Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2011 Telah Dibuka

permohonan biasiswa agong 2011 dibuka

Permohonan atas talian biasiswa  Agong 2011 jabatan perkhidmatan awam ( JPA ) baru saja dibuka 11 Julai sehingga 18 Julai 2011. Tadi masa nak semak bila tawaran untuk biasiswa JPA dibuka, aku perasan permohonan biasiswa Agong 2011 dibuka dulu jadi kongsikan sekali kat sini

Bagi yang berminat menyambung pelajaran di peringkat Sarjana atau Kedoktoran, berikut ialah syarat-syarat kelayakan Biasiswa Agong 2011 :

Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011

a) Warganegara Malaysia.

b) Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran

a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.

b) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.

c) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

d) Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia.

Syarat permohonan Biasiswa Agong boleh dimuaturun di SINI.

Permohonan atas talian Biasiswa Agong 2011 boleh dilakukan di SINI.

 

Dah lama menanti bila biasiswa JPA program ijazah dalam negara dibuka sebab nak suruh adik aku mohon. Keputusan UPU lepasan matrikulasi dan setaraf sesi 2011/2012 keluar 15 Julai 2011 jadi rasanya program biasiswa dalam negara JPA dibuka tak lama lagi la tu. Mungkin seminggu selepas keputusan permohonan UPU keluar. Menarik biasiswa Agong ni kalau aku berhajat nak sambung Master cuma, CGPA tu tak lepas. Tinggi tuh 3.75, CGPA aku sekarang tengah semputttt.. Fuh!

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. tgk req die, mmg best student je qualified. siap kena tau lebih dari satu bahasa antarabangsa, pointer pun mmg budak2 pandai punya

    • ko la tuh..dah gi oversea dah..hebat.. hehe
      aku memang tak sangka begitu tinggi.. cgpa aku skrg jauh lagi kot.. ok,sangat jauh.. haha

  2. agak-agak aku le apply tak? huhu
    budak2 genius kaki buku je ni, kaki dota movie memang tak ar..:D

  3. Diploma pun belum habis lagi..eheh… :)

  4. Pointer hang brapa yang semput tu?

  5. cer citer pointer bro. ekeke

    baru je nak mengorak langkah dalam pendidikan tinggi -.-

    • tak leh la cite sini.. teruk sudah..
      haha..tapi kalau ko nak dapat scholar time kat gombak ni, 1st sem PJ ko up kasi 3.8.. starting point tu penting.. lepas tu maintain je sampai ko lepas asasi 3.5 at least.. asasi senang bro..lecture melayu sume benda kasi..english diorang senang nak tangkap,nak consult senang.. kat gombak ni lecturer luar negara,english kdg2 aku pn tak paham..plak aku malas lagi..hahaha..
      kalau pointer PJ tak ok. 1st year main camp up lagi..masuk second year try mhon scholar lagi.. pointer masa 1st sem tu penting.. cgpa nak turun cam air, nak naik cam daki bukit 90degree.. ;)

  6. hoho..bagus. Bagus..ada biasiswa ni. Zaman aku dulu..berapa kerat aje bagi biasiswa..

    • sekarang nak belajar makin mudah..pinjaman pun ada.. cuma nak membayar tu kena fikir la… ;)

      • cuma nak bayar tu kena fikir la?..tak yah fikir, memang kena bayar pun. kalau tak bayar baru kena fikir dah pinjam, pastu x mau bayar. erk..memang sakit la kalau pinjaman. better grab biasiswa.

  7. harap2 mamat akan dapat :D

  8. mohon la ramai2.buat biasiswa,jangan buat pinjaman kalau tak terdesak.kalau tak tersedak korang nak membayar balik nanti :p

    • betul2..sakit pinjam banyak2 ni. kalau yg dip n degree pnjm ptptn, huhu..bengkok nak membayarnya. selaku salah seorang pemegang biasiswa time degree dl, n skunk master pun, sholar tu sambung taja juga, memang terasa betapa bestnya xde hutang pinjaman PTPTN banyak2. klu sambg phd pun sholar tu nk taja juga. huhu…master pun dah pening. ngeh2

  9. jangan tanya pointer aku berapa, tanya brape A je…. (budak SPM mari buat kacau kat sini… ekekeke)

  10. Bila baca entri ni,teringin pulak nak sambung belajar T_T

  11. SEMUA syarat2 yang dikehendaki dah lepas nih…. tggl nak apply je ar.. tp, syarat umum je ar..hohoho…

  12. hurm xda chan la nak mintak… nie budak kaki buku+kaki society jer nie

Trackbacks

  1. [...] Penuh: Di sini Tags: bantuan kewangan pendidikan, biasiswa agong 2011, biasiswa [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam