Inilah dekstop Compaq CQ 42-628 TX aku. Hari-hari aku mengadap skrin 1366 x 768 pixels ni untuk blogging, assignment, study dan DoTA. Dengan sengaja aku tunjuk dekstop yang simple ni untuk cabaran Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Dah tahu tentang ni ? Kalau tak tahu meh baca habiskan lepas tu boleh join sekali. Ala, kalau dah blogger tu mesti hari-hari ngadap dekstop. Betul tak ?
… klik untuk resolusi penuh …
Sebelum tu, dekstop ni ada info sikit untuk dikongsi. Ada maksud ni kenapa aku buat dekstop aku camni :
1. Menggunakan OS Windows 7 dengan aplikasi Remove WAT. Biasalah, student kan. Ini je la yang mampu asalkan boleh guna.. Hehe..
2. Pernah bercita-cita setinggi tiang lampu jalan untuk bertukar ke Ubuntu 10.04 tetapi malangnya disebabkan lampu terbakar, ia tak dapat dilaksanakan. Aku dah download siap tu Ubuntu 10.04, terbiar camtu jek ! Rugi lah..
3. Seorang yang sukakan benda yang bersih dan teratur. ( Fakta : mengambil masa 2 jam untuk kemas bilik ). Sebab tu dektopnya tiada apa-apa folder melainkan icon recycle bin yang sedia ada.
4. Disebabkan faktor konon-kononya pentingkan kekemasan itu, wujud aplikasi Object Dock di bahagian atas dektop.
5. Tersembul ikon DoTA kat Start Menu tu disebabkan faktor hormon kebosanan dan pengaruh rakan sebaya. Oh ! Tidak !
Objeck Dock kat atas tu pun punya maksud tertentu gak, ingat hiasan je ke? Memang la bila aku sentuh dia goyang, sentuh dia goyang. Tapi goyang ada makna tu :
My Computer – Wajib bukak selalu sebab banyak fail aku simpan kat Drive D. Drive C untuk Windows dan software sahaja.
Mozilla Firefox – Keperluan untuk pengguna internet tegar.
Winamp – Layan muzik dengan DFX Audio Enhancer + build in Altec Lansing speaker. Volume selalu 100 %. Ni pun macam nak beli sub-woofer plak pasni,sekarang macam tak cukup kuat.. Hahaha..
Folder ‘My Blog’ – Dokumen tentang blog dan entri-entri yang lepas
WS FTP Pro – FTP software untuk upload file ke hosting
Maxis BB – Membolehkan aku wujudkan blog ni. Membuatkan aku habis quota bandwidth 1.5Gb dalam masa seminggu !
Folder ‘ IIUM Engineering’ – Semua dokumen, nota, assignment, projek pasal study dalam ni.
Folder ‘ Engintex 11’ – Dokumen untuk program Engineering Technology Exhibition 2011.
Folder ‘ Mahallah Uthman Representative Committee’ – Dokumen untuk program kolej. Letih asyik berprogram je weh..
Recycle Bin – Tong sampah yang tak pernah penuh sebab aku suka delete permenantly. Lepas tu kalau benda tu penting, menjajau nak restore balik tak boleh.. Hahaha
*************************
Okey, ini semua untuk contest Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Terbuka kepada semua blogger yang ada komputer. Logik ke blogger takde komputer ?.. Syarat-syarat boleh baca di Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Mudah dan ringkas. Show Off sikit dekstop korang tu. Hahaha.. Tapi aku tak suruh riak la. Bertenang, bertenang..
Hadiah yang bakal dimenangi membolehkan korang renew domain dah hosting tahun depan. Kalau sesiapa nak tukar blogging dengan WordPress, cukup dah hadiah ni nak beli domain dengan hosting.. RM 100 + hadiah misteri.. Misteri lagi, takkan tak suka suprise ?..kepada blogger perempuan, tak minat suprise ke ?.. hehe.. Sila layari blog tersebut, bak kata Melz dalam Giveaway Contest dia dulu.. “Easy huh ?”.. Hoho,aku memang suka ayat ni Melz..

desktop gua ada gmbr je.. haha
gambar pe ko letak beb?.. hehe
Desktop aku kosong je, ada dua folder games dengan browser.. dalam folder tu baru ada shortcut.. malas nak letak semua shortcut kat depan nampak serabut.. dan aku juga anti widget.. memang tak suka..haha
aku pernah wat gak gitu letak dlm folder,then cam tak best.. hehe.. bese r taste org lain2.. pastu aku pakai r object dock ni,tapi version lama.. tak canggih..len kali r usha dock2 len yg mantap..
As’salam..
Amy singgah melawat blogger2 yang amy belum kenal, salam kenal dan amy follow blog nie ye…
wa’slm.. thanks singgah sini..
Dari pagi sampai dah lepas lunch baru boleh bukak blog ko nie. Lawa wallpaper tiang lampu nie.. mcm2 kaler ada. Terima kasih sebab join kontest kecil2an dari Anwar’s Blogshop.
memg tak leh nak bukak gak pagi tadi.. 3 kali dah masuk ni, down seh sbg pengguna baru WP.. haha.. Ur welcome bro, idea contest ni pun leh tahan len dari len.. maybe aku tengok len dari len sebb selama ni tak pernah join contest sgt kot.. hehe
fullamak terbaik lah bro.. tiang lampu yang berwarna lain2..
tu r.. cat tumpah.. hehe
fuh… colour gradient cantik tuh… kagum sekejap..!
tu r,tone colour dia pn nampak padan.. jmpe kat internet gak ni bro..
wau…ade hadiah
yup..leh gak nak join skali..
desktop aku penuh! sekian.
tp nak try masuk laaa…hehe
weh, ko takde twitter?
masuk je.. meriah2 kan contest.. aku pn masuk suka2.. ada tweet, twitter[dot]com/Izwan_.. plugin twitter aku tak aktifkan lagi kat blog ni.. cam dah byk sgt plugin.. hehe
hah? underscore ape? add je la aku.. @munzirshafie senang aku nk tanye pape…hehe
memg underscore.. aku nak guna username Izwan tak valid.. adess, feymes kot.. hahaha.. nnti aku add, skrg nak out dulu.. petang ni nak beli barang sket..cuti habes sudah.. bosan tol.. haha
cesss… mati-mati aku ingat ko lupa nak taruk ape kat blakang tu…haha bleh pulak username camtu ekh..
hahaha.. aku tau username ni tak macho.. tapi nak letak Izwan tak available kot.. nnti2 r aku tukar..
gud one bro
simple hehehe. aku suka layer warna pelangi tu 
kat johor skrg ujan je bro hari2.. tu timbul pelangi.. hehe..
ko pnye pn leh tahan gempak.. contest ni syok seh..tak penah pikir nak tengok dekstop org len sblm ni..
aku punya simple je haha. kadang2 desktop orang boleh bagi idea
yup2.. idea ni time tido pn leh datang.. hehe
fuyooo…dekstop di cun..
dekstop ko pn mantap gak pe.. aku nak tukar ubuntu malas plak.. hehe..
good luck bro.
tak pernah lagi aku jumpa lampu yg berbeza warna di jalanan.
org yg wt ni main gradient je kot.. aku tau pakai je.. hehe
nice desktop u have
dekstop ko pn gempak gak bro.. biru.. hehe
Singgah untuk saringan… la la la~
ada second stage ke?.. hehe