Dah lama aku tak perasan blog ini ada kategori untuk Cinta. Macamana aku boleh buat kategori ini pun aku tak ingat lah dan disebabkan dah lama tak update kategori ini,maka tetiba datang idea untuk keluarkan entri berkaitan. Biasanya lelaki sering dianggap punca dalam permasalahan cinta. Main kayu tiga itulah lelaki, tak jujur itulah lelaki jadi macamana nak tahu lelaki tu serius atau tidak dalam percintaan?
Memasuki tahun kedua pengajian dan nak ke tahun 3 ni ramai rakan-rakan aku yang dah hidup ‘berdua’. Sorang-sorang aku perhatikan dan biasalah ragam orang bercinta ni handphone tak lekang dek hujan tak luput dek panas, pukul 2-3 pagi calling-calling.Kat matrik dulu pun roomate aku macam tu juga,fenomena biasa. Paling aku suka tanya satu soalan je,”kau dengan family perempuan tu dah kenal ke? Ok la dengan family dia?”. Agak killer soalan tapi itu yang aku suka tanya. Haha. Pada pendapat aku lelaki mula serius dalam perhubungan bila dia berani bertemu dengan keluarga wanita itu sendiri.
Umur dalam lingkungan rakan sebaya aku ni rasanya dah tak main nak cinta-cinta monyet setakat balas surat letak bedak Jonson & Jonson, gayut kat public phone pakai duit syiling “ting.. ting.. ting..” ataupun main kirim salam sayang ni. Oh ya,kepada budak sekolah cinta monyet korang tu amat buang masa okey. Bila dah ditahap umur 20 dan ke atas yang semestinya difikirkan ialah bagaimana nak atur perhubungan itu sampai ditahap mana dan tak lain tak bukan mestilah happy ending dengan pernikahan. Bila lelaki mula memikirkan nak serius dengan seseorang semestinya dia sudah berani berhadapan dengan keluarga si gadis sebab dalam apa jua keadaan diakhirnya nanti siapa watak penting dalam perhubungan korang kalau bukan wali kepada wanita tersebut iaitu ayah dia. Namun untuk lelaki nak berkenalan dengan keluarga perempuan tersebut bukan perkara mudah.
Perkenalan si lelaki dengan keluarga si perempuan akan menimbulkan satu perasaan yang mana dia takkan mengkhianati perhubungan itu. Pandangan aku, bila dah saling bertemu keluarga dan kenal-mengenali sanggup ke lelaki tu nak curang dengan pasangannya? Kalau masih tidak setia ia sangat memalukan sebab kau dah kenal sampai ke tahap mak ayah dia tapi masih nak cari perempuan lain, itu sangat tak gentleman. Lelaki punya banyak lagi tanggungjawab yang harus difikirkan setelah berkahwin nanti,kalau masa dalam perhubungan pun sudah beralih sana sini nanti bila dah kahwin bagaimana? Persoalan juga tu. Memang nampak berbeza sikap lelaki yang dah biasa jumpa family wanita tersebut berbanding yang masih di awang-awangan. Dari apa yang aku perhatikan kebiasaannya lelaki yang dah kenal dengan keluarga pasangannnya lebih serius mencorakkan hubungan mereka. Oh, mungkin istilah lebih serius mencorakkan hubungan itu melibatkan kedua-dua belah pihak lebih elok.
Apapun, seperti yang dinyatakan bukan mudah nak buat keputusan kenal dengan keluarga kalau hubungan itu masih awal. Ia perlu dilalui dengan pelbagai langkah untuk menstabilkan keadaan,memahami satu sama lain dan bukan meminta untuk difahami sahaja serta komunikasi yang jelas. Bagi yang lelaki bila sudah serius bertemu dengan keluarga si dia, tanpa kepura-puraan dan sikap hipokrit itu dah kira mantap. Kenapa tanpa sikap berpura-pura sebabnya setelah berkahwin nanti bukan korang hanya berkahwin dengan pasangan tetapi mengenali juga seluruh ahli keluarga mereka. Jadi,jangan hiporit dalam percintaan.
