Review Lengkap Khas BLOGR MY | Web Aggregator Malaysia

Web aggregator dalam bahasa pasarnya mudah difahami sebagai tempat ping blog. Ping adalah salah satu tip blogging untuk kita promosikan blog secara online. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin BlogrMY kerana menjemput saya membuat review mengenai BlogrMY. Ada juga lah modal nak update blog. :lol:

Saya akan bawa anda kepada beberapa bahagian :

  • Apa Yang Ada Di Front Page
  • Cara Daftar Dan Ping Blog
  • Cadangan Atau Penambahbaikan

Kita pergi kepada point pertama tapi sebelum itu perhatikan screenshot keseluruhan layout BlogrMY di bawah ini.

Apa Yang Ada Di Front Page

1. Daftar Masuk Mudah Dengan Twitter

Jika anda telah mendaftar ke BlogrMY, hanya perlu login dengan menggunakan akaun twitter. Ya,semudah itu saja jika belum ada akaun Twitter pergilah sign-up. Blogger wajib ada Twitter untuk promosikan blog. Jika anda dah ada akaun Twitter, klik DAFTAR BLOGRMY.

2. Entri Terkini Blogger

Di bahagian ini kita dapat lihat hampir 40 entri yang telah di-ping oleh blogger lain, pun boleh buat modal blogwalking ni kalau anda dah tak tau nak terjah blog siapa lagi. :)

3. Entri Paling Popular

Ruangan ini menyediakan entri yang paling kerap dilawati mengikut kiraan popular harian atau mingguan.

4. Slot Khas Ulasan Dan Komik

Selain dari saya, ada lagi blogger yang mendapat jemputan untuk review BlogrMY dan anda boleh baca juga entri menarik mereka. Di slot komik khas untuk blog yang menghasilkan entri dalam bentuk komik.

5. Statistik

Memaparkan senarai ahli berdaftar, ahli online semasa, jumlah ping dan lain-lain. Lebih kepada teknikal dari pihak BlogrMY sendiri.

6. Backlink Banner

Kalau nak promosikan BlogrMY di blog anda,dengan mudah copy paste script yang disediakan.

7. Chatbox

Dah lama web aggregator tiada fungsi chatbox. BlogrMY menyediakan ruangan untuk bersembang-sembang. Kalau baru daftar,anda akan disapa dengan ucapan selamat datang. :)

Cara Daftar Dan Ping Blog

Okey,selesai dengan jalan-jalan ringkas apa ada kat BlogrMY, kita terus ke point kedua nak guna BlogrMY ni.

1. Seperti yang dinyatakan hanya perlu ada akaun Twitter dan klik pada number 1 ( sign in with Twitter ), login twitter dan macam biasa keluar paparan untuk akses dan selesai.

2. Klik pada PING di sebelah bawah Sign In with Twitter, tambahkan URL blog anda. Tak tambah blog tak boleh nak PING.

3. Klik pada URL blog untuk PING. Akan nampak entri terbaru anda,pilih kategori dan tekan PING. Menu ini hanya akan keluar setelah anda update blog,takde update baru takdelah entri yang nak di-ping. Sebelum PING pastikan anda tick Tweet ke Twitter kerana anda akan mendapat RT daripada BlogrMY.

Tak terhad kepada 1 blog,akaun ini anda boleh letak beberapa lagi blog. Ada limit ke? Kena tanya admin sendiri lah. Sementara tunggu pelawat datang,buka link entri anda tadi dari homepage BlogrMY dan perhatikan tab paling atas ada button Facebook Like, Twitter, Plus One Google untuk digunakan.

Selesai untuk dua point bagi entri ini, sebelum kita ke point terakhir sesiapa yang tak daftar lagi boleh klik DAFTAR BLOGR MY , ping dulu blog korang mana tak ping lagi lepas tu kita sambung baca entri ini untuk point ke 3. ;)

Cadangan Atau Penambahbaikan Blogr MY

Saya difahamkan website ini dalam peringkat BETA jadi cadangan diperlukan. Ada beberapa cadangan yang ingin diketengahkan sebagai normal-user di BlogrMY

1. Tambah Login with Facebook

Sering dilihat sebagai pendahulu Twitter, Facebook menjadi medium yang dikatakan semua orang ada. Jadi login dengan Facebook dilihat amat mudah jika diaplikasikan.

2. Header Yang Menarik / Menu

Sangat style jika ruangan putih kosong dibahagian atas website BlogrMY diletakkan header atau menus bagi pengguna. Header untuk nampak lebih menarik, manakala Menus pula untuk mudahkan navigasi pengguna.

Saya pada awalnya tercari-cari kat mana nak lihat profile. Saya klik nama sendiri bawah tajuk entri yang saya ping baru jumpa. Rupanya lagi satu tempat adalah klik diruangan username Twitter kita ( atas kanan ). Sebab saya tak klik adalah bila hover mouse ke sana yang ada cuma Username Twitter dan Logout. Terus ada Logout,jadi tak perasaan Username itu tempat lihat profile.

3. Chat Room Lebih Mesra Pengguna

Chatroom mereka best,cepat je respon. Cuma lebih seronok kalau ada paparan smiley yang digunakan. Macam smiley tampar-tampar muka tu macam best je. Boleh kacau orang. Hahaha. Contoh smiley-smiley lain pun mungkin bleh diletakkan.

Warna username pengguna hitam, tak menyerlah macam username Admin iaitu hijau. Kalau warna username ditukar kepada warna cerah lebih senang nak baca sebab background chatroom tersebut ialah kelabu gelap. Kelabu gelap dan hitam tak kontra rasanya, pandangan dari orang bukan seni. Hehe.

Cukup sekadar ini, cadangan dari pemerhatian ringkas kerana mungkin pihak admin ada sebab-sebab tertentu kenapa fungsi-fungsi di atas tiada. Kalau boleh cantikkan lagi website BlogrMY memang cunlah !

Kepada yang belum daftar, dah baca entri ni panjang-panjang kalau tak daftar rugilah. Senang je kot, klik DAFTAR BLOGR MY dan promosikan blog secara online sekarang. Sekian untuk review Website Aggregator BLOGR MY.

UPDATE : BLOGR MY upgrade their Interface. Register NOW.

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    woho! konfirm entri ni banyak view nanti, kebanyakkan entri yang tulis pasal Blogr konfirm lah..ada latew, tengok sejam kemudian :P
    btw aku guna servis ping ni jugak, masih baru, nak tengok ada hasil tak web aggregator ni sebagus Busuk atau Gezt

    • says

      aku pun baru tau blogr.my melalui invitation.. memang baru lagi.. busuk dulu aku nak guna tak menjadi,ape masalah ntah terus tak masuk lagi..

    • says

      Part komik tu setakat ni still dipilih secara manual. maybe next time boleh buat userlevel “Pelukis” so bila ping trus auto masuk section tu hehe

  2. says

    Terima kasih kepada webmaster sebab sudi membuat review blogr.my.
    Thanks jugak for the ideas.. Dari semasa ke semasa pihak blogr.my akan cuba menambah baik kan lagi servis yg tersedia ada :)

  3. says

    Amboi, kemain detail lagi review. Aku syak ni advertorial hahaha.
    Btw, paling ketara adalah login tu. Bukan ramai ada twitter, kalau die tambah login via fb, mesti lagi ramai join :D

    • says

      hoi hoi. ni bukan adverts. haha. blog aku tak kacak cam blog kau,mane layak dapat advert. hoho. tengah ada mood taip,buat la panjang sikit. maybe ada improvement lagi sebab sekarang dalam beta..

      • says

        alamak org besar dh bersuara haha.
        hmm login fb akan diusahakan. cuma risau byk conflict je nnt.

        Tp setakat ni, kalau ada Facebook Page, boleh je ping dekat blogr.my cuma function tu tak diaktifkan lg. still dlm development stage. takde masa plak T__T

  4. says

    dah guna ping ini tp malangnya ia x memaparkan link di widget e-referer sy. kalau dari busuk, ohbelog n guablog tu adalah menunjukkan link…ni yg pakcik heran.

    • says

      referral ni boleh dapat bila kita buat entri review banyak gak pelawat akan datang. widget e-refferal blogr saya tak guna lagi. mungkin kita leh tambah sendiri coding tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam