Alhamdulillah umat Islam di Malaysia telah selamat meraikan Hari Raya Aidilfitri ataupun hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang lepas. Jadi bagaimana dengan sambutan hari raya pertama anda? Meriah tetapi bersederhana itu lebih baik.
Baru teringat yang tahun ini pertama kali aku berhari raya dengan memiliki sebuah blog. Blog ini diwujudkan pada November 2010 pada waktu itu dah habis musim perayaan jadi ini merupakan ucapan Salam Aidilfitri Pertama buat semua pembaca blog ini. Dikesempatan serba ringkas ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog izwanyusof.com, tukang komen tegar atau pembaca senyap, insan-insan yang LIKE Facebook Fanpage (kalau belum LIKE boleh berbuat demikian..hehe) , rakan-rakan di Twitter, Google Plus dan sesiapa yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung. Maaf kalau ada entri yang kurang memuaskan hati pembaca sebab itu semua pendapat aku sahaja. Maaf juga kalau tak sempat membuat kunjungan balas ke blog-blog anda ataupun tidak update blog selama seminggu. Apapun terima kasih kerana masih lagi membaca blog ini.
Tahun ini aku beraya di rumah saja sebab nenek ada di rumah aku sekarang,kiranya tak balik kampung lah. Kalau balik kampung pun sangat dekat sebab jarak kedua-dua kampung aku tak sampai 1KM. Hahaha. Dalam sehari boleh balik kedua-dua kampung. Okey, ini ada sedikit perkongsian tentang khutbah Aidilfitri semalam selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Isi kandungan khutbah berkaitan dengan erti kemerdekaan, Ramadan dan sambutan Syawal. Tertarik dengan satu isi yang dikupas oleh khatib iaitu manusia ini masih BELUM MERDEKA sebab dijajah 2 KUASA PENJAJAH yang jauh lebih hebat dari Komunis atau Amerika. Tentu korang boleh agak apa 2 KUASA PENJAJAH itu kan?
Penjajah pertama ialah Syaitan yang seperti kita sedia maklum makhluk yang ingkar dengan perintah Allah dan berusaha untuk menyesatkan manusia di muka bumi ini. Syaitan akan membuatkan manusia berasa indah dibuai maksiat, dosa dan kezaliman terhadap diri sendiri. Penjajah kedua ialah hawa nafsu yang mendorong ke arah kejahatan jika tidak dididik dengan sempurna. Walaupun syaitan tidak menggangu manusia ketika Ramadan namun hawa nafsu yang terbiasa dengan kejahatan dapat merosakkan diri manusia sendiri. Jadi kita mahu jadi hamba kepada Syaitan dan Nafsu ataupun hamba kepada Allah S.W.T? Begitulah serba sedikit isi kandungan khutbah Aidilfitri semalam.
Akhir kata untuk entri ringkas ini sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog izwanyusof.com serta komuniti blogger dalam Malaysia mahupun luar negara. Mesti korang banyak plan di awal musim perayaan ni. Yang masih menuntut di IPTA confirm baki cuti sampai 11 September 2011 ini akan digunakan sehabisnya nak cari duit raya buat bayar yuran. Hahaha. Kepada yang memandu berhati-hati di jalanraya bak kata tagline iklan TV kepulangan anda dinanti bukan untuk ditangisi. Salam Sayang dan Salam Kemaafan buat semua. ![]()
p/s: Erkk.. Salam Sayang?


yg masih lagi bersekolah, cuti hanya smpai mggu depan.. haha
SPM aku dulu tak silap dalam waktu raya lagi, jadi tahun tu paling sederhana beraya..haha.. untunglah cuti seminggu,,
Thanks,
Selamat Hari Raya jugak bro.
Salam Aidilfitri juga..
salam syawal 1432h =)
amboi2, salam sayang?
*bila nk turun kota oi
kan mesra salam sayang untuk semua.. haha.. esok la jom jalan2..hehe
Selamat hari raya, maaf zahir batin
Selamat Hari Raya juga..
huhu..selamat hari raya semua..
yep.. selamat hari raya.
Selamat hari raya jugak bro
yup2.. Salam Aidilfitri..