Peh ! Join Photography Contest Kali Pertama !

abstract picture

… The Abstract X …

Awal bulan Mac, minggu lepas Economics & Management Student Society ( EMSS ) kat UIAM ni ada anjurkan pertandingan fotografi, jadi aku daftar untuk contest ni sebab kempunan tak dapat masuk pertandingan sebelumnya gara-gara handset yang dicuri. Takde kaitan pun handset kena curi dengan contest cuma masa tu aku pinjam DLSR member, dek takut simpan harta orang lama-lama aku terus pulang selepas kecurian tu berlaku. Okey,lupakan pasal tu.

bunga cantik dan mekar … The Nature Of Flower …

Untuk pertandingan ni aku start shoot gambar Jumaat malam minggu lepas. Masa tu entah ape angin kepala aku tetiba nak keluar sorang-sorang duduk depan bangunan rektor UIA ni shoot gambar. Takde fokus sangat pun,cuma aku target gambar landskap je. Bak kata saudara Huzaifah, shoot malam memang susah tapi puas hati. Betul la bro, bila aku tengok balik gambar sharp giler senyum sorang-sorang aku. Nasib baik tak ramai aweks kat situ. Hahaha.. Nak shoot malam memang kena guna tripod,kalau tak gambar blur sebab tangan kita tak tetap masa pegang kamera.

IIUM Gombak Campus night view… salah satu hasil shoot bangunan UIAM di waktu malam…

Kali pertama join contest ni nak harap menang bukan point utama sebab aku kena bertanding dengan mereka-mereka yang dah expert tahap ada company sendiri. Hukum alam la newbie nak lawan professional mana dapat weh. Tapi pengalaman tu penting, macam yang aku shoot untuk gambar kahwin dulu memang debar gile tapi tembak je la ape yang dapat. Masih banyak yang aku kurang terutama dari segi kreativiti, angle dan subjek utama gambar. Macam-macam komen aku dapat lepas upload gambar kat facebook, terima kasih kepada pengkritik. Oh, lagi satu aku kurang mahir dalam gambar ekspresi muka dan moment. Hari tu lepak taman layang-layang kat kepong dapat la gambar macam kat bawah ni. Ni je termampu untuk moment. Tak berapa mantap la.  :cool:

keluarga bahagia di taman layang layang kepong… komen jujur diperlukan …

Kalau korang nak join contest macam ni, boleh ke blog Tarmizi Shukri sebab dia ada buat tema gambar setiap bulan. Nak join kena ikut tema dan upload kat facebook fanpage dia. Info boleh ke blog dia. Lagi satu, ada contest yang tengah running sekarang ni hadiah lumayan gile. Boleh tambah lense mahal lagi satu. Klik kat Pertandingan Fotografi Hari Pengguna Malaysia.

Selamat mencuba contest-contest yang ada ni. Gambar memang boleh ceritakan banyak perkara yang kita tak mampu nak ceritakan secara lisan kan ?  :)

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    aah,cntek view wktu mlm ek,.hehe,.nice,.but the las pic tu nmpk xbrape,,.nk kmen yg jjur kn?,.eheh,.tp stil cntek “dari” sy,.hehe,.mnat jgk phtgraphy ni tp xde dslr,.huhu 8) 8)

  2. says

    cantiklah gambar bunga tu. study UIA ke? kat UIA banyak tempat menarik untuk shoot. masa keje kat Batu Caves dulu selalu makan kat Bilal walaupun bukan student UIA hehe :P

    • says

      bunga tu bukan kat uia, kat melaka..gambar lama cuma re-edit..contest ni tak state pun gambar kena amik dlm duration tertentu.. ha’ah,stadi uia..owh,bilal.. antara cafe termurah skrg.. hehe

  3. says

    Oh aku ada gak ambik gambar guna dlsrr sebelum boss aku jual kamera dia
    nanti nak semak balik kot-kot ada yang sesuai untuk contest ni
    boleh la join sekaki
    btw good luck bro untuk contest ni yer

    • says

      contest kat blog tarmizi tu tema kucing bulan ni..aku tak reti tangkap gambar yg bergerak kalau lense dekat..try r masuk kot2 dipilih..yg hari pengguna tu masyuk hadiah tapi mesti sengit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam