Panduan Menjadi Pasangan atau Couple Yang Bahagia

how to be a great lover

bahagia bersama-sama lah nampaknya. HeHeHe

Zaman muda mudi atau ketika di alam universiti, jejaka kacak bergaya wanita anggun menawan mesti ramai yang terpikat,tersadung kaki atau termimpi-mimpi pasangan idaman mereka. Bila dah cuba kenal dan dah setuju untuk move to next level, berikut adalah apa yang lazimnya lakukan bagi menjadikan hubungan itu sesuatu yang amat bermakna dan bahagia membosankan. Ini tip dari seorang pakar tak bertauliah. Sila habiskan baca. :lol:

1. Jom Jadi Seperti Belangkas

Nak jadi bahagia harus pergi kemana-mana bersama. Keluar kelas,pergi kelas, balik kelas, pergi cafe, pergi library semuanya harus dilakukan bersama. Kawan-kawan rasanya dah jadi number dua lah kan,orang tersayang mesti didahulukan kebahagiaan diutamakan. Lebih comel bila pergi kursus kahwin bersama-sama.

2. Pakai Baju Sama Warna

Bila baju sama warna barulah nampak sehati sejiwa. Beli sepasang t-shirt I Love You dengan gambar hati besar-besar warna merah tu, sweet gitu! Hari-hari janji la nak pakai baju warna apa bila keluar baru romantik. Kalau tak sama warna baju buat-buat lah merajuk sikit. Amik perhatian. Okey lah,kalau takde baju I Love You pun tapi tona warna sama pun dah kira bahagia dah tu.

3. Berbalas SMS Melaporkan Lokasi 24/7

Oh serius ingin menjadi bahagia dengan kerap menghantar SMS ke pasangan anda ditalian sekian-sekian pada setiap masa. Ambil berat lah katakan,nak tahu pergerakan, keluar dengan siapa, dah makan mamam ke belum, dah bangun ke belum dan sebagainya. Ini merupakan latihan untuk menjadi pemberita atau wartawan yang berjaya juga.

kalau balas SMS dengan Blackberry PERCUMA pun best!

4. Tolong Buatkan Nota Kelas Untuk Kekasih

Untuk berjaya bersama-sama,mestilah perlu tolong menolong. Ya,tak perlu risau kalau tak datang ke kelas,nota akan ada orang buatkan. Wah,bahagianya! Lepas tu apa yang perlu dibuat hanya tidur nak photostat nota pembelajaran. Berjaya bersama-sama di puncak dunia.

5. Hantar Makanan Dan Lauk Yang Dimasak, Puji Sebaik Mungkin

Ala,biaslah sebelum kahwin kena lah bagi si dia rasa masakan kita dulu. Hantarkan lauk,masukkan dalam bekas dan hias cantik-cantik. Lepas tu kalau si dia kasi lauk, tak sedap pun kita cakap sedap. Masin pun cakap sedap,tawar pun cakap sedap. Mesti nak jaga hati kekasih,supaya tak terguris tak bergaduh. Kalaulah lauk tu pun beli kat warung seberang jalan, cakap saja sedap! Baru aman damai.

6. Selalu dan Selalu dan Selalu Bertanya Status Hubungan

Bila sibuk mestilah jarang atau kurang masa nak contact 24/7. Jadi risau la juga kalau-kalau sayang semakin pudar, dah ada kekasih lain dan sebagainya. Jadi selalulah bertanya “bagaimana dengan hubungan kita?”, “kenapa dah jarang contact?” untuk memastikan keadaan selamat. Tanya setiap 5 minit pun dah okey dah tu.

Yeah,berikut adalah 6 tip menjadi pasangan bahagia. Tiba-tiba aku dapat idea untuk point-point di atas,terus ditulis kat sini. Nak tambah point tapi bagi korang la letak sendiri. Mesti korang ada idea lagi “best” punya. Rasa-rasa siapa dah cuba? Bahagia kan? Bahagia kan? Kan? Kan ?

perhatian : #sacrasm

troll face dancing

menari berdansa. lalala ~

..Bersederhana dan usah hipokrit dalam perhubungan.. Terima kelemahan masing-masing seadanya,raikan kelebihan masing-masing dengan gembira..

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    SETIAP wall post fb dr kawan2 sidia ke wall sidia tuh kite kene komen, paling x pun kene like..biar pun bukan mutual fren.. biar semua org tahu yg sidia dah berpunya.. kalau nmpk sidia rancak sgt borak kat wall post tuh, nak2 lagi kwn perempuan, komen je byk2.. ni bleh jadikan practise queen control…

    ni yg cik cb pernah kene, padahal write kat wall kawan skola rendah kot… awek dia sibuk gak nak borak sama, padahal x sama tajuk… adeh ..

    biar yg makan cili rasa pedas, yg minum sirap rasa manis.. #eh

    • says

      pernah kena sound ke bagi wall post kat yang dah berpunya?.. kah kah kah..
      bukan queen control la.. perempuan kan cepat rasa tak secure kalau hal-hal macam tu.. keh3

  2. says

    *sarcasm SANGAT…
    tapi kalu dah kawen sweet sangat bila pakai tona baju sama *KalauDahKawen
    Pasal makanan.. kalau terbalik?lelaki plak bg makanan suh rasa?? haha (*kekcokelat)
    share not bak kata orang Sharing is caring SANGAT.. ilmu nie tak leh kedekut. kena share…
    Jalan sorang2 sudah..aman dunia..aman hati.bahagia sentiasa..
    norma manusia dah berpunya kawan no 2.. clash cari kawan balik..

  3. says

    Ada lagi, setiap kali ambil gambar diri sendiri, pastu tag nama bf/gf sendiri. Konon nak bgtau, harini saya pakai baju hijau, harini saya makan mee kari. LOLOLOL

    selamat aku single lagi. hik2
    btw, FUUUUUU for the meme. hahah

    • says

      single kah? karang ada yang serang comment box aku ni reply kau punya komen..
      ini tip memang menampakkan anda seorang kaki troll.. nakalnya.. tak bek tau.. har har har..

  4. says

    Bosanlah bercinta dikolej kerana kehidupan terkongkong. Segala pergerakan terpaksa difikir 2 kali kerana bimbang menyakiti pihak satu lagi dan terpaksa berpura-pura. Masa inilah kawan sudah dilupakan tetapi pandai mencari kawan apabila bergaduh atau berpisah dengan pasangan masing-masing.

    Syukur saya tidak kemaruk bercinta ketika di kolej dahulu kerana menengar nasihat orang tua kerana cinta boleh dicari tetapi ilmu di menara gading adalah peluang sekali dalam hidup walaupun boleh ulang semester tidak akan sama.

    • says

      terima kasih atas nasihat ini.. berpura-pura mungkin sebab terlalu menjaga hati masing-masing.. rasanya lepas kahwin tu baru jujur dan tahu perangai sebenar pun payah juga..

  5. says

    tips berbahagia ke tuuu? hohoho. tu tips cepat putus sebab serabut kena kongkong.hihi

    suka lasssst point tu. bersederhana dalam perhubungan ^^ weee~

  6. says

    Kebanyakan student U, inilah perkara yang diorang suka buat masa study. Kalau boleh semua nak buat sama-sama. Tapi kadang-kadang, jadi beban jugak sebab kena fikirkan pasangan masing-masing sedangkan diri sendiri pun mak ngan ayah yang support lagi…..

    • says

      kadang2 boleh jadi pemberi semangat.. ada orang ingatkan.. tapi kadang2 terlalu fikir hal orang lain tu pn,yelah beban gak..

  7. says

    sesetengah point tu macam aku zaman dulu2.. hahaha.. tapi takde la nak pakai baju sama kaler, sama tone, sama corak.. ikut dia la nak pakai baju kaler ape.. dia pakai pink takkan nak pakai pink jugak.. dah cam bapok.. tapi time kawin nanti memang kena pakai baju yang warna sama..

    yg buatkan nota kelas tu pulak biasa aku tengok pompuan je jadi mangsa.. patut la laki lebih ramai yang bertingkat2 bengap dia..

    report lokasi @ aktiviti 24/7.. yang ni sampai sekarang aku dgn awek aku buat.. kadang2 tengah berak pon aku ‘whatsapp’ bagitau dia.. hahaha..

  8. says

    aku malas dah nak cinta lokasi lagi lepas ni. masuk u bercinta..gi sekolah bercinta..masuk matrik bercinta..masa kerja..bercinta..tukar tempat kerja bercinta lagi..penat tul cinta lokasi nih. haha..

  9. says

    Wah ini tips merupakan pengalaman yang punya blog ini. Luar biasa, sampai pengalaman hal seperti ini dishare. Makasih banyak bro…

  10. says

    membazir masa,harta dan tenaga!!
    bukan siapa2.haishhhhh

    pada aku, kawen laaaa.then, berganda-ganda dapat sekaligus. hehehe..segala bagai yg dicurahkan tiada yg sia-sia as he/she already soul-mate till akhirat insyaAllah..

  11. says

    nasib baik si dia jauh..at least terasa di syurga la juga..(sangat)..haha..

    nak tambah bro:
    makan nak kongsi satu pinggan jer..kalau 2 pinggan katanya membazir..satu pinggan boleh jimat, dalam masa yang sama boleh tambahkan kemesraan..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam