Saya ni allergi sikit dengan persekitaran yang kurang bersih. Lagi-lagi kalau tandas yang baru lepas digunakan oleh manusia yang pengotor tak reti nak flush. Okey,sebelum baca entri pasal tandas ni kepada yang belum makan sila tinggalkan skrin laptop dan pergi makan dulu. Hehehe.
Sinonim dalam fikiran saya dan mungkin anda juga,tandas awam mesti kotor. Tandas awam mesti busuk. Tandas awam bayar doposen (20 sen) mesti banyak rosak itu ini. Betul? Sejak saya kecil sampai sekarang ni persepsi ni tak pernah berubah. Berapa tahun dah tu?
Penyelenggaraan Tidak Sekata
Ini tak dinafikan, penyelenggaraan tandas di Malaysia tak sekata. Ada tandas yang bayar 30 sen tapi teruk, ada juga tandas awam yang bayar 30 sen tapi cantik dan paling seronok ada tandas percuma je tapi sangat bersih!
Bagi kawasan luar bandar atau bandar yang padat,susah nak tengok penyelenggaraan dan pemantauan yang kerap. Maksudnya kalau bulan ni pintu kopak,bulan depan pun tak dibaiki juga. Bagi kawasan elit atau pasaraya besar tandas mereka memang dijaga. Contoh Terminal Bersepadu Selatan. Rajin dimop lantainya dan tandas sejuk ada air-cond,boleh tidur dalam tu kot. ![]()
Faktor? Saya jangka disebabkan kekurangan bajet atau ia dilakukan dalam tempoh kontrak. Betul ke? Saya tidak pasti,ada yang tahu?
Sikap Pengguna Yang Pemalas
Macamana kita nak harapkan kontraktor servis tandas sentiasa kalau baru repair minggu ni minggu depan dah rosak lagi. Pengguna memainkan peranan besar dalam isu tandas awam kotor atau tidak. Kalau dah melepaskan sisa buangan badan tu,rajin-rajinlah buka paip siram dan tekan flush tu. Tak pun,nak kena ada orang lain dalam tandas tolong tarik flush? Hahaha.
Sikap kita yang mempunyai pemikiran,”ala,cleaner ada biarlah dia buat.Nanti dia takde kerja,makan gaji buta”. Oh,tahu tak itu sangat menjengkelkan! Macamana kita boleh harapkan sebelah pihak sahaja untuk selesaikan masalah tanpa ada bantuan dari kita. Patutnya orang awam lebih bertanggungjawab terhadap nasib tandas awam sebab kita ni pengguna.
Jadi, bila nasib tandas awam nak berubah? Peranan kontraktor dan orang awam sendiri penting kalau nak pastikan tandas awam di Malaysia ni terjaga dan bersih. Takkan nak tunggu tandas tu macam tandas KLCC kot. Bayar RM 2.00 baru boleh dapat yang bersih,ekslusif. Wah, RM 2.00 boleh dapat kuih 5 biji kat KL.

tuan..perkara ni mmg dh lame berlanjutan dan even kte bayar pon time nk kencing berak, masih kotor lg mcm takde org jaga..tp yg penting ialah sikap org kte..dia dtg nk buang,nk tgk bersih tp lepas buang dibiarkan kotor…
p/s:tuan dh tgk contact tuan..sy ade buat beberapa pertanyaan…terima kasih
sikap lah kot. eh, maaf boleh send semula tak pertanyaan? email saya ada masalah lepas tukar hosting. saya baru setting balik contact form saya. sorry,technical problem.
saya dah resend soklan tersebut..harap2 tuan dapat bantu saya yg tgh belajar nih..terima kasih
sedang dalam pembacaan dan cari info..
wahhh thanks bro, sebab post ni baru perasan aku kalau pergi KLCC tak pernah pergi toilet diaaa… tu yang rasa pelik bila baca kena caj RM2.00 tu… hehehe
toilet atas2 tu je mahal. tapi kat sane still ada toilet murah kat bawah. so memang tak pergi la yang RM 2 tu. haha
bro lebih suka toilet yang percuma berbanding yang berbayar.
percuma itu mesti cari dulu. benda free jangan tak guna. haha
Hurm, takda sikap bertanggungjawab, tandas teruk la akibatnya.. Saya jarang masuk tandas awam.. Hehehe..
Pemikiran masyarakat yang kita kena didik. Sayangkan sekeliling, disiplin diri.
tak pernah lagi masuk toilet 2ringgit lagi. kena try nih..
sekali sekala cubalah.
tu yang rasa pelik bila baca kena caj RM2.00 tu… hehehe