang spttnya sekolah, bukannya mintak sedekah. ada tu, mlm2 pun still kena “kerja” cari duit

    • says

      kes macam ni aku pernah baca kat satu blog.. memang kesian r..budak tu cakap dia dari skolah agama,datang dengan cikgu..pmpuan tu tanya mane cikgu..budak tu cakap cikgu tunggu kat tempat lain.. isu ni dulu highlight gak kan pastu nampak senyap..

  8. says

    Biasa la kes-kes ni berlaku. Biasanya kat Pudu Raya, Bukit Jalil, Hentian Putra… So kalau jumpa orang-orang cam ni hati-hati. Perhatikan juga kanan kiri. Mereka ni ada group. Kalau nampak member dia ni boleh “makan kita” dan suasana pun tak ramai orang, mereka akan rampas wallet kita. Pastu mereka terus je jalan ramai-ramai. wat tak tau jer. Saya pernah nampak gak kat satu sudut di Pudu satu waktu dulu.

  9. says

    aku pernah kene kat ktm bandar tasik selatan dulu..tengah duduk tunggu train..tetiba ada sorang perempuan cina ala2 tomboi datang kat aku minta duit..dari jauh lagi aku dah nampak dia usha2 orang lain yang tunggu kat situ..aku pura2 tak nampaklah konon, alih2 datang gak kat aku..alasan dia lebih kurang cerita ko..kononnya takda duit nak makan..sebab terkejut dan malas nak layan dia, aku hulur rm5..bagusnya, siap doakan aku, berterima kasih lak tue..wow..brader sebelah aku tadi pandai, pura2 buat call, takmo kena ganggu..balik asrama cerita kat member, rupa2nya dia pun pernah kena kat mines serdang..tapi cerita lain sikitlah..perempuan tue macam high, minta duit kat dia siap ugut nak tumbuk..pehh..fikir balik, macam menyesal pon ada gak bagi rm5 tue.. :-| kalau makan kat mapley dah dapat roti sardin ngan teh ais dah..

    • says

      kat ktm pun jadik ?.. bagus gak trick mamat tu buat2 on call.. haha.
      peh, bukan setakat roti sardin.. rojak mee + teh tarik pun lepas tuu.. hehe

  10. mat says

    salam…

    aku rasa aku penah kena situasi macam ko nih…
    lokasi is area KLCC…. sama!
    proclaim gay or may nyah… sama!
    nak balik johor… sama!
    kononnya non-muslim yang penah belajar islam, telling about good deeds will get balasan baik etc..etc… sama!
    ada sedara-mara convert muslim….sama!

    tapi ending bit different…

    i gave him (or her) RM10 and he said not enough and need atleast RM50
    i said i did not have enough money.

    so i said if you want to go back to JB i will buy u train or bus ticket at KL Sentral (as i am on the way back to Sg Buloh using train via KL Sentral)

    he still insist for RM50 bcos dont want to trouble me buying him ticket, as he can buy for himself.

    i pissed of abit! dah la orang nak tolong, banyak pulak demand dia nak RM50!.
    siap nak belikan tiket summore,
    boleh pulak dia tanya “are you not believe me?” a few times.
    then i said “YES!”
    “If you want me to help you, you follow me to KL Sentral and buy you train or bus ticket to JB!, If not, you can keep that RM10, and thats it!”

    to make it short, we went to KL Sentral and i bought him ticket to JB.
    what makes me wonder… mula-mula jumpa cakap want to go back on that night itself using train or bus at 11.00 p.m.
    then masa nak beli ticket dan-dan tu jugak dia cakap nak balik esok pagi then tukar lagi jadi esok malam…
    so finally i bought ticket for next day train…

    sebab aku nak balik rumah cepat so i dont want to argued with him and kill my own precious time…

    tapi takpa i believe he will still be in KLCC area kalau dia nak menipu lagi
    and i feel that one day i will meet him again as i work at KLCC!.

    After this if someone ask money using same MO… i will ask like SB police officer!

    • says

      ish..ni memang confirm org sama la ni agaknya.. tak pun skill sama.. baik gak bro pun nak gi KL sentral kan..aku rasa dia tukar tarikh tu ke sebab dia nak tolak balik tiket tu.. jual dengan orang2 yg ada kat situ balik ke.. hari tu aku memang perhati dari jauh..tapi kejap dah lost.. agaknya kena try mintak IC segala kot.. kalau nak bantuan, kita ke pejabat polis..mintak tolong polis call sedara dia kat ‘Johor’ tu.. haha

    • says

      kalau ramai orang ok lagi.. kalau tempat yang orang lalu lalang pun sikit,payah gak.. time tu tak ramai orang yang lalu dekat dengan aku..

  11. says

    penah je kene ngan budak kecik linkungan 12 taun kat stesen bas duta.konon nk balik perak xde duit.kasi la 10 ringgit+duit makan.memng byk sindiket cmni skang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam