Simpan Keluhan Itu Duhai Wanita Kerna Dirimu Begitu Berharga

Permodenan arus duniawi sekarang ini membuatkan sesebuah tamadun membangun pesat dan maju. Pemikiran juga terkena tempiasnya dan sampai satu tahap dimana akhir-akhir ini segelintir umat Islam membangkitkan isu persamaan hak antara lelaki dan perempuan dan menyentuh sensitiviti agama seperti soal aurat,pembahagian harta pusaka,kuasa talak dan sebagainya. Aku ada satu sketsa ringkas berkenaan keluhan ini. Jika ada wanita mengeluh soal itu,haruslah anda tahu bahawa di dalam Islam wanita sangat tinggi martabat dan nilainya. :)

Keluhan remaja perempuan A :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la macam ni. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A :
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B :
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B :
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan remaja perempuan C :
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri C :
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D :
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

hak kesamarataan gender

Hasil daripada dialog di atas ni,wujud beberapa pertubuhan yang dikatakan membela nasib kaum wanita,menuntut hak kesamarataan jantina,pemikiran wanita dieksploitasi dengan persoalan-persoalan gender dan sebagainya. Lebih mengeruhkan keadaan pabila ada lelaki mengatakan,”mujur aku ni lelaki!”

Ada rasa mengeluh seperti itu? Bertenang kejap. Mari lihat jawapan seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Jawapan keluhan remaja perempuan A :

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Jawapan keluhan isteri A :

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Namun ketahuilah si suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan”

Jawapan keluhan remaja perempuan B :

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu tanpa perlu dikongsi. Bagi lelaki, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya kerana itu dah menjadi tanggunjawabnya”

Jawapan keluhan isteri B :

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah.. Itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Jawapan keluhan remaja perempuan C :

“Nak beribadat macam lelaki? Bukan mudah nak peroleh syurga. Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Jawapan keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D :

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki itu bertanya lagi :
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

* * * * * * *

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan muslihat sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang diperjuangkan mereka. Ingatlah bahawa Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui segalanya tentang manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia berbanding peraturan yang dicipta manusia itu sendiri.

Wahai lelaki, jaga dan didiklah isterimu kelak kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai kaum hawa. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

wanita muslimah anime

[box type="info"] Credit : Artikel ini dipetik dan diolah dari nota Facebook Anizza Ariffin[/box]

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    hurm..a good article..even i already know reasons behind this mind-questions.Tak kisah la.. yang penting jika mahukan kebenaran cari sedaya mungkin bukan mengikut nafsu semata-mata. Everything have its own reasons behind and i believe so.Cos its happened in my life already.Keep it ups to bring another benefit article to share among us.. ^_^V and i ‘m proud to be a woman!!..haha

    p/s: 1.sorrylah guna bahasa penjajah.
    2.rindu..dah lama tak komen sini..haha..(Sengal).modd BW beransur kembali
    3.kenapa dah xda icon smiley tuk letak kat momen nie?

    • says

      yup,semua yang terjadi ada sebabnya..
      nape lama tak berkomen?..icon tu cam dah tak betul..saja nak kurangkan plugin dalam ni..

      • says

        1. bagi peluang kat orang2 lain tuk komen byk2.. komen saya xbernilai sangat pun.. :P
        2.ala tak best ar.. xda icon tu..xleh nak main2 lagi kat sini..

  2. says

    perempuan adalah golongan yang mudah ke syurga namun dalam mudah itu masih lagi terikatan dgn beberapa perkara…cthnya seperti di atas..:)

    nice entri bro…:)

  3. says

    salam kenalan bro. best baca entri ni :)
    mana-mana kaum hawa yang masih lagi ragu-ragu dan mengeluh, inilah entri untuk anda semua~

  4. says

    to be honest, kadang2 memang akan mengeluh jugak. sebab kite manusia kan?? hahahaha. penat itu ini, tapi it semue keje syaitan lah yang hasut -..-

  5. says

    kat sekolah, budak-budak perempuan selalu tanya macam ni..bila dah terang..barulah faham..tapi ada gak yang malas nak faham-faham..

  6. says

    artikel ni ada aku baca kat fb, sgt wise n reflective.
    tp klu nak tgk liberalisasi hak antara gender, aku suggest ko baca “the stoning of soraya m”

    kisahnya pasal sekumpulan lelaki yg memanipulasi hukum hudud untuk kpentingan peribadi, yg jadi mangsa perempuan. tp, bila tgk blk makna tersirat dia

    rupa2nya ceritanya menolak hukum yg dsangka mberi advantage pd lelaki n discriminate perempuan.

    dah diadaptasi ke filem pon.

    link – http://www.youtube.com/watch?v=Q58nLi5eA-I

  7. says

    itu namanya pemikiran logik akal..bila akan menguasai fikiran semua yang difikirkan hanya dahagakan logik, logik dan logik…bila tidak logik persoalan akan timbul…sehingga ada orang mencari jasad Allah hanya kerana logik dan akhirnya sesat….

    Cukup sekadar kita tahu setiap arahan dalam islam itu ada himah yang terbaik, bukan saje2 hehe…maaf kalau salah :)

    • says

      memikirkan dimana jasad Allah dan zatnya tu diluar kemampuan akal manusia.. cukuplah dengan beriman dan percaya.. bila memikirkan lebih dari itu,tiada jawapan tepat dan memang akan sesat…

  8. says

    Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D :
    “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

    pernah tengok filem wanita berkalung sorban dimana Annisa ingin belajar diluar kota mendapat tentang mahramnya dengan berkara lebih kurang seperti di atas lalu dikahwinkan gadis itu kerana wanita jika taat kepada suami dan Allah SWT akan mendapat pahala jihad…gadis itu akur dengan pilihan mahramnya dan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga…namun, keluarganya sendiri tidak menjangka bahawa lelaki yang dari keturunan yang baik adalah seorang lelaki dayus dan gadis itu tetap meneruskan perkahwinan demi nama keluarga hingga satu tahap gadis itu dituduh berzina oleh suaminya sendiri…dan dia diceraikan dan mulakan hidup baru…

    • says

      tak pernah tengok cerita tu tapi pernah dengar2 la jalan ceritanya..
      selagi lelaki tu boleh memimpin dengan baik dan tak langgar hukum yang ada,kena taat kan.. tapi kalau dah dizalimi ada hak utk minta dilepaskan.. keturunan tak menjamin apa-apa.. iman tidak boleh diwarisi.. kontra gak ni kalau kahwin tapi tak kenal orangnya camane dulu..

  9. says

    yang paling berharga sih pacar tapi yang paling bermakna adalah temen karena dengan temen kita bisa curhat segala apapun, misal kalu dia kul mungkin dia pengen belajar sungguh-sungguh, tapi disamping itu juga dia sayang banget sama kamu…ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam