Ada orang cakap, “hidup ni mesti gembira dengan apa yang kita ada”..
Ada juga yang cakap,”masa kat kampus ni la nak cipta memori indah..nanti dah graduate mesti terkenang”
Siapa yang tak suka kenangan,siapa tak mahu cipta satu memori indah dalam hidup dia ? Ada ke orang camtu ? Aku rasa reunion,gathering dan segala yang berkaitan ni penting. So,ni kisah bila pelajar mechatronics turun sungai.. Erkk,sungai ke ? Air terjun kot..Hehe..
Sebenarnya sejak dah masuk tahun 2 ni,kitorang dah pun masuk ke major course masing-masing. Aku dah pilih mechatronics,so sepanjang 3 tahun ni classmate aku dengan mereka-mereka ni semua la. Baru semester ni,atas inisiatif beberapa orang rakan mereka wujudkan satu Facebook group bernama Mechatrons untuk kumpulkan student mecha ( mechatronics ) satu batch.Kelebihan group ni boleh kongsi note,past year exam paper,ingatkan dateline quiz mahupun kongsi jawapan assignment. Huh ! Hahaha..
Salah satu tujuannya juga nak create event untuk gather mereka ni semua.Semalam dah pun lepas satu event iaitu rehlah ke Sungai Kancing,Rawang. Benda ni dah plan lama,tapi tukar-tukar tarikh atas sebab-sebab tertentu. Nak fix date dengan semua orang takleh la kan,ini je yang dapat.. Takpe,baru first starter.
Untuk permulaan ni pilih nak mandi air terjun dengan barbeque. Tak tahulah kenapa asal mandi sungai je barbeque,asal barbeque je mesti kena mandi sungai tapi takde hal janji boleh mandi dan makan kenyang. Menu yang kitorang buat simple je. Ayam 6 ekor kerat 12, sosej, nasi goreng,air oren. Malam sebelum program, orang yang gaulkan ayam tu bersama rempah BBQ ialah aku. Mesti korang rasa sedap kan ayam BBQ semalam ? Aku gaul dengan penuh kasih sayang.. Huahahaha.. Kalau tawar sikit tu adatlah..Rempah beli,lagipun dah kena air hujan.. Hujan ?
Ya, hujan.. Semalam lepas hidupkan bara api tu baru letak first batch ayam untuk dibakar,tetibe menitik-nitik titisan air atas kepala. Mula-mula semua kata hujan kejap je ni,nak sedapkan hati punya pasal kan. Jap lagi, selebat-lebatnya. Mujur ada pondok kecik,kitorang yang dekat 20 orang ni duduk bawah pondok tu sambil bakar ayam dengan merenung ke air terjun dan berkata, “ bilalah nak mandi ni..bilalah nak gi berendam ni”.. Pukul 3.45 petang,hujan reda sikit takde kira semua gi mandi. Oh,kitorang siap beli bola sebijik.. Nak main kat air.. Mantap kan ? Eh,tak.. Sweet kan ?.. Peh !! Hahaha..
Semalam mandi tak lama sangat pun sebab gerak dah tengahari,tunggu ada member yang exam. Sebenarnya, tengah musim final exam lagi ni tapi idea gila datang buat barbeque time exam tak habis lagi. Takpe,setengah hari je pun. Permulaan gathering ni,tak semua dapat datang. Tapi insyaAllah next gath boleh buat ramai lagi. Ada 2 tahun je lagi nak jumpa macam ni,karang dah grad mesti susah nak jumpa. So, mari bina satu memori untuk kita ingat sampai bila-bila. Semua orang ada hak untuk cipta memori gembira dalam hidup dia.. ![]()
[ GAMBAR ]
… sape panjat air terjun paling cepat dapat ayam lebih. Ok ? ..
… makan dulu, lapar lepas main air …
… Look ? …
… Hey You ! …
*macam biasa gambar aku paling sikit sebab aku yang pegang kamera.. lagipun,aku tak reti nak bergambar la.. ![]()







