Padah Terbang Di Udara Tanpa Sesi Regangan Badan

Dipendekkan intro satu badan saya tengah sakit-sakit sekarang kat lengan,kaki dan perut dek kerana terbang kelmarin tapi tak buat regangan. Excited,mane taknya!

kem pantai moribHujung minggu lepas saya ke El Azzhar Camp di Morib untuk satu program anjuran kolej kediaman Uthman, UIAM. Lebih kepada kem aktiviti luar seperti night walk,camping, high rope dan mengisa ikan. Hari pertama iaitu Jumaat kami sampai lewat petang lebih kurang jam 6 petang. Malam hari pertama program biasa sahaja iaitu ice-breaking. Saya mengendalikan modul itu dan serius walaupun dah ikut program bersama KPIJ berkali-kali tapi bila nak handle sendiri takde idea. Yelah sebelum ni tak pernah jadi trainer untuk mana-mana kem,jadi belakang tabir je. :)

Tidur dalam khemah, lebih kurang jam 3 pagi baru saya dapat lelapkan mata tapi macam tak sedap jugak sebab tengok langit dah berguruh-guruh dah, pulak tu dekat dengan pantai. Jam 4.15 pagi seperti yang dijangka hujan turun dengan sangat-sangat lebat. Ditambah dengan angin kuat. Mula-mula ingat boleh tahan lagi,duduk dalam khemah pegang khemah kuat-kuat lepas tu dah reda sikit baring semula. Tapi, angin ribut makin kuat dan ada yang dah lari menyelamatkan diri sebab khemah mereka terbang. Serius! Saya bertahan lagi tapi tak boleh juga bungkus barang-barang lari ke dewan belakang. Masing-masing dapatlah tidur sejam,bermandikan hujan dan dikipas angin kuat sehingga Subuh. Tak sempat rakam video.

ribut melanda pantai morib

… mangsa ribut sedang berehat …

Esoknya, ni yang excited nak cuba ni iaitu aktiviti High Rope. High Rope dikategorikan sebagai aktiviti udara sebab kita perlu berjalan merentas 6 halangan yang digantung diantara pokok-pokok dan akhir sekali akan lalui Flying Fox. Flying Fox ni kali terakhir saya buat masa di Kem PLKN Sri Ledang tahun 2007. Ni la kot punca sakit-sakit badan sekarang ni sebab masa nak mula tu terus je mula tanpa ada sesi regangan ditambah rehat tak cukup malam tu. Tapi yelah,teruja punya pasal. Penat masa nak lalu jambatan kayu 2 – 3 buah tapi V-Shape Bridge paling best rasanya sebab berayun-ayun. Masa kat Flying Fox tu gugup juga dah lama tak cuba tapi ok lah cuma stesen tak sepanjang waktu di PLKN dulu.

high rope activitity at Morib … melalui V- Shape Bridge …

how to play flying fox

… Terbang! Flying Fox action …

Pulang semula ke UIAM semalam petang dan sampai-sampai bilik tak rasa apa-apa pun. Tidur memang awal pukul 8.30 malam, terjaga jam 3 pagi sebab tak solat Isyak lagi. Sambung tidur dan terjaga semula badan dah semacam dah. Buat julung kalinya nak makan pun takde selera dah ni sebab perut rasa tak sedap ditambah sakit-sakit badan. Aduhai ni kes excited mana ingat nak prepare apa-apa untuk aktiviti lasak,main hentam je. Seminggu dua ni memang banyak lagi kerja,exam menanti dan harap badan cepat pulih. Makan memang tak lalu sangat ni,rasa nak muntah je. Fuh!

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. arrizz says:

    haha tula bro gelojoh sangat sampai stretching pon lupa nak buat..haha..anyway, get well soon..

  2. akubiomed says:

    Pada semester akhir di kolej dahulu saya rajin menyertai kelab rekreasi kelab. Selalu juga melibatkan diri dengan aktiviti lasak seperti Jungle tracking dan pelbagai lagi. :-)

  3. hafidz says:

    fulamak best ni bro.
    papepun memang kena stretching juga bro kalo lakukan aktiviti macam nih 8)

  4. titan says:

    ko yang mana satu haa..

  5. Fezz says:

    Best kot terbang-terbang hehehe

  6. azura says:

    saya boleh buat aktiviti lasak kecualilah yang melibatkan kawalan sendiri mungkin tak boleh kawal sebab peningkan…

  7. kulanz says:

    aktiviti lasak kalau tak buat sedikit regangan memang beri kesan sakit2.. tapi kalau dah minat aktiviti ni, memang tak kisah pasal sakit :)

  8. faaizzdzul says:

    aku baca tajuk entri je.
    dah tergelak.

    hahaha

Trackbacks

  1. [...] cerita entri lepas yang pasal saya terbang di udara tanpa sesi regangan? Alhamdulillah dah pulih dah,selepas muntah-muntah 3 kali malam tu. Hahaha. Okey,aktiviti kat kem [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam