Saya mula buat cermin mata pertama tahun 2007 sejak di pusat asasi UIAM Petaling Jaya. Waktu tu rasa macam kena tipu ada bayar RM 350 untuk bingkai dan kanta tapi tak memberi kesan sangat pun kat mata. Sejak tu saya kurang pakai cermin mata pertama,tersadai je kat bilik. Sampailah satu kejadian berlaku, waktu tu saya nak memandu pulang bercuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2012.
Tahun lepas,ingat lagi masa tu tengah praktikal di Gelang Patah. Selesai berbuka puasa saya terus bertolak pulang dari Johor Bahru ke Simpang Renggam, memandu kereta. Hari tu lain sangat rasa, semua kereta dari arah bertentangan nampak macam high-beam. Memang ganggu penglihatan, terpaksa letak tangan di depan cermin waktu memandu nak tapis cahaya dari depan kononnya. Silau sangat tapi yelah degil, tetap memandu laju walaupun lampu dari kereta depan nampak silau. Jangan risau takde cerita suspen, saya selamat sampai rumah. Hahaha. Saya dah cerita pasal kejadian tu kat entri Memandu Silau Tanpa Cermin Mata Bahaya .
Lepas raya seminggu sebelum habis cuti praktikal terus ke Pusat Kacamata Pederal Simpang Renggam. Check la mata pehal la silau sangat,dulu tak macam ni. Sah! naik gile rabun jauh dengan silau. Rabun jauh sekarang 125 dan silau 100 tak silap saya (eh,bacaan rabun ni 125 atau +1.25?). On the spot buat cermin mata baru siap bingkai. Jenama Pure Design, bingkai warna coklat gelap, kanta warna kelabu. Tak nak kanta yang kena panas terus jadi gelap, sama pulak macam cermin mata adik nanti. Harga RM 250 selepas diskaun sebab masih belajar. Mujur ada diskaun kalau tak sesak jugak walaupun Abah yang bayarkan. Hahaha.
Dah 5 tahun jarang pakai cermin mata bila pakai balik tu rasa pelik pun ada,rimas pun ada. Asyik bukak je tapi nanti mula silau, nak drive malam masalah. Nak tak nak kena pakai selalu. Punca kenapa silau dengan rabun jauh saya tinggi? Mungkin selalu tidur lewat dan mengadap komputer lama-lama. Kadang-kadang jam 2-3 pagi ngadap laptop lagi mana taknya naik rabun jauh. Betul tak teori ni wahai optometri yang ada?
Okey cukup cerita cermin mata sya. Kalau ada rezeki mana tau boleh menang hadiah cermin mata baru dari Papamifz[dot]com. Jom meriahkan contest cermin mata Papamifz sekarang sebab hadiah lumayan! Tarkih tutup 15 Mac 2013, ada masa lagi korang nak masuk. Info lanjut jangan lengah jangan lambat klik Contest Kacamata Papamifz.com dan selamat mencuba! Cerita best-best sikit la,cerita saya simple je ni. Macam klise plak pelajar IPT mesti kena pakai kaca mata. Tapi rasa hensem sikit pun ada. Hahahaha!! chow~
Memang bahaya kalau rabun silau nie..saya pun silau jugak.
yup. nak memandu malam sangat bermasalah..
Waaahhh …
Rugi tak ambil peluang ni.
Saya cuba dulu.
due date dah dekat cuba sebelum terlambat.
semoga berjaya buat kita berdua
hehehehe
yup betul!
memang hensem pakai cermin mata
hehee
karang ada yang cakap puji diri sendiri. haha
kalau ngadap komputer, kena rajin pakai spek…
nanti lagi teruk…
nak cuba..
tapi tak cuba cuba kontes ni..
adeh..
kadang2 malas nak pakai spek bila depan laptop,leceh.
try ar simple je contest ni.
Selamat berjaya kepada bro dengan penyertaan contest ini.
yup terima kasih.
salam…terima kasih kerana sudi join contest PM…penyertaan anda diterima…:)
semoga berjaya yer…:)
wa’salam. okey terima kasih PM.
lu jangan risau. bila mana-mana lelaki pakai kaca mata..dia terus upgrade jadi lelaki kacak secara automatik. hoho..
+1 untuk lelaki kacak Titan. haha
Bukan sikit bro, mmg rasa byk hensem bila pakai spek mata…keh3…
selamat berjaya!
hahaha. hensem banyak eh..
Saya juga bercermin mata.
Tetapi ada mana-mana program jika saya nak kelihatan kacak bergaya – heheh -
saya akan pakai kanta lekap (contact lens) saja.
saya tak berani pakai contact lens. belum yakin lagipun hanya silau,rabun jauh tak berapa..
biasanya akan nampak lebih cakep jika memakai kacamata