Perancangan Lepas Tamat Latihan Industri?

05 September 2012, secara rasmi saya dah selesai 12 minggu menjalankan latihan industri di Oriental SP Steelworks Sdn. Bhd. Gelang Patah. Nak tahu apa perasaan? Lepas thumbprint jam 6 petang semalam rasa nak jerit pun ada. “Aku dah habis praktikal weh!” Lega. Sangat lega. Tinggal nak siapkan report. Tapi dalam lega tu ada juga sedihnya.

gelang patah cold formed steel production

- hari terakhir praktikal

Saya bersyukur kerana jalan saya sewaktu nak dapatkan tempat praktikal 4-5 bulan lalu yang agak susah dibayar dengan satu keadaan yang tak dijangka. Tempat praktikal dekat dengan rumah pakcik, officemate yang sporting dan tak diskriminasi walaupun saya hanya buat internship, dapat supervisor yang hampir 20 tahun menjadi jurutera dan juga boleh buat member, kenal dengan assistant techinican yang juga boleh buat member, manager yang beri peluang untuk kita belajar dan paling mahal pengalaman dan ilmu dalam industri walaupun tak banyak tapi susah nak dapat lagi lepas ni. Sedih tu adalah sikit masa nak keluar kilang semalam.

10 September 2012 bermula perancangan baru. Dah boleh dapat title final year student kot sekarang ni. Hehehe. Perancangan lepas ni memang tertumpu kepada pelajaran tahun akhir. Nak kasi improve sikitlah cgpa yang so-so ni. Nak fokus research untuk final year project yang terbaik, sekurang-kurangnya bila graduate ada sesuatu yang saya puas hati sepanjang 6 tahun kat UIAM ni. Lama weh 6 tahun untuk degree of engineering. Member lain siap dah kerja, dah sambung PhD dan ada yang dah nak kahwin.

Perancangan sampingan ada dua. Nak improve skill fotografi dan buat sedikit pelaburan emas. Sekarang dalam plan untuk tambah aksesori fotografi yang dirasakan perlu dan lebih sikit duit tu untuk simpan dalam bentuk emas fizikal. Dua perancangan ni pun bukan secara mendadak, perlahan-lahan. Saya tak minat jump into something within a short time. Takut kita expect tinggi, bila tak dapat hasil yang tinggi kita kecewa dan bosan.

tamat praktikal di gelang patah

- selepas ini apa pula?

Saya boleh katakan waktu latihan industri 12 minggu lepas sedikit sebanyak mempengaruhi cara saya buat life planning lepas ni. Saya ada 1 sampul surat putih, dalam tu ada kertas A4. Setiap kertas A4 tu saya tulis tahun dan apa yang saya nak dalam tahun tu. Mungkin, lepas ni nak edit balik kertas dalam sampul surat putih tersebut. Apapun, kita hanya mampu merancang dan selebihnya telah ditetapkan.

;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. fuyoo.. dah final year student ar ni.. cayalah degree dah habis tunggu apa lagi.
    grab peluang kerja sedia ada. btw semoga berjaya dalam alam pekerjaan, aku tanam anggur lagi..heeeee, tunggu peluang nak sambung belajar lagi.. ke ko nak sambung lagi lepas ni? fuyoo PHD.. :D

    • Izwan says:

      ko bila sambung lagi?. aku tengok ar,kalau keje best pasni keje ar. kalau tak,buat benda lain. hehe.
      PhD? mane boleh. haha. uia takde fast track macam utm. nak sambung pun master kalau dapat.

  2. faaizzdzul says:

    final year seh

  3. Sya Isya says:

    perancangan yang bagus. kertas a4 tu tulis dengan pensil eh, boleh edit2. kahwin termasuk tak dalam perancangan tu. tahun berapa agak2nya tu. hehe… saje je, nak tahu juga apa yang ada diminda orang lelaki yang dah nak grad ni. >mood kepoh< :D

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam