Selesai Outstation Di Kuala Selangor

Baru je balik rumah malam semalam. Dah seminggu saya berada di sekitar UIAM, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Alhamdulillah banyak kerja yang dapat saya selesaikan. Tujuan utama ke KL minggu lepas sebab ada urusan kerja untuk shoot majlis perkahwinan rakan di UIAM kat Kuala Selangor. Dah alang-alang tu saya singgah UIA untuk uruskan clearance konvokesyen, dokumen-dokumen berkaitan dan beli barang-barang tambahan untuk fotografi.
LATAR highway
Client saya kat Kuala Selangor ni yang pertama luar dari Johor sejak saya habis belajar. Kira ni outstation pertama lah. Pergi UIA naik bas, lepas tu gerak ke Kuala Selangor naik kereta. Kat Kuala Selangor ni best macam-macam tarikan ada seperti tempat bersejarah Bukit Malawati, makanan yang unik seperti Cendol Bakar, Karipap Gergasi, Seafood tepi pantai tapi tulah kitorang sampai Jumaat malam hari ahad terus gerak baik KL sebab member sorang lagi ni esoknya ada kelas. Lagipun malam Ahad tu ada gathering lain.

Majlis hari tu agak besar. Ada 12 khemah tetamu termasuk khemah penyambut tetamu, ada satu balai buat bakar kambing 3 ekor, ada booth untuk candy,chocolate dan photobooth, guest book dan lain-lain. Mujurlah datang 2 orang photographer takdelah lepak sangat. Pasangan ni dua-dua belajar kat UIAM jadi ramai rakan-rakan dari UIAM datang masa majlis tu. Most of them working as engineer now. Oh ya berbalik kepada cerita kambing bakar tu, disebabkan saya jadi photographer biasanya makan memang lambat dalam jam 3.30 petang lepas solat semua jadi memang la kambing dah tinggal balai je. habis! owhh kempunan betul rasa.

artsflava photography crews
Majlis berjalan lancar dan rasanya ia pengalaman penting untuk saya lebih belajar dan tingkatkan kualiti dalam gerak kerja saya. Dalam tempoh seminggu tu jugak dapat seorang lagi client juga rakan dari UIAM yang nak saya jadi wedding photographer dia untuk majlis akad dan resepsi di Bentong, Pahang pada November 2013. Rezeki Allah nak bagi dimana-mana saja. Dalam tempoh kurang setahun ni boleh la sebulan sekali ada job untuk wedding November, Disember, Januari, Febuari dengan Mac. Tapi untuk sape-sape nak buat booking lagi masih ada tarikh kosong. Contact je nanti kita bincang.

Okey, got to go nak buat kerja lain plak. Selamat pengantin baru untuk rakan-rakan yang sudah,sedang dan akan melangsungkan perkahwinan tahun ni. :-)

Like & Share Artsflava Photography

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam