Sukarkah Untuk Memahami Hati Seorang Wanita?

Hujung minggu ini aku berpeluang menonton televisyen sebab aku balik ke rumah. Haha. Jadi hari Sabtu lepas ada tonton satu drama mengenai hubungan sepasang suami isteri yang semakin renggang dan kemudian si suami meminta pendapat rakan baiknya ( lelaki ) bagaimana mahu memenangi hati isterinya. Jadi itu yang timbul persoalan,sukarkah untuk memahani hati seorang wanita sebenarnya?

Memang majoriti lelaki akan cakap perempuan sukar difahami,kompleks dan sebagainya. Yelah,aku pun dulu cakap macam tu. Dah la perempuan ni hati tisu! Oh,sorry. Hehe. Tapi betul ke wanita sukar difahami atau kita yang lelaki ini terlalu ego sampai tak mahu cuba untuk lebih memahami wanita itu sendiri? Mungkin kadang-kadang anda mendapat keluhan dari pasangan “betul ke saya ni susah difahami” atau “selama ini awak tak pernah nak faham saya”. Lepas tu adegan drama pun berlaku scene pujuk sana pujuk sini. Heh~

men appreciate women

Setuju atau tidak pertama wanita ini inginkan diri mereka dihargai? Inginkan kehadiran mereka itu disedari dalam hidup lelaki. Rasanya penghargaan itu bukanlah sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan, tapi lebih kepada sifat sayang itu sendiri. Jiwa wanita yang lembut dan selalu menyerlahkan kasih sayang, berbanding lelaki yang lebih menyerlahkan ego itu membuatkan mereka merasa segala-galanya perlu untuk disayangi. Menghargai rasanya tak perlu dengan kemewahan yang tinggi. Cukup dengan kita sentiasa berada disisi mereka dan buat mereka tahu bahawa kita ini sayangkan mereka. Tak silap aku dengan ucapan “terima kasih” itu pun memberi makna besar terhadap wanita. Lagi-lagi kalau yang cakap tu lelaki yang dia admire, wah! Eh,betul ke wahai perempuan sekalian? ;)

pendengar setia

Perkara kedua dalam memahami wanita bila mereka berhadapan dengan masalah. Maksudnya,bila si dia berhadapan dengan masalah. Wanita tak sama dengan lelaki dalam menangani masalah. Wanita hanya perlukan tempat untuk dia bercerita ataupun dalam erti kata lain seseorang yang sedia mendengar keluhan hati dia. Dengar luahan wanita ni tak susah seperti yang dijangka sebabnya kita yang lelaki ini tak perlu susah payah fikirkan penyelesaian masalah mereka kerana itu tak diperlukan. Bila mereka meluahkan masalah dan kita memberi lebih banyak penyelesaian tanpa dipinta tu yang keluar ayat “awak tak pernah nak faham saya!”. Betul? Luangkan sedikit masa dengan mendengar apa yang mereka ingin katakan dan jangan pula tidur masa dia tengah bercerita. Itu memang makin perang lah jawabnya. Hahaha.. Dengar dan respon sepatah dua. Kenapa sepatah dua? Sebabnya bila perempuan ni dah buat luahan dia akan terus bercerita dan bercerita dan bercerita sampai dia rasa lega. Jadi lelaki tak payah lah pening-pening, time kau sakit tekak pun takde masalah nak dengar keluhan si dia. Hehehe..

Menonton wayang percuma bersama insan tersayang dengan Debit/Kredit Mastercard

Dua elemen ini menghargai dan menjadi pendengar yang setia akan membuatkan wanita lebih tenang,lebih tenteram dan lebih sayang mungkin. Tetapi kena pandai cari ruang yang sesuai kerana wanita ada had-had mereka yang sukar dijangka. Cuba untuk menghargai dan mendengar isi hati mereka akan membuatkan kita sebagai lelaki tak rasa yang wanita ini sukar difahami,kompleks dan sebagainya. Setuju tak wahai pembaca wanita? Kalau tak setuju pun,komen kat bawah sebab aku malas nak edit balik entri ni. Hahaha..

Pemikiran lelaki dan wanita berbeza dan itulah sebabnya kedua-duanya merasakan bahawa amat sukar untuk memahami antara satu sama lain. Kalau cuba,sebenarnya tak susah mana sebab kamu kan saling melengkapi sebenarnya. Apapun buat wanita, bukan orang lelaki ni tak sayang atau tak reti menghargai itu semua. Lelaki pun tahu apa itu sayang cuma mereka tak pandai nak serlahkan atau tunjukkan kasih sayang itu dengan jelas. Sayang lelaki ni ada cuma tak terlihat dengan mata kasar. Eh,aku tahu lah sebab dah aku pun lelaki. Mane ada lelaki yang jumpa sesama lelaki lepas tu nak kiss pipi kiri kanan ni. Kena cop GAY tahu! Huahahaha~

[box] Hati wanita umpama teka-teki..[/box]

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    bagi aku lah…. lelaki tertakluk kepada peraturan K.I.S.S !!

    “keep it simple, stupid !!”

    Kehidupan aku berteraskan kepada mudah dan logik (macam saintis lah pulak). perempuan sukar difahami? taklah, bagi aku tidaklah sesukar yang dicanangkan oleh semua orang….

    cukup dengan menjadi intense observer kot, boleh lah nak faham perempuan macam mana…. jadi intense observer sudah cukup….. perhatikan je… jeling jeling itu bagus kadang kadang :D

    • says

      lelaki suka benda yang direct itu yang keep it simple.. observer saja tak cukup.. kena try communicate plak.. mesti nampak perbezaan ketara.. :D

  2. says

    “Hati wanita umpama teka-teki..” wawawawa… :)

    kalau hati itu ikhlas untuk memahami, biar apa juga tips nye.. pasti mudah dan tak membebankan… kalau sesama perempuan, boleh praktik jugak kan? cik cb bleh bukak kaunter luahan ar kalau guna tips2 nih.. huhu

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam