Sejak aku berhijrah ke Petaling Jaya pada 2007 dan seterusnya ke Gombak, banyak perubahan dah berlaku dan salah satunya bab makan. 17 tahun aku duduk Johor ni bila pergi tempat orang, adalah benda yang selalu aku makan jarang dapat makan. Sambal Kicap. Pernah dengar? Orang Johor mesti tahu dah apa itu sambal kicap,kalau tak tahu malu je duduk Johor weh. ![]()
Sambal kicap ni tambahan makanan yang dibuat daripada beberapa ulas bawang putih bersama lada cili hijau kecil ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan kicap kedalamnya. Aku pernah buat masa sekolah dulu,saja cuba-cuba. Ambil dalam 4 ke 5 ulas bawang putih, segenggam lada cili hijau dan tumbuk dengan lesung batu. Bilangan bawang putih atau lada ikut sukalah. Nak pedas bubuh lada banyak sikit,tak pun letak cili padi ke cili api ke baru berasap. Wooooo..
Lepas tumbuk lumat-lumat letak dalam bekas dan bubuh kicap secukupnya. Tapi,aku lupa masa tumbuk lada dengan bawang putih tu kena letak garam atau gula atau tak kena letak apa-apa. Sorry,lama tak buat sendiri. Biasa mak je yang buat.
Sambal Kicap Sesuai Dihidang Bersama?
1. Tempe Goreng
Kalau kat Johor tak tahu apa itu Tempe, memang memalukan weh. Tempe goreng bersalut serbuk kunyit dipotong nipis dan digoreng rangup, sangat sedap bila cecah dengan sambal kicap. Bagi yang tahu nikmatnya, ada terasa-rasa tak kat tekak tuh?
Sejak aku duduk Gombak, susah nak jumpa tempe macam kat rumah. Kat cafe tu kalau ada pun tempe, tebal bukan main lagi. Lepas tu goreng bersalut tepung, dah macam pisang goreng. Tempe yang tebal digoreng sangatlah tak sedap. Serius! Oh ya,tempe ni makan dengan nasi la baru kena. Pernah makan pecel? Kat dalam tu ada tempe.
2. Keladi Goreng
Menu kedua, keladi goreng. Ni goreng tak guna serbuk kunyit eh, goreng guna tepung. Sangat nikmat bila cecah dengan sambal kicap. Menu ni biasanya disediakan waktu minum petang bersama Teh O. Resepi orang dulu-dulu ni sebabnya masa aku sekolah rendah nenek rajin goreng keladi belakang rumah lepas tu ada sambal kicap. Sedap tak ingat beb!
3. Pisang Goreng atau Tauhu Goreng
Sekali lagi sambal kicap ni memang sesuai dipadankan dengan makanan bergoreng. Pisang goreng biasanya mesti cecah sambal kicap,tauhu pun sama. Dua-dua ni digoreng bersalut tepunglah biasanya. Dihidang pada waktu petang ataupun ketika hujan. Cuba bayangkan waktu hujan makan pisang goreng cecah sambal kicap lepas tu ada Teh O satu jag. Best tu. Tapi macam biasalah, kat Selangor aku jumpa pisang goreng cecah sos. Memang geli-geli je tekak nak makan,tak biasa. Tapi nak buat macamana, negeri orang.
4. Nugget Goreng
Semalam adik aku goreng nugget black pepper dan biasanya nugget ni cecah sos baru sedap. Tapi aku buat satu eksperimen baru nugget cecah sambal kicap. Hasilnya, sangat fail! Jadi, tak semua makanan bergoreng ni sesuai cecah dengan sambal kicap. ![]()
Kalau anda tak pernah rasa sambal kicap Johor ni macamana, baik pekena sekali. Sebab, dulu masa aku kat matrik aku bawak satu plastik tempe goreng dengan sambal kicap. Ada roomate aku, orang kelantan dia makan sekali lepas tu tambah lagi. Orang Kelantan biasanya kurang sikit makan pedas. Tapi masa tu dia dah berpeluh tapi cecah lagi sambal kicap tu. Agak kelakarlah, tapi itulah kenangan aku kat matrik dulu.
Kalau nak buat sambal kicap ni,biar betul-betul sikit. Sebab bila aku tanya kat makcik cafe dalam kampus ni,”sambal kicap ada?”. Nak tahu dia tunjuk apa? Satu bekas lada hijau dipotong-potong yang telah direndam ke dalam kicap. Aduhai, nak tak nak kena balik rumah juga baru merasa erti Sambal Kicap sebenar.


bro, kasi rasa aku dulu..dah terliur baca entri ko nie..nak sangat rasa..
cane nak kasi.. try buat sendiri dulu.. resepi google je.. hehe
aha….entri ni da mcm kisahkan feveret makanan aku sendiri…. lagi2 tempe goreng……kalau kat gombak tu mmg kempunan tempe kampung…sebab tempe kat gombak tak sedap.tak fresh..kat kampung tempe tu dibalut ngan daun ape ntah lupe name die.
btw,aku baru tau pisang goreng cicah sambal kicap tu stail org johor.selame ni dri kecik mmg suke makan pisang goreng cicah sambal kicap.
dibalut dengan daun pisang la kan?.. mak aku reti buat tempe ni.. ya,kat gombak tempe tebal.. hoho..
xlengkap sajian tanpa sambal kicap.
pisang goreng, tempe goreng, soto, sup tulang, nasi goreng, mee goreng semuanya lebih kick dgn sambal kicap.
yeah.
musim2 maulid ni, nasi beriyani orang masjid paling power….
burppp…
berapa dulang ko sebat kat mesjid? .. hoho..
Saya pernah merasai Tempe cicah Sambal Kicap memang sedap.
kena cuba yang lain-lain juga selain tempe..
mula-mula menetap kat Johor memang aku pelik org makan pisang dengan sambal kicap, sebab kat Kelate orang tak mkn mcm tu…tapi sekarang dah melekat dgn sambal kicap
kat kelate camane padanannya? johor mungkin best kat sambal kicap..kelantan,sos thai diorang best.. dengan keropok ikan.. pernah ke sana dulu..
memang makan dengan sos Thai…terangkat hahaha
semua goreng…
sedapnya aku suka makan mende2 ni..
tapi sambal kicap johor tak penah..
setakat ni goreng-goreng je.. kalau rebus,lain plak padanannya..
aku orang johor, dalam senarai diatas memang keladi, tempe dan goreng pisang cicah dengan sambal kicap, serius sedap, lagi lagi pisang goreng, perghhhh, terangkat punyerrr, hehehe.
Serius aku setuju yg tempe mesti digoreng cara johor tuh, kalau yg goreng dengan tepung pastu tebal memang x sedap bro, lain mcm jer rasanya
terangkat sampai.. kalau panas ye sedap.. tapi kalau lapar,pisang goreng dah sejuk pun balun je.. haha
aku siap makan nugget dengan sambal belacan lagi. memang leh masuk gak. haha..
nugget + sambal belacan? first time dengar kot.. not bad..
sambal kicap nye rahsia nak sedap kene tumbuk cili ngan bwg putih tu ngan batu lesung… kalau gune blender mmg sgt lain dan x sedap rasa dia…kan? malam raya selalu mkn sup tulang2 ngan sambal kicap.. makan smpai berpeluh2..ah ! terbaaeekk..! huhuhu..
memang kena tumbuk gak,blender tak sama ‘kick’ nya.. wahh,makan jugak ek.. sup tulang2 plak tuh.. malam raya orang biasa buat lodeh la.. hehe…
rasanya kenalah letak gula dan garam sikit…baru lagi umpphh jadinya…akak ipar saya orang johor…so bila beli goreng pisang kat selangor, dia akan cakap kalau kat johor ada sambal kicap…tapi memang sedaplah kan..lagi pedas, lagi sedap..hihi..
mungkin kot kena letak garam sikit.. tak ingat..
yup,lagi pedas lagi sedap.. ikut kemampuan perut masing-masing tahan pedas ke tak.. haha
tengok gambar pun dah menyelerakan.. terbaek la
selera asli..
Aku suka makan tempe walaupun akau bukan org jawa.Masa aku pergi Indonesia hari tu,macam2 jenis masakan tempe ada.Kalau kat sini cuma yg goreng jer ada.Kat sana aku jumpa tempe masak kicap(goreng dgn kicap)tempe dipotong halus2..rangup dan sedap.
tempe goreng kicap? tak pernah lagi makan.. tapi kalau sambal goreng tu pernah la jugak.. tempe,tauhu kering,tauhu,kacang dibuat sambal.. goreng sekaligus.. kalau dapat tempe indonesia,lagi pure tuh…
Yup goreng dgn kicap ABC.goreng kering bukan ada kuah.
my friends are havin a bbq later for us all today, she said her husband has got in plenty of german sausages for us to try. i was laughing, i asked “what are they?!” she laughed and said they are bigger and spicer than the others, quite fat things.
kalau dapat dengan sukun goreng perghhhhh.. lagi sengat kau…
sukun.. taraf2 keladi goreng,keledek gak la tuh.. memang terangkat!
err, aku cicah telur dadar dengan sambal kicap tu, lepas tu makan dgn nasik.
telur dadar eh? kalau letak kicap kat telur pernah gak.. sambal belacan ke.. boleh try ni telur dadar + sambal kicap..
pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kompem la takde kat Mesir semua benda ni. rindunya nak makan tempe main cicah2 dengan kicap pedas…
tak try buat sambal kicap ni sendiri? bawang,lada dengan kicap mesti ada kat sana kan?
percaya tak kalau zida cakap kicap takde kat sini. huhu kalau ada pun kicap indon, waaa, takpela, nanti cuba usahakan. hehe thanks for resepi~
takde kicap? wahh.. orang arab tak makan kicap ek.. eh,resepi tu kena recheck balik.. takut tak menjadi.. haha..
saya tahu sambal ini, sbb akak ipar ada 2 org dr johor dan memang terer buat sambal ini. Kalau makan sup mesti buat sambal kicap ni.
memang lawannya dengan sup. kalau takde,tak complete sup tu.
Terbaik nie .. hehe
boleh tahan laa..
ouhh . . xpenah try g kowt ..
fuh ni menu & hidangn yang terbaik ni~
cara ni bro, memang layan! ngeee
simple tapi sedap.