Dua Hari, 100 SPAM trackbacks !

spammer trackbacks

… spam dari Wholesale Yankee Candles …

Spammer, apa itu spammer ? Apakah itu spam comment di blog ? Nak cerita ringkas,spam ni kira komen ke atas blog atau email kita beserta link dengan tujuan nak naikkan trafik dengan cepat. Isu ni dah lama dah ada, kat blog aku yang blogspot tu macam-macam spammer masuk. Jual barang entah pape, itu aku tak kisah la sangat cuma aku pelik bila blog WP ni kena spam. Bukan sikit tapi hampir 100 spam !

Letih tak letih la aku nak delete semua spam trackback tu. Haha.. Baru 2 hari dah macam tu. Ceritanya beberapa hari yang lepas, ada trackback dari Candles Yankee yang aku tak tahu website mane dan dari mana dia dapat link aku tapi dia boleh trackback ke semua entri blog aku.Dekat ruangan komen tu keluar la link blog dia ,tapi bila aku buka website dia takde pun link aku kat sana. Aku pelik camane leh jadi macam ni ?

spam from download website

… yang ni plak suruh download movie …

Aku pun tekun la TRASH semua trackbacks tu. Siap dah buat filter kat komen. Lega lah sikit, kononnya la kan. Tapi esoknya buka balik blog, dapat plak trackbakcs baru dari Direct Movie Donlod. Aish, aku bukan kaki download movie tapi kena gak spam. Sabar je lah aku TRASH balik semua spam comment tu. Hari pertama dekat 60 spam, hari kedua dalam 40 lebih spam comment aku dapat. Mane taknya jadi 100 spam comment dalam 2 hari. Uish, cukup tak best bila kena spam eh !

Camane nak tahu ia SPAM atau tak ? Senang je, tengok kat email address tu dia tak tinggalkan pun alamat email. Pelik la kan sebab kalau nak bagi komen kat WordPress, kena isi nama dan email. Lagi satu, mane ada orang larat nak komen 60 entri di blog yang sama dalam setiap minit. Aku cakap setiap minit sebab ada tercatat masa komen tu dihantar. Cuba korang perhatikan dua-dua gambar tu, IP address yang sama digunakan untuk dua produk berasingan. Aku cari kat google, SPAM comment memang pakai IP address yang sama. Biasa yang datang sebagai spam ni ialah komputer yang mana ia telah diprogram secara automatik.

Agak pening-pening gak aku cari penyelesaian, last-last aku upgrade WordPress 3.0.1 aku ke WordPress 3.1. Jauh kan aku melangkau ? Langsung tak update versi terbaru WordPress sampailah jadi macam ni, kena SPAM.. Degil ? Hehehe.. Lepas upgrade ke WordPress 3.1, aku ubah setting kat G.A.S.P untuk disable apa-apa trackback. Tak tahu la kalau lepas ni ada blogger nak linkback kat aku takleh dah. Hmm, nak buat camane lagi, itu je penyelesaian terdekat.

Akhir sekali, kepada encik SPAM silalah main jauh-jauh. Blog aku ni alahai bukan ada pape sangat. Ko SPAM produk U.S kat Malaysia bajet aku ni kaya sangat nak ke sana. Kalau kasi SPAM Mac Book Pro Air takpe la gak.. :cool:

#Syahril Hafiz pun kena gak Trackback Spam ni..

Recent Related Posts

35 thoughts on “Dua Hari, 100 SPAM trackbacks !

  1. tahniah ye, hahaha ;D

    ps: haritu syahrilhafiz pun dapat byk spam dari trackback.
    ps: aku rasa growmap plugin tak cukup bagus untuk halang spam berbentuk backtrap, tapi bagus untuk halang spam comment.
    Affan recently blogged about..Banyak blogger- banyaklah ragamnyaMy Profile

    • haha.. dia bukan kasi komen berpuluh2 kat satu entri.. tapi 1 komen kat berpuluh2 entri.. haha… kalau jadi lagi, aku buat utk block ip terus..

  2. blog aku pun dapat spam lebih kurang 100 dalam dua hari. biasanya aku biarkan je tersimpan kat bahagian spam. cukup sebulan automatik padam semua. tapi kesian gak sebab ada kawan2 blogger yg komen dia dah terjadi spam sebab kat url tu dia masukkan url entri. terpaksalah filter dulu huhu
    Amirez recently blogged about..Saya Mahu Women’s Wallet Polo Dari FitrihadicomMy Profile

    • owh..tapi kes trackback ni dia tak masuk ke spam pun.. ada lah masuk sikit tapi banyak gak yg bolos.. skrg ni kre ok sket la..

  3. aku byk gak dapat spam trackback ni…tp bila ushar page tu…kosong takda apa…hoho…tahi najis betul la. :P

    • sakit hati weh.. kosong tu takpe lagi.. ni tak de link kita pun.. kasi r backlink betol2 kan baru best.. hahaha..tapi kalau backlink virus bahaya plak..