Pelaburan Emas Pertama

Orang muda minat dengan pelaburan, making money and profit. Itu normal kot. Sejak praktikal hari tu saya mula serius untuk masuk dalam salah satu bidang pelaburan. Nak masuk hartanah mahal sangat, nak masuk unit amanah modal beribu jugak. Jadi pelaburan emas rasanya sesuai dengan bajet kewangan saya sekarang.

Hasil duit elaun praktikal lepas, saya beli sebentuk cincin emas gred 999 seberat 2 gram. Harga hampir RM 400 sahaja.
cincin emas 999
Konsep biasa orang beli emas :

1. Ada duit lebih tukar dengan emas fizikal.
2. Nak guna duit pajak, kita dapat lebih kurang 70% dari nilai semasa.
3. Ada duit tebus balik dengan harga yang kita pajak.
4. Kalau beli cincin hari ni contohnya RM 100, sebulan lagi dah jadi RM 120 dah boleh jual kat orang dengan harga baru kalau cincin tu menarik.

Kenapa beli emas?

Saya rasa ia satu pelaburan yang selamat. Lagipun saya nak buat satu pelaburan yang perlahan tapi ada tambah nilai. Perlahan ni maksudnya kita beli emas dan simpan buat rilek je. Ada duit lebih tambah lagi,simpan lagi. Biarkan je sambil tu boleh buat kerja lain. Cincin ni pelaburan pertama,akan datang saya nak tambah stok lagi.

Sekarang masih lagi study pasal pelaburan emas ni,kalau anda ada info boleh la kongsi. Pelaburan lain tu kalau dah kerja nanti nak try juga,tapi bukan dalam masa terdekat. Kepada yang simpan emas ni,jangan tak amik tau berapa jumlah gram yang disimpan dan mesti dizakatkan.

p/s: cincin di atas buat simpan je. Tiada kaitan dengan rumors cincin tunang or what-so-ever. Hohoho.

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. azriMy says:

    wah, menarik…
    dari dulu cam minat, tapi dalam kepala otak asyik pikir emas ni mesti ribu2…. tak tau lak ada jugak dalam ratus2 ni…

    • Izwan says:

      kalau beli cincin ni setakat 2g baru berapa ratus je. beli barang kemas boleh jual balik sebab menarik. kalau 10g ke atas baru ribu2.

  2. wazy says:

    Bagus la kalau dah mula buat pelaburan emas yang pertama,lepas ni maintain al skit-skit,mana tahu rezeki murah ye tak ? hehe

  3. Syafiq Kamil says:

    Terbaik lah wan ko dah start .. aku belum nak mula lagi .. perancangan dah lama .. :)

  4. ana says:

    parents sy melabur emas.. mmg berbaloi.:)

  5. janajutawansiber says:

    Bro..mungkin boleh cuba dengan simpanan emas dari kuwait finance,halal dan selamat sebab guna pass book aje,tak perlu simpan emas fizikal,belian minimun cuma 1 gram..tapi bro boleh cuba bukak website kuwait finance untuk tau lebih info

  6. hatiputera says:

    ada jugak keinginan untuk membuat pelaburan emas secara perlahan. bermula dengan 1 gram.

  7. Anarm says:

    pelaburan emas pertama aku dalam bentuk syiling Dinar.. nanti nak tambah lagi.. nak beli gelang pulak..

  8. beckhr00y says:

    wahh, tak pernah lagi cuba melabur emas ni

  9. faaizzdzul says:

    eloklah. lepasni pergi kursus kawen, bentang tikar.
    mesti sale punya

  10. Sya Isya says:

    kalau buat konsep 1 bulan 1g pun boleh juga. so, dalam setahun dah ada 12 g. Adik Sya yang tengah buat degree dia buat macam tu lah. untuk kahwin :D hehe…

    Sya pula duit dari blog (komisen affiliate) memang beli emas. nak pakai duit, gadai je. sayang nak jual sebab akan datang kalau nak beli emas lebih mahal. Dianggarkan pada tahun 2020, harga emas 1g ialah RM503.

    Kalau nak info lagi pasal emas, boleh roger Sya. InsyaAllah, Sya boleh kongsikan ilmu. Sya pun banyak bertanya pada otai2 emas (rakan-rakan dealer) selain dari ilmu emas dari pembacaan dan menghadiri seminar emas. Belajar2 dan belajar pasal emas, Ar-Rahnu, sistem matawang, wang.. :D -emasfizikal.com- ni blog emas Sya. Tak dan kalau nak sumbat semua dalam blog syaisya.com yang dah macam2 ada tu. huhuhu…

    • Izwan says:

      1 bulan 1 g? mane dapat source nak beli emas tu? kalau ada duit lain boleh gak buat gitu. thanks kongsikan link blog. tengah nak belajar untuk sistem gadaian gak ni, kenapa perlu simpan emas dan sebagainya.
      tapi orang kita ni asal beli cincin emas je kata nak kahwin la ape la. rileks,rileks. ;)

  11. fazrol says:

    permulaan yg bagus…
    Beli kat mana nie bro?

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam