Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?

Bila dah buat blog, macam-macam kita nak letak dalam tu. Cerita peribadi, gaduh dengan awek, study, malahan masalah-masalah seperti ayam, ikan jerung, itik, penyu, lembu dan kambing pun kita nak ceritakan.

how often you update your blog

picture – bloodsuckerlp

Read! Read! Read! Read! Read! Let me write! Let me write! Let me write!

Persoalannya berapa kali kita kena kemaskini blog kita? Ikut sukahati atau berkala?

  • 3 Hingga 4 Kali Sehari

Dah macam makan ubat. Kita boleh update blog dengan kerap dalam satu hari tetapi entri tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri seperti :

  1. Santai
  2. Ringkas
  3. Kreatif

Siapa nak baca kalau satu hari update berkali-kali tapi entri panjang berjela,bosan tu.

  • Sehari Satu Entri

Ciri-ciri entri yang sesuai untuk dikemaskini sehari sekali lebih kurang sama macam yang sebelumnya tetapi lagi cantik jika satu hari tu berlainan topic. Dengan itu kita boleh tarik ramai pembaca yang berlainan. Kalau dalam niche yang sama,pasti boleh dikembangkan ke pelbagai kategori kecil bukan? Jadi manfaatkan itu.

  • Satu Minggu 3 Kali

Sesuai untuk orang yang sekali update blog dia tak pandai nak tulis pendek-pendek. Ada je celotehnya. Namun entri tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Bila update blog 3 kali seminggu atau kurang tapi entrinya panjang dan menarik, pembaca setia akan tertunggu-tunggu dan mesti baca entri anda sampai habis.

  • Sebulan Sekali

Ini jenis penulis yang hebat. Saya jumpa blogger jenis macam ni, update sebulan sekali tapi sekali dia update kaw-kaw. Sama ada serius,lawak,pengetahuan dan sebagainya,entri bagi jenis sebegini biasanya agak panjang juga. Tapi kalau orang suka baca, update sebulan sekali pun beribu yang terjah.

Ataupun jenis update sebulan sekali ni jenis yang dah malas nak blogging? Errr. Errr. Errr..

So kesimpulannya anda boleh pilih nak update blog berapa kerap dalam sehari atau seminggu. Ada dua jenis je, orang suka update ringkas dia akan update blog dengan kerap. Bagi yang suka update panjang dia akan update blog dengan selang masa tertentu. Tapi itu kebiasaan, tak semua orang macam tu. Enjoy saja bila update dan ikut keselesaan.

Jangan paksa diri update blog dan jangan copy-paste! *peace

*intro entri ini,bagi sesiapa yang memahami  ;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. fariq says:

    yg hebat2 boleh la buat gini, kwn kalo rasa tertarik pd satu cite or topik tu n rasa nak ulas baru la up kat blog. kalo takde.. tak up la.. hewhew..

  2. topo says:

    aku tak update 2-3-4 kali sehari sebab ada kekangan bandwidth dan space hehehe

  3. Mohd Isa says:

    bagi aku, ikut niche dan keperluan. ikutkan, sehari sekali dah kira ok. seminggu tiga kali pun ok. janji kita jaga kualiti artikel itu sendiri. kalau santai, panjang berjela pun takpa, tapi biarlah disertakan beberapa keping gambar agar kelihatan lebih menarik. :)

  4. ohcikgu says:

    terpulang. ikut keselesaan penulis sendiri.

  5. Nadot says:

    Prefer sehari satu entry. Tapi kadang-kadang bila busy, terbabas 2-3 hari tanpa entry.. Kalau hebat takpe, tapi sebab blogger picisan je, bila takde entry, sikit la trafiknya.. haiishh ;)

  6. BUATBEST ? says:

    rasanya ikut mOod juga..kalau rajin bleh la bt entry byk2..haha..

  7. titan says:

    aku update ikut suka hati aku je. haha..

  8. aku ikut masa..lapang insyallah akan diupdate bila tak lapang mmg tinggalkan jer..save dlm memori otak jer hehehe

  9. shraqs says:

    Kalau jenis yang takde niche tertentu, aku rasa tak perlu dikisahkan sangat pasal berapa kerap nak update blog, ikut keselesaan & mood diorang.

    Bagi yang berniche khusus tu yang payah sikit sebab diorang ada pembaca & follower tersendiri. IMO

    • hafizmd says:

      Betul jugak tu bro shraqs. Bg yg ada niche, mmg kdang2 ada rasa stuck, tp macam yg bro izwan cakap, nak kena kreatif pecahkan niche…fuh…mencabar jugak jadi blogger ni…hhehehhe

    • Izwan says:

      betul tu. ada niche kena jaga supaya tak lari. lari je dari niche tu reader lama pun malas nak tengok dan baca. aku ada jumpe blog yang tukar niche,memang rasa tak best dah nak baca..

  10. Ikut suka hati ja.. kekeke..

  11. hafizmd says:

    erm…berapa kali ek..ambe mmg takde plan sangat…tp biasanya paling kuatpun (lepas minum teh ais), bolehlah sehari sekali

    kalau tak, dua hari sekali…ambe ada jugak fikir, kalau tulis hari2, sape nak baca?hahaha

    ambe suka 3 tips ciri2 entri tu bro…ambe dalam proses ke arah itu…thanks bro

  12. terpulang la pada kreativiti masing2.

    sebolehnya cuba konsisten walaupun seminggu sekali. kalau nak seminggu sekali tu, make sure mmg up seminggu sekali la. jgn kdg2 up, kdg2 tak.

    setiap blogger ada keunikan tersendiri. Huhu

  13. Danial says:

    Kalau blog yang ramai penulisnya mesti tiap-tiap hari update macam OMG Hackers. Tapi kalau blog sendiri-sendiri ikut mood le jawabnya ;)

    Bagus perkongiannya dan salam perkenalan dari saya. Semoga Tuan boleh datang lihat blog saya balik :D

    • Izwan says:

      blog ramai penulis tak penat nak cover. kalau sorang2 tulis lepak gak. kalau yang jenis cincai lain la,tapi tak puas hati camtu.

  14. Aya says:

    Aya lebih suka update sekali sehari je.. tapi kalo ada isu panas.. boleh update 2 kali.. kalo entri terlalu panjang, orang cepat bosan.. :)

    P/s: o ye izwan, button Like,tweet dan pin it ni sedikit menggangu ruangan screen, so aya susah nak menaip komen sebab terlindung dengan button ni.. :)

    • Izwan says:

      entri panjang lambat orang nak baca,lagi blog tak ramai visitor cam saya. 3-4 hari peram baru ada komen. hehe.
      dah fix setting button like,tweet ni. boleh baca tak? ganggu lagi ke?

  15. onlajer says:

    Nampaknya aku lebih suka ikut suka hati aku bila nak updated hee

  16. Bila nak update -update… Mood based update… hehehe…

  17. update berkali-kali dalam sehari atau sehari sekali bg sis sgt mustahil. Bila dah update terpanjang berjela pulak…. ho ho ho :)
    p/s: tgh bljr tulis pendek2 je

  18. daddydee says:

    Saya main belasah je. Ikut suka nak update bila

  19. fiezaradzi says:

    update bila ada rasa nak.. bila rasa ada idea.. itu yg terbiar bila tak de idea tu.. haha

  20. sharafie says:

    nak jadi silent writer la..entri tanpa apa yang kelihatan..agaknya…tak boleh agak memang tak menulis la kalau macam gitu..hehe

  21. azman says:

    Update bila ada idea dan kelapangan hahaha……..sebab tak nak stress2 nanti entri kelaut :)

  22. albaihaqie says:

    haha, intro tu saya faham..
    guide line yang menarik untuk tulis blog,

  23. farahaznil says:

    Huh…..ikut mood…klu dah dtngmalas..haram..habis bersawang

  24. puanbee says:

    kalau rajin dan byk masa blh la 2 kali sehari , kalau tkde masa sekali , kalau malas 2-3 hari sekali hehe ..

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam