SEO Contest – Tip Blogging Terbaik

wordpress dashboard login

Waktu mula-mula aku beralih ke WordPress dulu.. Tidak ! Bukan waktu mula-mula tapi sejak aku kenal GengBlogger dan berhajat nak berblog dengan WordPress banyak cari tip blogging terbaik yang aku dah baca. Aku tak suka kalau cuba satu-satu benda tanpa ada sikit basic info tentang perkara tu. Kalau takde persediaan mesti entah apa-apa punyalah aku akan buat. Target utama aku sebelum guna WordPress ialah macamana nak buat blog yang menarik, apa tip blogging terbaik untuk diguna,tip-tip teknikal,promosi blog,tip-tip SEO walaupun SEO ni sangat memeningkan dan lain-lain. Banyak aku baca walaupun masih tak cukup rasanya.

Asyik baca tip blogging dengan panduan je memang tak feel la. Mane boleh kalau baca teori takde praktikal. Nekad dan bulat hati terus beli domain dan hosting dari Seal Server lepas tu wujudlah blog WordPress ni. Bila dah ada blog wordpress aku praktikkan semua tip-tip blogging yang aku dah baca dan bookmark tu. Mula-mula sangat berterabur tip blogging yang aku guna. SEO sikit, teknikal sikit, promote blog sikit, blogwalking tak sikit tak banyak sedang-sedang je aku guna. Apa lagi eh ? Cara penulisan, nak buat orang komen kat blog, tingkatkan Alexa ranking, buat contest dan macam-macam. Bila pelbagai tip blogging yang terbaik ni kita praktikkan sendiri baru kita nampak sejauh mana kita boleh tau orang yang kasi tip tadi tu betul atau tidak dia punya tip, boleh pakai atau tak dan sebagainya. Barulah aku tau macamane hidup seorang blogger. Tapi tak rasa terpaksa dengan blog sebab minat dan aku buat blog ni bukan sebab trend dan ikut sesiapa. Oh,pasal buat blog kerana trend atau minat ? Belum cerita lagi,delay next month la. Hehe..

Lebih kurang 6 hingga 7 bulan dengan WordPress ni, aku ada juga kongsi cerita-cerita pasal blogging sampailah kepada tip blogging yang baru ada lebih kurang 6 entri dalam ni. Aku ingat nak kongsi lagi tip basic pasal blogging yang lebih kepada perkara asas teknikal bila selesai je daftar akaun blogspot atau wordpress. Cuma dah lama draft content tu duk simpan kat notepad sejak semester lepas tapi tak dikeluar-keluarkan. Tu yang bila tau contest SEO dari 2DayBlogger yang mana salah satu keyword dia Tip Blogging Terbaik selain daripada Aku Seorang Blogger dan Buat Duit Dengan Blog aku terus kasi feedback pertama untuk join. Ye ke pertama? Tapi aku bukan orang pertama yang join. Hehe. Tujuan utama masuk contest ni :

1. Kongsikan tip blogging yang sedikit dan mana yang tau ni kepada orang lain. Dulu aku cari,aku dah guna dan lepas guna aku nak sampaikan semula.

2. Cuba main SEO buat kali ke 2. Pernah masuk contest SEO Berita Sukan Terkini dulu tapi silapnya aku ialah masuk kat keyword yang aku tak minat. Berita pasal sukan bukan aku minat sangat nak update so tak enjoy dengan contest tersebut. Apapun tu pengalaman pertama cuba contest SEO. 1st page google ? Jauh sekali ! Mula-mula naik entri tu kat page 4. Duduk hujung je entri aku menyepi. Hahaha..