Akhir sekali, ini adalah pandangan aku dalam mengukur sejauh mana lelaki itu serius dalam percintaan yang dijalinkan. Mengenali keluarga itu akan menunjukkan sikap hormat-menghormati dalam perhubungan. Sokongan untuk menjadikan hubungan itu lebih baik juga perlu. Mungkin olahan entri ini sekadar pandangan ringkas daripada pendapat sendiri dan entri ni pun bukan jiwang sangat cara penulisan. Kan? Apapun kepada yang sedang melaluinya semoga berterusan ke alam perkahwinan dan kepada kenalan-kenalan aku kalau korang nak kahwin sila jemput aku. Tak pernah rasa nasi minyak member-member weh ! Tapi hadiah takde lah,aku kan student lagi. hahaha ! #okbai.


biasnya..kalau dah sampai jumpa keluarga..kira serius tu..
tu tinggal masa nak bernikah je tu.hehe…
lelaki ke pempuan ke takleh predict jugak walaupun hubungan cinta dah tahap kenal bakal mentua or dah tunang. serius maybe mmg la dia akan kawen/nak kawen. tapi tang masalah curang ni simple je. orang kata apa, pandai makan pandai simpan. haah. depan baik/sayang/cintan. tapi sparepart beratur. cam harem.
pada yg betul2 serius setia tu baguslah. peace.
kalau sedar tujuan relationship tu kenapa,mesti tahu bila pasang spare-part ramai2 tak kemana.. letih dengan kepura-puraan..
wow la entri ni.pandangan dari kacamata seorang lelaki.
patut sebar kasik org yg tgh bcenta baca ini.haha.
nice one!
“balas surat letak bedak Jonson & Jonson” hahahahaha …tak leh blah aku ngan statement ini …
selalunya kalo dah jumpa famili pmpn, mmg nak myatakan komitmen la, kononnya la…
kau pakai ke bedak tu? ke pakai perfume.. kah3
amacam bro, ko dah sampai stage ni ke?
aku pakai bedak baby yang warna merah je.apa ekk nama dia?haha…
wah.. and a good judgement. i hope u’ll get the right-partner..hehe..
mengatur langkah untuk mengenali keluarga pasangan merupakan satu keputusan yang sukar dibuat bagi lelaki unless he wants to take that responsibility.
i dont know how the feeling in lovey dovey-bercinta. I think its enough i love my family,my friends right now. kalau dah sampai seru tu sampai la.. nt bleh la awk makan nasi minyak saya. tak yah bawak hadiah.datang mai makan jer..hehe
okey,akan datang makan saja. VVIP seat !
Aku serius… tapi takut nak jumpa mak bapak.. nanti kena beranikan diri la.. tapi bapak dia garang ouh.. takut aku… tapi betul la macam ohcikgu kat atas tu cakap.. bila dah jumpa mak bapak.. kira serius la tu..
kalau dah jumpa mak bapak dia memang nak serius la tu…
first time aku baca entri cinta ko ni.haha…
sebenarnya lelaki memang ramai yang betul2 serius bila bercinta.cuma kaum hawa je yang kekadang ingat lelaki tak sayang kat dia.kekadang bila dah kawin pun macam tu jugak.isteri ingat suami tak sayang kat dia.lelaki ni bukan jenis nak meluahkan sayang dia tiap2 hari.ada jugak dia simpan sikit2.tapi tetap yang paling dia saya adalah isterinya seorang.tiada yang ke dua mahupun ke tiga apatah lagi keempat.haha…
lelaki bukan jenis yg meluahkan syg tiap2 hari?.. betul3.. hahaha..
setuju dgn point jumpa keluarga tu. akhirnya ada gak jejaka yg sudi tulis psl ni. heheh
masih belum bersedia nak jumpa walaupun serius…adakah perempuan anggap ini tak serius ?
kalau dia yang tanya bila nak jumpa tu mungkin kot anggap tak serius.. kalau lelaki start dulu cakap nak jumpa,mesti tergamam perempuan tu.. try la,macho sikit woo.. hehe..
haha memang dah jumpa pun.
tak, perempuan TAK anggap tu sbg tak serious..sebab mcm lelaki, proses nak bwk boyfriend jumpa parents tu pun mmg menakutkan juga bagi perempuan..and, pada orang perempuan, benda yang ktorg expect utk jadi serius dan berkekalan wajar diberi masa dan tak perlu digesa..
hehe point of view seorang wanita pulak
ya, sebab itu ia memerlukan sokongan kedua-dua pihak dan saling berinteraksi.
