11 Ogos 2012 ada event Paso Bumbong anjuran JOHO di Plaza Seni Johor Bahru. Saya tak plan nak balik ke rumah minggu ni,jadi turun sanalah. Paso Bumbong ni ejaan skemanya Pasar Bumbung tapi style Johor ni huruf R dimatikan dan diganti dengan O. Konsep paso bumbong ni,gerainya terletak di rooftop sesebuah bangunan.
Saya tak beli apa-apa sangat sebab duit dah habis tak reti nak berfashion indie style. Cuma @faaizzdzul yang beli 3 buah buku indie. Bundle pun ada kat sana cuma terlalu terhad. Tak minat beli barang yang tak banyak pilihan. Just for fun untuk shoot gambar,dalam jam 6.45 petang bergerak ke maktab perguruan temenggung ibrahim, berbuka kat sana.
Kat maktab perguruan tu tempat rakan sekolah @faaizzdzul. Saya pun baru je hari tu kenal dengan diorang tapi semua jenis tak kisah. Kira boleh layan kepala masing-masing la. Tak tau betul ke tidak,biasanya orang Johor senang nak bergaul dan jenis tak kisah. Sempoi,jumpa pertama kali pun boleh buat gelak-gelak. Mungkin tengok cara bersosial jugak kot. ![]()

…penulis blog yuhusayso tak sabar nak makan ke ape? Haha…
Malam punya plan,makan steamboat seafood kat Rawa Seafood, Taman Gaya. RM 20 seorang dan kami ada 7 orang semuanya. Biasalah steamboat bayar segitu makanlah apa-apa. Ni kali kedua saya layan steamboat macam ni. Disebabkan dah ada pengalaman,tak buat kesilapan lalu iaitu tak makan makanan berat masa starting dan tak minum air banyak. Minum pun air masam je nak elakkan kekenyangan melampau. Hehe.
Penuh hujung minggu Sabtu dengan aktiviti bersosial. Kenalah weh jumpa kawan-kawan dari pelbagai background. Duduk terperap je tak bersosial, takde life. Tak semestinya kita kena Forever Alone 24/7.
nota: gambar menggunakan lens Canon 50mm f1.8. itu sebab duit dah habis. tapi suka bokeh-bokehnya. Hehe













cantiknya~ :3
rooftoop sebab johor memang tak de kawasan lapang kot.. hehehe
tp tu la, macam best jer, aku tak sampai lagi..
bukan sebab takde kawasan lapang. paso bumbong tu memang identitinya kat rooftop. atas bumbung. event ni seminggu ni je,last pose. hehe. tiap tahun ada,next year try ar turun.
baru aku tahu ada event ni kat johor…:)
ni dah masuk tahun kedua penganjuran.
seronoknya ujung minggu yang penuh aktiviti lay-parking
biasalah. kebosanan. bujang lifestyle. hehe
jauh maa. banting takde kedai atas bumbung..
takde kedai atas bumbung boleh try buat satu. pioneer. hehe
masalahnya, takde bumbung yang sesuai maa..
caanntikk nye gambar2.. huhu..
buku indie byk? ni jeles ni.. stok bacaan pon abis dah..
minat ek baca indie2. aku terfaktab tu pn tak habis2 lagi..
sekalai sekala dapat pergi gerai macam ni memang cool jugak.
yes. feel indie dan retro sikit.
amboi gambar-gambar dia, cantik dan menarik!!
eh, Paso Bumbong ni kira macam bahasa Minang je? Johor ni minang ke apa? #laritajuk hehehe
eh,mane ada minang. johor r. haha. ce baca description awal2,biasa huruf R tak disebut sangat..
Simply wanna admit that this is handy, Thanks for taking your time to write this.
mohon remove publisiti begini.
mahu belajar tidak menjadi attention-seeker lah gitu.
mih mih mih