Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2011

mohon biasiswa 2011Setelah keputusan permohonan UPU dikeluarkan pada 15 Julai yang lalu ramai yang sedang mencari biasiswa untuk dimohon. Baru-baru ini biasiswa Yayasan Bank Rakyat melanjutkan tempoh permohonan ke 31 Oktober 2011. Bagi yang ingin memasuki tahun 1 pengajian IPT,boleh cuba mohon. Nampak macam untuk anak-anak pekerja Bank Rakyat tapi kat syarat tak tulis pun,korang mohon je la kot-kot dapat.

Permohonan biasiswa Yayasan Bank Rakyat menggunakan aplikasi atas talian. Untuk memohon, sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat dan lihat pada e-permohonan dibahagian bawah.

Ini adalah syarat dan kelayakan untuk memohon biasiswa. Untk pinjaman pun ada tapi aku senaraikan biasiswa sahaja.Syarat boleh dimuaturun bila korang isi borang tu nanti.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat :

Melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.

1. Syarat dan kelayakan akademik

a. Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan.

b. Peringkat Ijazah Sarjana

Sekurang-kurangnya berkelulusan:
Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi.

c. Peringkat Ijazah Sarjana Muda

Sekurang-kurangnya berkelulusan:
Matrikulasi atau SIjil Tinggi Pelajaran atau kelulusan lain yang setara denganya dengan CGPA 3.5 ke atas atau
Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan nilai CGPA 3.5 ke atas atau
Diploma dengan CGPA 3.5 ke atas.

d. Peringkat Program Profesional

Sekurang-kurangnya berkelulusan:
Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.5 ke atas atau
Diploma dengan CGPA 3.5 ke atas atau SPM dengan 7A ke atas.
Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.5.

2. Bidang pengajian

a. Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan
Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA).

b. Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri.

3. Syarat am

a. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja).

b. Pelajar tahun pertama pengajian.

c. Seorang penjamin.

d. Tidak mendapat sebarang bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana penaja lain.

*******

Bagi yang memenuhi kriteria di atas boleh cuba memohon biasiswa Yayasan Bank Rakyat sebelum 31 Oktober 2011. Aku dapat tahu ni dari adik aku,tapi dia entah bila nak isi borangĀ  aku pun tak tau.Okey, Semoga berjaya !

update : untuk memohon, mesti ada ahli keluarga yang menjadi anggota bank rakyat atau ahli yayasan – sigadissemasa : 220711 at 1402hrs + GMT

 

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    Because Bank Rakyat betul-betul mahu tolong rakyat. Tapi lain-lain bank mahu cekek darah rakyat. Kalau boleh mahu untung berlipat kali ganda tanpa ada belas kasihan lansung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam