Mass Rapid Transportation ( MRT ) Alternatif Kesesakan Jalanraya

my rapid transport

8 Julai 2011 , My rapid transit atau mass rapid transportation system ( MRT ) dilancarkan di Kuala Lumpur Convention Centre. Petang tadi aku berkesempatan ke KLCC untuk melihat tapak pameran MRT. Projek MRT dibina untuk menampung kapasiti penggunaan jalanraya menjelang 2020 dan salah satu projek pembangunan dari kawasan Sungai Buloh ke Kajang.

Objektif utama MRT untuk menggalakkan orang awam menggunakan public transport yang lebih menjimatkan masa dan kos petrol. Biasanya perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Bintang memakan masa 45 minit, dengan MRT masa perjalanan dijangka berkurang kepada 30 minit.

MRT route

Perbezaan ketara MRT dengan LRT ialah kapasiti penumpang yang boleh dibawa. Penggunaan MRT membolehkan tren menampung 2 kali ganda bilangan penumpang di dalam LRT sekarang. Lihat saja LRT di Kuala Lumpur pada waktu puncak bagaimana keadaannya dan ini merupakan projek yang baik untuk membangunkan infrastruktur negara.

Sedikit info berkenaan dengan MRT Sungai Buloh – Kajang :

  • Laluan sepanjang 51 kilometer ( 9.5 kilometer bawah tanah ) dan mengambil masa 90 minit dari stesen Sungai Buloh ke Kajang.
  • Sebanyak 31 stesen di sepanjang laluan dan jumlah pengguna yang dijangka menggunakan MRT di sepanjang laluan ialah 1.2 juta orang.
  • Projek dijangka mengambil masa selama 5 tahun bermula akhir 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016 atau Januari 2017.
  • Menggunakan sistem tiket sehala iaitu pengguna hanya perlu menggunakan 1 tiket ke destinasi yang dituju. Kalau ada Touch N Go juga boleh digunakan.
  • Mempunyai 4 gerabak besar dalam satu tren. Setiap gerabak boleh menampung 1200 orang yang bersamaan dengan hampir 12 bas atau 700 buah kereta.

Ada beberapa laluan yang akan disekalikan untuk projek mega seperti stesen di Menara Warisan, Kuala Lumpur International Financial District, River Of Life dan lain-lain.

Projek pembangunan laluan MRT pada aku satu idea yang baik dari segi pembangunan negara. Pembinaan laluan ini seiring dengan beberapa projek lain bakal membuka lebih peluang pekerjaan. Preview tentang pembinaan Kuala Lumpur International Financial District ( KLIFD ) akan mewujudkan satu hub ekonomi terbesar di Malaysia yang mana kat sana diwujudkan kemudahan pembelajaran dalam bidang ekonomi sehingga ke peringkat PhD. River of Life bakal membersihkan koridor Sungai Gombak dan Sungai Klang, satu proses pemuliharaan yang baik tetapi rakyat Malaysia perlu lebih peka dengan kepentingan menjaga alam sekitar. Baik pulih kemudahan tapi kalau kita suka hati buang sampah ke sungai menyebabkan projek ini sia-sia.

Tadi sempat bertanya dengan pegawai yang menjaga pameran. Projek ini akan dijalankan untuk semua fasa dan siap 5 tahun akan datang. Tetapi mengenai KLIFD, River of Life dan lain-lain ia digerakkan mengikut syarikat yang menguruskan projek. My Rapid Transit sediakan dulu stesen di tempat projek-projek tersebut. Aku lupa nak tanya teknologi yang digunakan untuk MRT sama ada masih sepert LRT atau tidak. Aku suka melihat teknologi MAGLEV di Jepun yang menggunakan konsep magnet untuk pengangkutan seperti ini. Tapi nak dijalankan di Malaysia mungkin makan masa tetapi tak mustahil.

Keseluruhannya projek yang melibatkan pembinaan, infrastruktur dan kejuruteraan sebegini perlu lebih dititik beratkan di Malaysia. Pemikiran juga perlu lebih diperluaskan agar rakyat Malaysia boleh berdaya saing dengan negara-negara maju. Pembangunan generasi muda, belia, teknologi, tamadun itu lebih penting rasanya daripada perebutan kuasa politik yang masih lagi di tahap tidak matang. Walaupun projek ini pada aku masih berskala kecil iaitu tertumpu kepada lembah klang tetapi ia satu permulaan. Pembangunan ni perlu diperluas lagi. Mana tahu satu hari nanti dari Johor ke Perlis boleh naik tren je, kan mudah?

:)

Kalau bidang professional seperti kejuruteraan atau perubatan dibangunkan secara lebih pesat di Malaysia, mungkin takde lagi isu graduan lebih suka berkhidmat di negara luar berbanding negara sendiri.

credit : http://kvmrt.com.my/ | http://www.malaysia-kini.com/blog/2011/07/klang-valley-mass-rapid-transit-mrt/

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. classmate mecha says

    this new MRT covers route that not been taken yet. as if you can go everywhere by using train only (kelana jaya line, ampang line,ktm)
    made life easy in kl :)

  2. says

    aku sokong MRT ni walaupun ada lagi benda yg diorang patut buat selain MRT ni.since dah launched,aku harap projek ni dibuat dengan baiklah dan bas pengantara(feeder bus) disediakan secukupnya supaya org jadikan MRT ni pilihan utama pengangkutan harian..

  3. says

    bagusla ada MRT ni..dah ada komuter adan LRT..kira bagus tu..transport awam mesti perform bagus. Lepas ni..leh jadi cam jepun dan korea..tak yah beli kereta. haha..

    • says

      dari segi maintain the performance tu nampak lack sket skrg..
      bas terutamanya..harap kemajuan tu seiring dengan pemikiran gak.. ;)

  4. says

    Salah satu cara hendak mengurangkan kesesakan jalan raya. Apa yang pernah disuarakan oleh Dr M bekas mantan Perdana Menteri Malaysia adalah kenaikan harga tanah yang melampau dikawasan terlibat laluan MRT

  5. says

    I like the helpful information you provide in your articles.
    I will bookmark your blog and check again here regularly.
    I am quite certain I will learn many new stuff right here!
    Good luck for the next!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam