Cuti raya tahun ni bagi yang dah kerja 2 hari je. Isnin dan selasa,rabu dah naik office. Tapi takkan nak cuti raya 2 hari? Tak mungkin. Tak mungkin. Straight seminggu saya ambil cuti raya dan memanglah macam-macam plan seminggu tu. Full house!
Pergi rumah saudara mara tu tak payah ceritalah,itu wajib. Raya ke 4, rakan dari Melaka juga kenalan dari UIAM datang rumah. Salah sorang tu roomate kat matrik dulu,memang dia kuat berjalan. Hari raya ke 5 keluar beraya dengan rakan-rakan sekolah menengah. Adalah dalam 9 orang. Sempat juga pergi rumah cikgu-cikgu tahun ni walaupun tak semua yang ada. Kedua-dua hari ni memang saya keluar pagi balik malam.
Letih tapi berbaloi. Teringat waktu beraya tu ada seorang rakan yang ayat dia macam ni,”ala biarlah kitorang nak gelak kuat-kuat. Setahun tau aku simpan gelak ni nak jumpa korang”. Tersentuh hati dan jiwa sejati seorang lelaki dengar ayat macam tu. Hehe. Yelah,lama tak berjumpa. Kalau tak diusahakan untuk adakan ziarah macam ni nanti semua lesap je. Waktu raya jelah yang ramai cuti sama-sama.
Selepas seminggu raya saya ada presentation untuk industrial training visit. Akan ada seorang pensyarah dari fakulti datang untuk penilaian. Tapi bila duduk rumah tak ingat dah nak prepare untuk presentation. Beraya pun sakan habis. Mujur semuanya dah selesai,lecturer pun cakap ok walaupun preparation last minute. Mungkin tak susah sebab saya hanya terangkan kerja yang saya buat sepanjang praktikal.
Sibuk di akhir-akhir praktikal…
Lepas presentation semalam,baru rasa sedikit lega dan barulah rasa nak taip entri lepas tengok wayang Expandable 2. Minggu depan dah tamat praktikal dan sekarang tengah kumpul bahan untuk dijadikan final report. Waktu macam ni rasa sayang nak tinggalkan tempat kerja tu. Banyak yang saya dah belajar dan masih tak cukup sebenarnya. Staff pun semua layan sama rata je. Takde nak double standard antara staff dan intern. Tapi masih ada tugas yang perlu dilakukan nak masuk tahun akhir nanti.
Hah! Sebelum terlupa selamat berhujung minggu kepada semua. Cuti panjang hujung minggu ni kan? Manfaatkan betul-betul. Kalau masih mood raya tu,mesti banyak jemputan rumah terbuka. ![]()
p/s: rasa macam lama tak update. Kelu, kaku.



Berapa minggu ko intern ni?
Rasa macam kejap je haha
12 minggu sahaja. dah nak wassalam dah pun. haha
memang sekejap.
da 2 tahun tak gi rumah kawan2 tuk raya.. gi rumah sedara2 je ni.. harap kawan je dtg umah.. sok ade open house.. harap ramai la datang xD
lega kan dah habis intern dgn cemerlang?
selamat hari raya!
alhamdulillah. cemerlang tak sangat lah,tapi boleh la. hehe
teringat masa aku praktikal dulu..macam best aje kalau dapat praktikal balik..
aku dah habis praktikal! haha