Contest ni berjalan dari 22 Jun 2011 sampai 31 Julai 2011. Ada sebulan lebih sikit-sikit la. Mula-mula aku tengok ada 3 keywords, pertama buat duit dengan blog. Memang takkan la aku try sebab tak pernah cashout apa-apa pun dari blog ni,says ke churp-churp ke mane pernah dapat. Tolak tepi keyword tu. Keyword aku seorang blogger, aku rasa pengalaman tak banyak lagi dalam blogging ni nak banding dengan orang lain. Lagipun cerita aku biasa-biasa je. Dek kerana tak reti nak susun flow cerita tu aku pilih keyword tip blogging terbaik walaupun memang takdelah terbaik mana,aku sedar dengan redha tuh. Hahaha..Tapi sebab kat keyword tu ada perkataan terbaik so go on je la. Benda dah ada dalam blog tinggal tambah je lagi kandungannya. Ini antara tip-tip blogging yang aku pernah ceritakan :

1. 6 Sebab Mengapa Blog Dibina

2. Widget Blog, Cantik + Lambat

3. 4 Cara Perbaiki Ruang Komen Blog ( Blogspot )

4. Bahasa SMS Bukan Untuk Blogger

5. Hellobar Curi Perhatian Pembaca Anda ( sekarang tak pakai dah Hello Bar.. Hee )

6. Kesan Tajuk Entri Terhadap Pembaca dan Trafik

7. Masalah SEO H1 Tag, Apakah Itu H1 Tag ?

8. Tip Blogging Terbaik Dengan Menjadi Diri Sendiri

9. Tip Aliran Trafik Terbaik Dengan Setting Asas Search Engine

10. Tip Cara Promosi Blog Online

11. Tip Cara Promosi Blog Offline

12. Tip Blogging Kritikan Terbaik Dari Rakan Blogger

Psttt.. boleh dikategorikan sebagai tip blogging ke entri kat atas ni ?.. Entah la.. Hehe..

Ada juga aku kongsikan sedikit pasal self-hosting, perkara-perkara asas sebelum guna self hosting. Antaranya :

1. Apakah Itu Domain & Hosting

2. Komponen Asas Dalam Hosting

3. Kenali Sub – Parked – Add On Domain

4. Hotlinking dan Keburukan Kepada Blogger ( self hosted )

Hadiah? Apa hadiahnya eh. Banyak juga hadiah tu termasuklah key Kaspersky Antivirus orignal. Aku tengah jual key kaspersky original ni, klik banner kat atas tu kalau nak dapat harga promosi. Boleh plak promote kat sini, patutnya kat entri lain. Hahaha..Oh,lupa.. Nak tahu hadiahnya sila ke laman 2Day Blogger : Contest SEO Tip Blogging Terbaik vs Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog. Dah tengok hadiah dia? Nak join ? Meh la sekali meramaikan majlis.

kegembiraan dengan blog

… enjoy dengan blog anda …

Okey,cukup dulu sampai sini dan mungkin ini entri penamat untuk bulan Jun 2011. Atas sebab-sebab tertentu kena rehat kejap. InsyaAllah lepas ni sambung balik untuk kasi tip blogging terbaik seperti dalam keyword ni. Harap-harap terbaik la. Wish me all the best untuk final exam. Thanks for reading & enjoy it! Fuh !

Contest SEO Tip Blogging Terbaik ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids Dan Muje“.

#kalau suka entri ni boleh like atau share di Facebook atau retweet atau +1 Google network .. ;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Ni yang saya suka ni, contest SEO. nanti nak cuba try buat post.
    Bukan nak join untuk menang. Saja nak memeriahkan dunia blogger dan contest kawan-kawan.

  2. izwan says:

    cuba join.nak belajar sebenarnya
    menang kalah itu cerita lain

  3. blogger otai dah join..
    selamat berjaya bro..

  4. wowowow, tak berani dong..keke
    aku noob seo

  5. Aku dah check page ni.. rangking no 1 dalam google dengan keyword tip blogging terbaik.. ni memang terbaik la…

    • Izwan says:

      tak tau brape lama leh tahan fikri kat depan tu.. tengok keadaan gak.. aku pnye homepage ni ada lack sket utk seo.. dah tanya bro eizil hari tu camane nak fix..