kalo sape2 yg da jumpe mak aku tu,maknye serius la dia jujur dlam perhubugan bukan sahaja sbgai kawan..maybe ebih ke kan..
klau aku lah, memang nak jumpa family itu merupakan sebahagian dari plan aku.. jgn main main, kelak dipermainkan. bab ni serius sikit.
psst: walaupun budak SPM, besar cita cita tuh.. haha
teruskan bercita-cita besar.. buat plan 5 tahun akan datang sebelum habis kertas terakhir SPM nanti..
plan tuh siap dah masuk dlm karangan english, tp dlm bentuk narrative.. haha
first, jangan main2kan cinta monyet zaman sekolah sebab majoriti kawan2 saya berkahwin dengan si cinta monyetnya dan sekarang memang sebagai cikgu pun saya tak halang ana-anak murid bercinta sesama mereka…asalkan kamu pandai bercinta
memang ada cinta monyet yg berkekalan tapi dari yg saya lihat rakan2 yang bercinta zaman sekolah, hanya minoriti saja yang kekal.. ramai yang end-up selepas SPM sebab haluan berbeza..biasanya masa sekolah belum boleh membuat penilaian dan keputusan yang tepat,blur2 gitu..
Naluri lelaki biasanya x cukup 1, betul x? Lumrah tu.. Cuma tinggal nak kawal je…he3.
Aku dah kawin jadi aku rasa lelaki kalau betul2 serius, ada masanya blh jadi gila…he3
aku xpernah merasa serius sedemikian. huhuhu
samalah kita
career comes first ke?
nie entry saje nak tarik komentator gadis ke?? huhuh.. anyway, betul gak atleast wanita tuh tahu bahawa lelaki itu betul2 serius dalam perhubungan.. tapi bile dah kenal family bukanlah lesen utk keluar sana sini bersama-sama bila2 masa dan tak pedulikan org keliling… dan bile org tegur atau dakwah leh plak jwab “mak aku x marah”.. haaaaaa…..
rasanye ramai wanita yg faham kalau2 pasangannye yg belum stabil xnak jumpe parents… maklum le.. bukan je wanita itu materialistik, kadang2 mak ayah pun materialistik gak bagi pihak anaknye..hohoho
kalau x bercinta pun handphone mmg tak lekang dek hujan tak luput dek panas, le… ada housing… heeeee
dah kenal family nak keluar sana sini lagi segan.. tak tau la org lain, lain pandangan..
materialistik? mesti ke kalau jmpe family tu kena cite soal hantaran?.. kenal2 dulu tak bley?..hahaha
hemm…serius kot. mengeletar gak kadang-kadang jumpa mak bapak diorang. haha..
hehe..mamat dah ada pengalaman bab ni..he3
normal rasanya tuh..
blog mamat pun ada ketegori cinta..dulu mat puisi…hahaha
biasanya perempuan y serius berbanding lelaki……
yup.. sebab perempuan biasa berfikiran lagi jauh..
could somenody translate the song for me cause I only maybe understand like 5 words :S I know its sadplease help me
Da 5 tahun couple, ajak jumpe family dia kata x ready sebab student. Oke boleh paham, tp yg paling sedih nak masuk ^ tahun dgn dia, dpt tahu dia ada gf lain classmate dia. Dan yg paling dedih, benda nie dia x jujur dan diamkan diri macamtuh je. Nape lelaki zalim macam nie? x nk cakap la x nak, STOP bagi harapan palsu. Dan paling penting, jujur kalo da ade yg lain. Ckp sayang tp langsung x tunjuk dan diamkan diri terus ! perempuan boleh terima dgn redha kalo itu da ketentuan Allah, tp sikap lepas tgn lepas 6 tahun bercinta itu yg x patut. Then dia bahagia dgn perempuan tuh, tp atas penderitaan org lain. Sangat kejam ;(
bahagia atas penderitaan orang lain. ayat tu biasa didengar, biasa juga orang akan hadapi.
berubah hati ni susah nak tafsir.
kalau laki tu ada matlamat nak hala relationship tu ke arah mana (rumahtangga) then it’s gonna be ok perhaps.
6 tahun lama tu, lesson dari kisah lepas supaya next relationship adalah tidak sia-sia.