Hai.
Banyak benda yang saya tak cerita kat blog rupanya. Bulan lepas saya berpeluang menjadi perwakilan PKPIM ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM). Majlis Belia Malaysia terbentuk dari gabungan NGO-NGO belia yang ada di Malaysia dan MPAT yang berlangsung bulan lepas bagi memilih kepimpinan baru sesi 2012/2014.

Saya suka memerhati apa yang berlaku di sana, kira situ middle-range punya politik la. Straight to the point, persoalan umur belia di Malaysia ni terlintas bila saya dengar sesi perbahasan ucapan dasar presiden dan sesi penggulungan. Kat Malaysia sekarang umur belia ditakrifkan dari 16 – 40 tahun. Anda yang 40 tahun itu kat Malaysia masih dipanggil belia berbanding negara-negara luar belia mereka hanya sehingga umur 24 tahun.
Had umur belia perlu dikekalkan sehingga 40 tahun atau 24 tahun?
Sekarang ramai NGO sedang menarik golongan muda untuk berada dalam persatuan belia tapi ada juga sesetengah pendapat menyatakan had belia Malaysia wajar dikekalkan sehingga umur 40 tahun dengan alasan golongan muda terlalu mentah untuk diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan melaksanakan kerja-kerja orang dewasa.
Saya tak setuju dengan pendapat ini,sebabnya mudah sahaja. Jika golongan belia tidak diberi ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin bagaimana belia muda Malaysia nak jadi matang? Jika usia 24 tahun dianggap mentah lalu usia bagaimana yang boleh dikatakan cukup dewasa? Golongan belia muda dan dewasa ada kesinambungan untuk membentuk satu komuniti berjaya. Golongan muda sarat dengan idea yang segar,tenaga yang kuat dan bila digabung dengan golongan dewasa 30 tahun ke atas yang mungkin ada pengalaman dalam hal tertentu bukankah boleh wujud komuniti yang ada check & balance.
Kita masih kurang pemimpin muda yang cukup matang dan mempunyai idea-idea diluar kotak yang menarik perhatian anak muda. Zaman remaja kita biasanya diisi dengan budaya lepak dan hiburan. Tak salah kalau remaja belasan tahun dah didedahkan dengan research & development, cara buat bisnes, skill komunikasi, cara buat blog, persatuan dan seterusnya kepimpinan.
Kalau tanya saya berapa jarak umur sesuai belia di Malaysia, saya letak 13 – 27 tahun. Bila golongan muda wujudkan idea yang baru, golongan yang lebih dewasa sokong dari segi ilmu, peluang, kewangan dan rangkaian rasanya kita boleh lebih maju. Adakah point-point dalam entri idealistik dan tak realistik? Entah,siapa tahu satu hari nanti boleh terjadi.
Apapun, pengalaman mengikuti program ni sangat menarik! ![]()
gambar: Artsflava Photography

entahlah. kekadang aku tak faham masalah umur nih..
pengalaman lebih penting dari umur biasanya. hehe
tua nya lah kalau 40 tahun masih belia
yup kat malaysia 40 tahun masih kategori belia.
hmm..payah nak explain..berdasarkan pengalaman kot
Rasanya lebih baik 40 tu diturunkan kepada 30 (jika tak nak kepada 25). Sebab 30-40 tu umur dah dikira orang tua dah. Budak2 panggil pakcik dah =)
30 pun dah kira ok juga tu. setakat ni tak dengar lagi perubahan takrifan umur belia di malaysia.
sebab tu..ramai orang yang dah tua-tua..tak nak lepas jawatan awal..sebab diorang rasa diorang muda lagi. haha
pesertanya banyak ya,,berarti sangat menarik