Aku jalan-jalan kat blog Mr.Piratz semalam. Nak cari tutorial-tutorial yang bagus untuk aku pakai kat blog ni. Tiba-tiba aku terjumpa cara-cara nak buat gavatar blog. Dah lama aku cari ni, yela kebanyakan blogger pakai gravatar ni nampak smart, elegen, anggun dan menawan !
Laman web ni Face Your Manga membolehkan kita buat gravatar secara online. Tak kena daftar pun, cuma pilih Face Your Mange, Create, pilih jantina dan lepas tu boleh solek menyolek ikut sukahati kita la. Macam-macam fungsi ada, boleh ubah muka, hidung, mata, rambut, baju, nak pakai topi ke cermin mata pun boleh. Bergantung sejauh mana korang punya kreativiti la. Nak perasan cun ke hensem ke pun boleh kat sini. Ala, ape ada hal perasan kejap macam yang aku buat ni, nampak kacak kan ?.. Hohoho..
Siap semua, klik finish dan bagi email. Lepas tu check email dan save gambar yang dibagi dalam email tu. Akhir sekali upload untuk gantikan gravatar yang lama. Hah,try la ape lagi. Kalau tak nak pakai gravatar tu tapi nak cuba-cuba pun boleh.
Serlahkan kreativiti anda yang terpendam !
*update : terima kasih kepada Azuan kerana menegur kesalahan tajuk. Nampak sangat kalut.. aish !.. hahaha


Mcm ada ayat yg error kat tajuk tu.. Penampilan ke Penambilan?
atau bro saje buat penambilan
haha.. thanks tegur.. tadi lepas post terus keluar makan ngan family,tak sempat nak check byk kali.. patut r tadi nampak pelik tapi tak tau kenapa..
hehe.. beres bro..
owh, macam penah g web ni.
tapi malas pulak nak buat.
ps: ada senior aku tu, rajin gila.
die buat gravatar untuk cikgu2 kat sekolah.
memang sebijik sama. haha.
pastu, cikgu pun ramai2 tukar profile pic fb guna gravatar die. hehe
nak buat ni memg byk nak nengok, tapi best.. wah, kreatif senior ko leh sebijik sama.. muka versi kartun ni kadang2 nampak smart.. haha