      • Ali ridha says:

        terdapat cara nak kekalkan kedudukan
        katakunci kita.cuma kena ada usaha
        tumpukan pada katakunci tersebut.

        harap dapat membantu.

        Ps : macam seronok je ni.kenapa aku
        tak cuba juga.

  6. eddy syrol says:

    informative entry (~_~)

    jom terjah…

    SABAR MENCAPAI IMPIAN

    MINTA DERMA KE MINTA SEDEKAH

  7. Paiz says:

    Mantap bro.. gud luck for the contest~

    Aku seorang blogger hebat

  8. mamat says:

    Huhu..good luck..tak layak lagi nak join contest 2day blogger tu..hehe

  9. Juan says:

    wah, serius aku pon nk join

  10. sayacomel says:

    huhu..ada harapan nak menang nih. hehe..

  11. wah dapat banya sokongan ni..

  12. hafizal says:

    semoga anda terus berjaya dalam dunia bloggers

  13. wazy says:

    wahh
    begitu lengkap sekali tip blogging terbaik dari ko ni bro
    apa-apa pun semoga berjaya eh dalam pertandingan ni

  14. Makin ramai yang join contest ni kan?
    Good luck bro….. :D

  15. puanbee says:

    gud luck ! saya join suka2 jugak ni hehe tk pandang hadiah nye nk try seo je.. apa pun suka tajuk hotlinking tu .. tahu tk cr nk kesan kalau2 ade hotlinking ? dulu nk pakai hello bar jugk tp mcm susah je tk pakai dh la nih hehe

    • Izwan says:

      cara nak detect hotlinking tak silap kujie2.com ada cerita.. refer kat incoming links rasanya.. leh tanya dia..entri tu cam baru lagi..

      • puanbee says:

        sebelum nih dah buat guna cpanel utk sekat gambar tu , tp semalam bari teringat setiap kali tukar theme saya tak aktivated balik huhu… nasib baca kat sini

  16. sofian says:

    semoga berjaya dalam contest tu bro ;)

  17. abrablog says:

    good luck untuk contest 2dayblogger tu ye. :)

  18. hehe… nak join gak la pertandingan nie… macam best jek…

  19. Syazwan says:

    pernah masuk contest SEO, tapi tak menang pun. huhuuh
    anyway nice tip lah bro :D

  20. Iqbal says:

    Gud luck bro… aku pilih keyword “Aku SEOrang Blogger”…jemput la datang beri komen.. :)

    btw, salam kenal…

  21. Good luck Izwan. Kalau sempat, nak juga join contest SEO ni.

  22. Juan says:

    wah, semakin ramai join contest ni, best best

  23. cik ya says:

    erkk, SEO tu apo ?
    kerdil je rasa tak mampu nak join..
    semoga berjaya naa.. :)

    • Izwan says:

      Search Engine Optimization. kebolehan sesuatu site / blog berada di muka depan enjin carian ( cth : google ).
      yup.. Thanks.. ;)

  24. Dila.13 says:

    Salam.. Wah, wah.. tak sangka ramai betul yang dah start buat tugasan untuk contest 2DayBlogger! Saya pun nak joinlah. Menang atau kalah, lain hari cerita. Meriahkan majlis dulu :)

  25. zik says:

    cayalah first page tuh… ada banyak tip untuk jadi blogging itu yang terbaik diantara yang terbaik… cuma kena rajin explore…

  26. so far masih bertahan di belakang 2dayblogger dalam keyword contest yg izwan masuk ni. smoga terus kekal dan berjaya dalam contest ni :)

    • Izwan says:

      agak susah rupanya SEO ni.. masuk sendiri baru nampak naik turun..pening gak nak paham.. thanks. ;)

  27. SEO..wow..takut..seram..hehe..
    blog xsmpi setahun lagi…bnyk kene blajo…hoho

  28. good luck for the seo contest bro..

