“Saya Nak Seronok Je ” – Oh KLCC ! Erti Tahun Baru 2011

Peserta dari kampus lain berkumpul ,program ABIM sempena tahun baru

Kali ini aku tidak terlepas peluang ! ya, pada tahun 2010 aku ketinggalan tetapi tidak untuk sambutan 2011 ini. Malam tahun baru 2011 aku isi dengan berjalan-jalan di KLCC, Bukit Bintang dan kawasan yang dipanggil segitiga emas. Berjalan bukan sekadar berjalan, dalam kaki melangkah fikiran merawang jauh. Oh KLCC ! Ini rupanya erti tahun baru..