11.1.11 – Jom Review izwanyusof[dot]com Contest

*this is a sticky post, kindly scroll down to read new entry – ini adalah entri kekal sementara, skrol ke bawah untuk entri terbaru.

FIVIO enterprise taja blog izwanyusof

Penganjuran contest buat kali pertama. Ya, itulah mukadimah aku untuk entri ni. Baru sebulan lebih blogging dah nak buat contest, pe cerita ni ?..Hahaha.. Seperti yang diselitkan kat entri lepas,memang dah lama aku plan nak buat contest dan tarikh 11 Januari 2011 ( 11.1.11 ) dipilih untuk melancarkannya. Erkk, ada sape-sape kahwin ke 11.1.2011 ni ?.. Hahaha..

Masih baru dalam blogging, perlu bagi aku untuk mengetahui pandangan atau krititikan dari pembaca tentang blog ni untuk penambahbaikan. Contest ini juga dianjurkan buat pertama kali. Mari semak butiran lanjut mengenai pertandingan [ ayat skema ].

Terma & Syarat :

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia yang menggunakan apa-apa platform blog ( blogspot, wordpress & etc. ). Bermaksud anda perlu ada blog sendiri.

2. Tulis satu entri bertajuk “ Jom Review izwanyusof[dot]com “.

3. Di dalam entri tersebut, anda bebas untuk review keseluruhan blog ini samaada dari segi teknikal, SEO, loading speed, kekemasan, isi kandungan blog, gaya penulisan dan apa-apa yang berkaitan. Nak kritik apa-apa pun okey yang penting jujur dalam penulisan anda.

4. Selitkan juga URL blog daripada siapa anda tahu tentang contest ini. Contohnya : saya tahu contest Jom Review izwanyusof[dot]com dari blogger Ahmad. ( sekiranya anda tahu dari orang lain ).

5. Sertakan bersama link entri INI dalam post anda bagi memudahkan pelawat anda rujuk tentang contest ni.

6. Akhir sekali, letakkan ayat Peluang Untuk Menang Top-Up Rm 50 + Pakej Hosting dan Domain dari FIVO Enterprise di IzwanYusof[dot]com.

Perkara – perkara yang DIGALAKKAN ( bukan syarat ) :

1. Klik apa-apa medium jaringan sosial seperti Google Friend Connect ( followers ) atau Facebook Fan Page untuk ikuti update blog ini.

2. Letak header blog atau gambar berkaitan contest kat dalam post anda. Ada dua gambar aku design, satu kat entri ni satu lagi kat tepi sidebar. Pilihlah mane berkenan ya. :)

Tarikh – Tarikh Penting ?

11 Januari 2011 – Contest mula dibuka.

28 Febuari 2011 – Contest ditutup.

7 Mac 2011 – Pengumuman pemenang*.

*subject to change

Hadiah !!

Hadiah Utama :

  1. Tambah nilai prabayar RM 50 ke talian telefon bimbit anda .
  2. Pakej Hosting + Domain selama 1 Tahun daripada FIVIO Enterprise :
  • 500MB disk space
  • 3 Gb Monthly Data Transfer
  • CPanel / DirectAdmin control panel
  • Free Domain Name for 1 Year ( *.com, *.net, *.org )
  • Unlimited subdomain, e-mail & MySQL
  • Automatic Installation ( WordPress, Joomla, Drupal etc. )
  • Renewal dengan harga terendah RM 35 untuk Domain + Hosting
  • Servis pindah alih server lama ( blogspot & etc. ) percuma

Hadiah hosting tajaan FIVIO Enterprise ini sesuai untuk mereka yang betul-betul serius dalam contest ni dan berminat nak dapatkan pakej Hosting & Domain PERCUMA. Pemenang perlulah aktif 3 bulan pertama bersama FIVIO Enterprise. Orang kasi percuma tu,mesti kena manfaatkan sepenuhnya. :)

Cukup ? Okey, kalau tak menang hadiah utama jangan kecewa sebab ada HADIAH MISTERI menanti anda Jumlah hadiah misteri ini RAHSIA. Hehe.. Tapi, hadiah misteri akan diberi kalau penyertaan contest ini menggalakkan. Lebih penyertaan, lebih cerah la peluang korang nak dapat hadiah misteri. So, jom pakat share contest ni, tekan Facebook Share atau Re-Tweet button kat bawah.

Camane nak hantar entri ?

Macam biasa, sila tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan URL entri contest anda.

Penilaian Pemenang

Pemenang akan dinilai oleh tuan blog ini sendiri. Entri dinilai berdasarkan poin-point yang anda berikan dan memang ia betul-betul review yang jujur serta berkualiti.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, emailkan ke mustafreak_89[at]yahoo.com

******************

Diharap review ni nanti dapat memberi penambahbaikan di izwanyusof[dot]com dan juga pembaca lain. Sambil join contest boleh kongsi ilmu tentang blog. Selamat Mencuba dan Jangan COPY PASTE ya !.. :)

update :

1. boleh semak senarai peserta DI SINI.

Recent Related Posts

91 thoughts on “11.1.11 – Jom Review izwanyusof[dot]com Contest

  1. salam

    wahh macam best je ni
    aku dah lama teringin buat review untuk blog rakan-rakan blogger
    tapi ni melalui contest,akan ku bedah siasat apa yang ada di blog ni
    free kang aku publish
    wazy recently blogged about..Pesanan Buat Wanita IslamMy Profile

  2. Pingback: Punca Blog Takde Orang Komen ? | izwanyusof.com

  3. ya dah blh komen hee..

    seo alah suri tak tahu benda alah tu huuu.. nak kritik suri bukan pro bab blogging nie huuu… :(

    selamat joint dunia blog :)

  4. Pingback: Jom Review izwanyusof [dot] com-Kelas Blogging Dengan 2DayBlogger | Buat Duit Dengan Blog & Kelas Blogging Di 2DayBlogger.Com

    • dah baca..thanks join.. leh semak peserta kat link yang ada kat entri ni.. tapi baru ko je yang join.. promote2 r lagi.. hehe

  5. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Assalamualaikum
    Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini…..maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni…

    EEEEMMMM Nak cari idea cozzzztempohhh lama lagi kannn…. kena selongkar satu persatu blog ko ni yang lelama kena baca balik lahhhh

    • boleh la try nanti.. sambil2 tu jemput join contest ni kasi feedback sket tentang blog ni.. :)

    • kalau ikut kepala sendiri je tak leh gak kan ?.. hehe..kena gak dapatkan pandangan orang.. hasil2 review akan dikongsi utk dijadikan panduan blogger lain..

  6. bro, ada masa terluang nanti aku try join walaupun taklah pandai mana nak review blog orang, hehe..cuma sekarang nie, ada kekangan masa..insyaAllah aku luangkan masa join kontest ko nie sebagai tanda sokongan..tungguuu, hehe..
    arrizz recently blogged about..Facebook untuk seksMy Profile

    • boleh jadi peserta ketiga.. hadiah aku tak mantap r, tu tak ramai org join.. huhu.. maybe tarikh tutup akan dipanjangkan kot.. tengok keadaan..

    • arrizz, contest ni dah dipanjangkan tempoh dah hadiah menarik ditambah.. jemput join.. ada hadiah misteri kalau ramai yg join.. :)

    • update : tempoh bertambah + hadiah hosting n domain dari fivio.. hadiah dah best ni.. sempat sangat bro nak join.. ;)

  7. Pingback: Review Blog dan Menang RM 50 Top Up, Hosting + Domain Free 1 Tahun | izwanyusof.com

  8. Pingback: Jom Review izwanyusof[dot]com | AkuBiomed.Com

  9. Pingback: RT @izwanyusof89 : Tweet Tweet Tweet | izwanyusof.com

  10. aku rasa aku tak terdaya la nak join contest ko ni wan. akunyer knowledge pon telur ayam…nak review macam budak darjah 1 review boleh la. hahahahhaa…..

    segan lagi satu nak review blog hosting berbayar ni. aku percuma jer. segan weiiii….huhu :)
    Amry recently blogged about..Kemana Semangat Berblog AkuMy Profile

    • ish..segan pe nya.. blog aku biasa je.. masih baru.. hosting bayar ke tak bukan double standard dalam blog.. :)

    • itu atas pihak sponsor r.. yg ini pun dah ok kalau nak wt projek kecik2.. hehe.. kalau ada blogger baru nak starter WP pun ok dah pakej ni..

  11. Pingback: Blog Review Contest Ditutup | izwanyusof.com