  29. titan says:

    aku masih tak buat apa-apa pasal contest tu..emm..nak pilih blog mana satu ekk. Kena yang mesra search engine nih..

  30. wah, tahniah… menarik tu..
    hadiah utama dia hosting kan, yang pakej besar tu

    • Izwan says:

      hadiah tak target sangat.. target macamane nak main SEO.. pening kot.. haha.. jom la join sekali..

  31. Datin Tyka says:

    semoga berjaya.. nk cube jugak la.. he he

  32. Saya mesti pilih. Tagline Bank Rakyat gitu.

  33. Fitrihadi says:

    semoga berjaya bro. aku tak berani masuk contest ni sebab ilmu SEO pun lekat celah gigi je.. hehehe
    .

    • Izwan says:

      aku pn baru lagi join2 SEO contest ni.. try la.. kalau tak cuba tak jelas camane.. aku pn gitu gak mula2, org suh cuba aku cuba je.. ;)

  34. MEKAR says:

    Semoga berjaya Izwan. Terima kasih exchange link mymekar.com di blog ini. Sya juga ada link kan blog anda. maaf lewat membalasnya :-)

  35. ini dapat uji kemahiran seseorang tu dalam dunia blogging.. :)

  36. catzer says:

    aku suke perati jerk contest SEO, malas nak join sbb takde masa skang ni..hehehehe

  37. Sengalman says:

    gudluck bro !! =)

  38. kadang-kadang dapat iju memampuan kita dalam blogging ni, jadi sesuai la kalau nak asah bakat tu, try contest2 yang ada

  39. alamonline says:

    sesuai untuk blogger baru mempopularkan blog mereka. good luck tuan izwan.

Trackbacks

  1. [...] http://www.izwanyusof.com/blog/seo-contest-tip-blogging-terbaik/ (PR 0) Jom Buat Duit Dengan YMads.Com-Boleh Dapat RM5 – RM 15 Sehari!(Tengok Bukti!) p/s:Kalau nak berkenalan dengan saya,jomlah follow saya di Twitter Dan Facebook.=)contest 2daybloggeraku seorang bloggercontest Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog vs Tip Blogging Terbaikbuat duit dengan blog jamaluddinkeywords popular hari ini 22 6 2011tip blogging Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook Share on FriendFeed Buzz it up share via Reddit Share with Stumblers Tweet about it Buzz it up Subscribe to the comments on this post Bookmark in Browser Baca Artikel Yang Berkaitan:Earning Tertinggi Dari YMads.Com,$ 15++ Sehari.Jom Buat Duit Dengan YMAds.ComBuat Duit Dengan Blog – Panduan Untuk Membuat Duit Dengan BlogBlogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit.Betul Ke?Berblogging Adalah Satu Perniagaan??Setuju?Menanti RM2200 Masuk Ke Akaun Hari Ini.Cepat Lah Masuk. Duit Dah Kering Ni… innity_pub = "286674e3082feb7e5afb92777e48821f"; innity_zone = "17716"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; [...]

  2. [...] cerita sikit tentang SEO. Kalau kurang sila tegur kepada yang lebih arif pasal SEO. Tak dinafikan contest SEO tip blogging terbaik tu buat aku nak upgrade teknikal blog ni semana yang boleh. Cuma lepas aku [...]

  3. [...] bila mula-mula berblogging. Itu yang aku selalu buat dulu. Tanpa sedar aku memang leka nak cari tip blogging dan satu hari tu baru sedar yang menjadi diri sendiri dalam blog lebih baik dan selesa. Content Is [...]

  4. [...] Penuh: Di sini Tags: tip, tip blog terbaik, tip blogging, tip blogging [...]

  5. [...] mempromosikan blog secara online dah diceritakan dan seterusnya entri bersambung ke tip blogging untuk promosikan blog bahagian 2 iaitu offline. Cara-cara yang akan diceritakan ini aku buat [...]