Haha..so sweet r wan, ko pandai masak tak? Pergh…kemas bilik pandai, jaga kebersihan, pandai masak, mmg cukup syarat la..=P
masak?..nasi goreng, sardin, sup pandai r.. hahaha.. erkkk,jgn r cakap camtu..luaran je tu..byk lagi tak ckup..


syarat apakah ?..
haha..
Izwan recently blogged about..5 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
up kan skill masak..masak la asam pedas ker, gulai tempoyak ker and so on..
sure semua pompuan suka punyer..termasuk saya..haha :p :p
durakhyar recently blogged about..Love letter and invitation
ahhh ..tak perlu..tak perlu.. pompuan je yg patut pndai masak [ ego ? ].. hahaha
btw, nasi goreng sy pon sedap..blum try mane tau.. hehe
memang ego..
romantik apa suami ajar bini masak..hehe merapatkan hubungan yg sedia ada (provokasi??) hehe
klu tau sedap..bila nak bg try rasanyer? mn tau penyakit saya yg makan tak habis tu bleh diubati..
erkk… speechless plak..
kena ada tempat masak la.. tak yah r,karang tak habis bazir je.. :p
yes i win!! tarappa.. i’m luv it hehe
ckp jer la xnk bg org rasa..elleh..
erk lupa nak cakap..saya segan nak komen dipost ini..sebab ramai jejaka2 dipost ini…tmbh2 pic first..pastu kena scroll ke bwh..

Syarat jadi calon suami..hu3
decrewz recently blogged about..Tarikh Peperiksaan UPSR- PMR- SPM- STAM- STPM- MUET 2011
asal sorng pon tak kenal nih?
grr, bukan budak engine cemana nak knl kan. grr grr!
btw, nak yang hensem2 satu……….. HAHAHAHAHA!
aisha recently blogged about..KESERONOKAN BERBLOGGING YEAH- KUASA DI TANGAN ANDA!
mane satu yg hensem kat situ sila lah beri proposal… hehe
gmbr en.izwan kat pic yg pertama, sangat……. eeiiuuuuwwwww!
cerita terbaru chempaka: IIUM vs UIAM
” eeiiuuuuwwwww! “ ni tak boleh besar lagi ke macam kat fb hari tu?.. hahaha.. jeles ! Besta ada ke camni.. ada ? ada? … bias sket.. hihi
waa betol2 time belajar masa terbaik nak cipta kenangan..aku kalau ada masa free, madi sungai gak ngan kawan2..tak pon g bowling..hehe..mana satu ko nie bro?
arrizz recently blogged about..5 sebab kenapa aku berblog guna bahasa rojak
time kerja dah sibuk fikir benda lain.. aku kat gambar first..baju ungu..buat style poyo sket.. hahaha..
Tidak tahu pula ada air terjun di Sungai Kancing di Rawang. Terakhir bawa famili mandi di Kalumpang di Hulu Selangor.
Bro tentu biasa dengan PIC dan robotik. Ada tak course untuk public yang boleh join sebab saya berminat mengenai PIC dan Robotik
akubiomed recently blogged about..Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur
sungai kancing ni kalau dari pasar awam selayang tu terus lagi..jalan ke kuala kubu bharu..selepas hutan lipur templer.. nak gi kena u-turn sket..
PIC dengan robotik belajar sikit je sem lepas..subjek mechatronics workshop..tapi tak detail,just kitorang kena design n buat line follower robot..more detail pasal ni time FYP.. public course tu tak pasti, bro nak buat PJJ ke camane ?
Ha..ha..baru saya ingat, simpang ke Sungai Kancing tepi jalan sahaja.
PIC ini kalau boleh saya mahu berlajar melalui public course sahaja sebagai hobi. Saya bercadang hendak manfaatkan rekaan untuk Elektronik Perubatan berkaitan dengan bidang pekerjaan saya
akubiomed recently blogged about..Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1
yup2..tepi jalan.. owh,belajar public course tu sy tak pasti sangat.. setakat ni tak tahu lagi ada ke tidak course yang boleh amik asing2..
wah…memang meletup lah amik mechatronic…teringat kenangan zaman u dulu…huhuhu….
sangat-sangat meletup kepala.. subjeknya.. phewww !!