Fuh ! Akhirnya setelah 4 hari aku membuat suspens di Facebook, membuat mereka tertanya-tanya, bersengkang mata di depan laptop siap juga blog izwanyusof.com – another wordpress self hosted.
Bagi aku, membuat blog self hosted di wordpress ini merupakan satu aset kita sendiri sebab blog ni boleh pergi jauh cuma terpulang pada tuan tanah nak corakkan camana.
Sekarang, aku nak bawa ke kronologi. Hah, macamana la aku boleh nekad nak tukar ke WordPress ni..
Kronologi :
Cuti sem kali ni memang aku nekad nak tukar ke WP dan selama beberapa hari aku survey syarikat hosting di Malaysia, buat pembacaan tentang apakah itu domain – addon domain – subdomain – parked domain, banyak membaca blog-blog yang ada tutorial tentang cara nak pasang WP ni dan tak lupa kumpul duit la beb. Ala, kerja biasa-biasa je. Lepas tu aku mula berbalas email dengan blogger Azuan Razi. Cool la mamat ni, dah macam kenal lama plak. Banyak perkara aku refer kat dia tentang apa yang aku tak paham pasal WP ni. Keikhlasan blogger ni kita boleh rasa walaupun tak pernah jumpa.
Ada 3 syarikat yang aku survey untuk beli hosting. Serverfreak, DataKL dan Seal Server.
Pemilihan hosting perlu dibuat dengan teliti sebab biasanya hosting yang terlalu murah ni perkhidmatan tak seberapa. Kalau baca pengalaman mereka yang dah banyak kali tukar hosting, diorang akan cerita benda ni, kutuk siap segala sume syarikat yang tak bagus tu, pakej kutuk lengkap korang boleh baca. Bro. Azuan cadangkan aku untuk beli domain dan hosting berlainan sebab kalau nak tukar hosting ( jika servis tak bagus ) tak mengambil masa yang lama berbanding kalau domain dan hosting dalam syarikat yang sama, nak tukar kedua-duanya amik masa dalam seminggu. Disebabkan aku tak ada akaun Paypall sebab syarikat domain yang dia cadangkan tu kat luar negara, jadi aku amik keputusan untuk pilih hosting di Seal Server. Harga hosting RM 50 dan domain pula RM 35. Untuk permulaan, cuba yang kecil-kecil dulu la ya. Bermula dari bawah.
Start dari 23 November aku mulakan tempahan dan hari-hari berikutnya aku buat bayaran, install WP dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ada juga masalah, ye la pertama kali guna WP tapi aku try cari sumber nak setel masalah dan bertanya dengan blogger yang dah lama guna WP. Kronologi kat Facebook pun aku buat gak. Ni paling best. Sengaja aku buat status macam ni, lepas tu ada la yang mesej aku tanya aku tengah buat apa sampai ada yang ingat aku nak kahwin la, beli kereta la, kahwin lari la. Aduhaiii… Tapi best gak suprise-suprise ni.. Hehe.. Layan dulu gambar ni..

… okey, ayat ni memang sengaja aku reka camni.. hahaha …
Penghargaan :
Disebalik tabir aku bangunkan tapak web izwanyusof.com ni, aku senaraikan mereka-mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Azuan Razi – banyak tolong clearkan aku pasal WP.
Mr. Piratz – E-book dia pasal cara-cara nak install WP banyak membantu, korang boleh ke sana untuk download.
Kak Yan – Tutorial dia membantu untuk aku pindah entri dari Blogspot ke WordPress. Boleh la lawat blog dia.
Kak Jie – Tutorial dia juga membantu dan bagi cadangan plug-in yang perlu pasang lepas install WP. Try la tengok blog dia, menarik.
Fazreen – Aku refer kat blog dia cara nak pasang WP, Plug-in, Theme dan lain-lain.
Khai – Aku pun refer kat blog dia cara nak install WP. Sebahagian besar proses install WP aku guna cara kat blog Khai.
Terima kasih atas bantuan anda. Bagi yang nak mencari tujuan membina blog dan sebagainya, boleh baca blog-blog berikut selain yang aku senaraikan kat atas tadi :
Ariffshah – Boleh belajar tentang SEO, Alexa, Page Ranking.
Denai Hati – Blog umum dan ada tutorial blog.
Ben Ashaari – Blog yang banyak guna reverse psychology, entri yang santai dan ada point tersendiri.
Rohaizad – Blog tentang blogging dan umum.
Oh, ada lagi penghargaan ni.. Tak habis lagi.. blog Durakhyar, blogger yang banyak ajar aku masa mula-mula aku kenal dengan Blogspot dulu. Dulu aku memang buta betul Blogspot ni, banyak rujuk kat dia walaupun hanya nak pasang Chatbox. Boleh la singgah ke blog dia. Chempaka Berbisik, satu blog yang baru diwujudkan, penulisan dia boleh tahan juga dan sepanjang proses dia nak buat blog ada juga tanya kat aku. Sikit-sikit mane yang aku boleh tolong aku tolong, Keep it up yep ! Ada dua orang lagi, Hanis dengan Syafiq. Diorang baru tanya aku camane nak buat blog. Kalau korang dah daftar blog nanti, mane benda yang aku boleh tolong aku tolong.
Kritikan :
Ini satu slot yang aku buka khas kalau ada komen membina, cadangan untuk penambahbaikan dan sebagainya jangan segan-segan tinggalkan komen. Layout ni tak cantik ke, serabut ke, loading lambat ke boleh bagi kritikan. Bagi yang dah lama gunakan WordPress, kalau ada kekurangan kat blog ni boleh la bagitau sebab jujurnya aku masih baru dengan WordPress. Rasanya banyak perkara aku terlepas pandang cuma tak tahu sangat kat mana. Apapun penambahbaikan akan terus berjalan. Sikit-sikit aku cuba baiki mana yang kurang.
Ya, entri kali ini amat panjang. 2 pages aku tengah taip kat Microsoft Word ni. Teruja kot entri pertama kat WP. Hehe.. Apa yang korang dah baca selama ni kalau mereka yang ikut blogspot aku, itulah aku. Blogging ni kita akan lebih selesa bila menjadi diri sendiri. Mungkin tak sehebat blogger lain tetapi apa yang penting kita gembira dengan blog sendiri. Namun, penambahbaikan itu perlu, dari semasa ke semasa perlu baiki kekurangan. Banyak kelebihan tersembunyi dengan berblogging ni.
Cukup sudah, sangat panjang ni. Sape yang baca sampai habis memang aku respect la. Malam ni boleh aku berehat awal setelah 4 hari buat blog ni dan lepas ini entri aku mungkin seperti biasa atau mungkin ada kelainan. Masih dalam perancangan.
Akhir kata, developing process – 100 % !!



ok, aku dah bookmark post ni! aku pon dah tekad nak tukar WP bro hujung tahun ni.. de pape mmg aku refer kat sini dulu bleh? hehe…
fuh,bookmark siap..terkejut aku..hehe
takde hal..sila2..lama gak aku jelajah blog2 diorang tu nak faham kan WP ni.. eh,blog ko skrg guna blogspot ke?
ye arr… banyak kot link blog kat post atas ni…hehe ha, tu kat blogspot agi.. terasa nak pindah WP la pulak. bajet nak pergi jauh la sgt kan…haha
nak pergi jauh?..g naik ape?.. hehe
link blog tu yg aku ingat r,aku bese silent reader je..WP ni best sket sebab nampak tersusun, plug in tak guna byk java script so loading time leh kurangkan..tapi still byk benda aku tengah cari lagi..tengok, gravatar pun aku tak tau nak tukar..hahaha.. ada pakai plugin tapi tak jadi sangat..
tula, blog-blog kat atas ni mmg aku dah lama aim tengok dorang buat tutorial pindah ke WP. paling aku suka piratz ngan JK. hihi… haih, tak sabar la pulak nk beli hosting ni. tak tau tukar gravatar? camno tu? bukan ikot email kite ke?
pe lagi,sambar hosting satu..hehe..tapi nak tggu masa sesuai leh gak..beli time promosi baru berbaloi..aku buat time skrg sbb tgh cuti kan,kalau dah naik sem,busy sket.. eh,skrg ni ko just beli domain je ke?
gravatar tu dah settle..jmpe solution kat denaihati
maybe next week aku pindah WP. he3… ha, tawu takpe.. time cuti sem la nak buat keje sampai pagi pastu bangun tengah hari. haha haah, beli domain jer tu.
haha..agak r..time cuti otak tak pikir pe sgt..kalau betul2 guna sehari leh siap setup sume..
dah serius tu bnyi,moga sukses nnti..
Wah.. dia berjaya tukar yer.. byk ko mention aku kat atas tu.. thanks.. aku dah reply email ko, maaf yer lambat..
owh..takpe,takde hal..kdg2 org ada hal sendiri… dah bca dah.. byk lagi kena explore ni.. tgk kat blog ariff tu cambest guna theme framework.. terasa nak mencuba plak..
Wah bro.. dah tukar theme baru, mana dapat?menarik2..
Theme Flatform dari Pagelines.. mirip2 ariffshah tapi dia punya Flatform Pro.. tak mampu aku nak beli,pakai yg ni je.. boleh r utk baru2 belajar WP ni.. best theme ni,nanti aku cerita kat next entri..
Oh.. yg ni pun nampak dah ok.. aku tgk pun ok jer.. tp aku lebih suka thesis..
aku dah tengok2 thesis tadi..geram je.. haha..agak2 dah stable sket memg cadang nak beralih ke framework satu..utk permulaan ni, nak kasi stabil dulu blog ni..
Yup.. bgs lah mcm tu..
wah dah tukar blog baru rupanya… wah dapat bantuan daripada bro azuan tuh….. semoga terus berkarya.. aku pun masih belajar dan belajar…
geram tengok orang guna WP,aku nekad untuk mencuba..hehe..tapi still take time nak biasakan ngan WP..byk function yang best..kenal bro. Azuan tu masa balas komen kat entri dia tentang review blog prof. hariz..
happy blogging yep !
my blog was mentioned above..
org byk scandal mesti byk kontroversi~~
hahaha.. pulak dah..
weh..aq pun berjasa gak pe dlm pembikinan blog neh..mane name aq??hahaha~
ada2.. ko kena cari dengan mata hati..
1. TQ for the backlink…
2. kat sidebar ada benda yang kurang perlu… cth : popuri.us tue… wat lambat load. google friends pun tak bapa perlu sangat…
3. ni platform theme kan… nice…
4. buat threaded comment kalau nak kurangkan load bila entri komen dah panjang…
thanks atas cadangan.. akan diambil perhatian nanti..