Berita di televisyen memaparkan mulai sesi persekolahan tahun 2013 pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit, atas faktor keselamatan. Saya dulu pun pelajar sekolah dan rasa selamat je walaupun tak bawa telefon bimbit. Jadi apa yang lainnya dulu dan sekarang ni?

Okey,mari kita lihat secara umum kesan peraturan baru ini.
Kaji Faktor Keselamatan
Jika salah satu sebab telefon bimbit dibawa ke sekolah untuk tujuan keselamatan,mengapa tidak dikaji faktor yang menyebabkan persekitaran sekolah tidak selamat. Pukul,ugut,duit tol,merokok,aksi lucah dan sebagainya dari mana asalnya semua itu. Banyak faktor antaranya dunia tanpa sempadan. Remaja sekarang terlalu bebas di internet sampaikan segala-galanya mereka boleh dapat dengan mudah. Faktor-faktor ini perlu diselidik walaupun ia bukan jalan mudah dan singkat.
Kalaulah logiknya pelajar bawa telefon bimbit boleh telefon polis,bomba atau ambulan bila ada kecemasan adakah mereka akan menerima atau percaya aduan tu bulat-bulat? Biasanya bila ada kes-kes kecemasan, setiap minggu akan ada guru bertugas dan guru ini bertanggungjawab terhadap hal kecemasan yang berlaku.
Kes Tiru Dalam Peperiksaan
Meniru ni kasilah apa halangan sekalipun,kalau memang expert boleh je tiru. Zaman takde teknologi dulu pun ada saja kes meniru dalam peperiksaan apatah lagi zaman canggih ni. Kat kampus, diorang yang mana pakai smartphone waktu quiz atau exam upload nota dan hanya perlu touch-touch screen je nak tengok nota. Itu pelajar universiti,pelajar sekolah bagaimana? Budak sekarang mana nak pakai handphone Nokia 3310, N-Gage atau Butterfly macam kita dulu.
Boleh je nak elakkan,dengan syarat pembantu peperiksaan kena lebih ketat. Peperiksaan dijalankan di kawasan yang lebih sistematik. Handphone kena letak kat lantai,kena switch off, ikut pelajar sampai ke depan pintu tandas. Haa,rajin ke tidak nak buat macam tu agak-agak?
Adakah pelajar sekolah sudah cukup matang untuk menggunakan telefon bimbit diwaktu persekolahan? Mungkinkah mereka akan bertambah manja?
Lebih Baik Beri Tablet Percuma
Tak dinafikan zaman sekarang teknologi pesat berkembang. Saya pergi ITEX’12 baru-baru ni di KLCC pun dah ada inovasi pembelajaran menggunakan touch screen bagi menggantikan papan hitam. That’s good.
Kalau sistem pembelajaran elektronik,tablet dan hanya softcopy dibawa ke sekolah ia sesuatu yang menarik. Pembelajaran boleh dilakukan secara kreatif dan tak perlu bawa buku berat-berat, nak pakai buku teks lama yang buruk dan berconteng lagi. Tapi itupun perlukan kawalan dan pemantauan teliti.
Saya rasa jurang perbezaan sekolah bandar dan luar bandar masih lagi nampak ketara. Asal saya dari sekolah luar bandar,bila merantau nampak bezanya. Teknologi membuat kita bebas, laman sosial beri banyak kesan negatif dari positif. Jadi bila pelajar sekolah bawa telefon bimbit, lebih baik atau lebih banyak buruknya. Kata anda pula?

pada pendapat saya boleh asalkan bukan telepon pintar, telepon untuk kemudahan ibu bapa dan penjaga menghubunginya
tapi itulah. zaman saya sekolah nokia 3310 pun bawak gi sekolah time hari koko dah kira hebat. sekarang? paling murah pun samsung touch screen dah boleh dapat..
akak memang kurang bersetuju, riso anak2 hilang focus belajar dan agak menganggu
kat universiti pun kalau bosan belajar siap main game kat hp.. hehe
hehe,,pernah gak wat camni dulu..heheh
Banyak kajian menyatakan lebih banyak keburukan penggunaanya…jadi kenapa nak bawa benda2 yang kita dah tau kesan buruknya ini ke dalam kawasan sekolah
cane agaknya idea ni kak?.. sebelum ni dilarang pun budak2 selamba je seludup hp dalam skolah.. spotcheck gelabah2 sorokkan..
faktor keselamatan ? huh giler ke apa yg bangkit perkara ni…secara tak lansung ini membuktikan sekolah bukan lagi kawawan selamat.
macam-macam budak sekarang manja tak bertempat…………
aku cuba memandang dari yang positif tapi tak dapat lagi idea.. haha
positif memang banyak tapi keperluan murid untuk mereka lebih fokus dalam pelajaran lagi penting.
Walau kita kata banyak buruknya, tapi nampak seperti globalisasi kecanggihan ICT terutama telefon bimbit ini seperti tak dapat dihalang.
tech punya perkembangan memang terlalu cepat.. tak terikut.. tapi ia menjadikan dunia terlalu bebas..
Korang cikgu dak? kalau bukan cikgu jgn cakap byk..nah aku sound terus. ICT ttp ICT tp apa relevan nk bwk telefon semua bagai? Nk kata pembelajaran bestari, tgk dulu tahap mentaliti RAKYAT MALAYSIA macam mana. Nk jaga kebersihan pun susah inikan bab2 ICT ke hapa. Aku memang suka mcm Izwan ckp,bg tablet sorg 1 tp ada limit tertentu. Kalau x,byk pihak yg susah.
kita tengok dulu perkembangan selepas betul2 dilaksanakan perkara ini. let them judge it again.
Bantah ke sokong ke buruk ke.. wee kah siong dah bagi green light. dah tak ada apa lagi yang mampu diucapkan kecuali tunggu kesannya. sebagai ibu-bapa yang tak bersetuju kenalah ambik tanggungjawab menghalang anak dari bawa hs ke sekolah.
yup. peranan ibu bapa penting sekarang ni. jangan sampai anak pula yang ajar mak ayah. ibu bapa kena lebih peka dengan perkembangan semasa.
Zaman Lily dulu, bawak henfon. tapi kena rampas sbb dengar muzik. Pointnya ialah, dulu lain sekarang lain. Dulu, budak2 sekolah semua tough. Henfon2 semua tak perlu. Sekarang, henfon bukan simbol manja, tapi PERLU. Ia adalah satu keperluan semasa. Cuma tabiat penggunaan kena pandai kawal la. Masa dalam kelas, henfon dikumpulkan..letak dalam basket. Dah habis kelas, boleh guna. Sama seperti bila exam, kelas prep, dan apa jua event. Sekarang, terletak kat pihak sekolah untuk meningkatkan pengawalan penggunaan henfon. Jangan ketat sangat peraturan. Takut budak2 tak boleh nak tolerant utk serahkan henfon dorang tika waktu. Kawalan yang relax relax jer…budak sekarang, mudah naik hantu.
boleh dikawal. cuma pihak sekolah juga perlu berhadapan dengan risiko kehilangan dan kecurian handphone. sekarang semua touch2,slide2 je.
Banyak keburukkan daripda kebaikkan..perlu kaji balik..
yup. betul tu.
Setuju kalau kerajaan boleh buat macam cite HSM, cikgu dorang kumpulkan handphone masa mula kelas dan pulangkan semula lepas dah habis semua waktu kelas, so takde kes main2 dalam kelas, tiru2 dalam kelas dll
tapi apa2 pun still tak setuju (padahal penah je seludup bawak npon masuk sekolah, siap simpan kat asrama lagi, haha)
perlu revise lagi benda ni.
haha..memang cari pasal la jawabnya..
Sebagai pendidik (achewah!) haruslah sy sangat kurang bersetuju..
tergantung ni ayat.. bincangkan..
kurang bersetuju gak . tp keputusan da diumumkan..pasni tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku la
de dgr perkara ni kat radio.. personally, mmg tak setuju. de sorang cikgu tu kata, lau murid2 die nak tepon mak ayah, leh je dia pinjamkan telefon dia. lagi satu, mampu ke cikgu nak memantau murid2 yg nanti akses benda2 yg tak sepatutnya?
murid sekolah, mungkin terlalu awal kot, ada di kalangan mereka yg belum cukup matang, nak2 bab bahagian teknologi ni.. nanti silap2 gi sekolah pakat tunjuk hp sape lagi hebat.. yg tak hebat tu sedih nak minta kat mak ayah lain.. satu kes lagi..
guru perlu main peranan. ibu bapa pun. tapi kalau guru tegas untuk mengawal tapi tidak bagi ibu bapa,pelajar akan mengadu pula bila balik rumah. sedangkan baru dirotan sikit dah kecoh.
kenape kite boleh bawa telefon bimbit ke sekolah?nanti kalau budak2 sekolah x tumpukan perhatian mase cikgu mengajar,kan lain dibuatnye 2….
kita tengok dan lihat hasilnya nanti..