Ragam Pelajar IPT Dengan Duit Elaun

duit PTPTN lambat masuk…picture by Mephiles99[at]deviantart…

Aku baca kat facebook kawan aku semalam, elaun PTPTN kat uia masuk 22 December 2010. Arghh, mau tak tension aku dengar.. Meggi ada meggi ? sekotak please !!.. Hahaha.. Duit masuk lambat memang bukan khabar gembira untuk pelajar IPT. Okey, sekarang aku nak cerita ragam-ragam pelajar IPT dengan duit elaun diorang dalam satu semester.

1. Awal Semester – Duit tak masuk lagi

Ni ragam bila baru bukak sem, ditambah duit lambat masuk. Memang ayat-ayat macam ni confirm selalu dengar :

” aduhh, bila nak masuk elaun ni..nak beli buku teks beratus-ratus ”
” arghh !! duit tak masuk lagi.. camane gua nak ajak freshie dating nie ”
” berlaukkan meggi la aku seminggu dua ni.. miskin-miskin ”

gila syahdu la rintihan-rintihan mereka ni..hari-hari tenung mesin ATM dengan renungan harapan.. hehehe

2. Pertengahan Semester – Duit tengah banyak

Okey, time ni akaun bank dah ada RM 2000 tolak yuran segala.. hati memang lapang,maklumlah dah kaya sementara.. ayatnya jadi lain plak :

” minggu ni PC fair KLCC, jom turun.. aku nak usha Altec Lancing r kasi pecah tingkap.. ko tak nak upgrade graphic card ke kasi smooth dota.. PC ko wat lagging tau tak ! ”
” minggu ni ada Y.E.S ( year end sale ) la kat pavillion, u tak nak pergi ke.. i dengar banyak shawl baru-baru.. kaler 1 Malaysia pun ada ”
” Jom makan kat Chicken – Hartz Times Square, makan sampai muntah.. hahaha.. pastu wayang dulu, ada filem kotak-opis 50 Juta tengah main ni ”
” gua rasa nak pakai sport-rim racing boy la.. yang 5 batang punya.. pastu gua nak tukar ekzos tembak bulan.. pom pom poww !!.. pak guard nak saman pun gua boleh lari cepat ”

sungguh senang hati korang berbelanja eh.. dompet basah la katakan..

3. Di Akhir Semester – Bila duit elaun dah habis

Ni dah dekat-dekat nak final exam.. aku nak cerita pun payah la..tapi syahdu jugak.. Lebih syahdu dari yang awal semester punya ragam.. boleh masuk Bersama-Ku..

” aik, nasi bujang je bro ?.. nasi, telur mata, kicap je ? ”
” eh.. aku dengar ko nak jual hard disk 1 Terabyte ko.. duit PT habis ke ? ”
” ko tau tak mana-mana kiosk terima part time, aku tengah sengkek ni ”
” Aiseh.. duit syiling aku tinggal berapa posen je ni.. dapat separuh je la nasi kat cafe hari ni ”

memang tahap sadis la bila dah akhir semester. Boleh jadi duit tabung syiling tu siap tertonggeng-tonggeng, nak korek duit punya pasal.. Hehehe..

***********

Huh ! Amacam ?.. Ada kebenaran di situ ?.. hahaha.. Moralnya, kalau dapat duit karang bayarlah yang mana perlu dulu..Macam aku, ada 3 akaun bank ( kosong takde duit ), jadi dapat duit elaun aku asingkan ke 3 akaun berkenaan. Duit makan lain, duit buku lain, duit hal-hal kecemasan lain. By the end memang akan habis jugak tapi korang boleh kawal la sikit perbelanjaan tu. Nanti dah masuk duit,berbelanjalah dengan bijak yer..

*ayat-ayat diatas memang sengaja ditulis sebegitu.. petang-petang ni bosan la.. haha..

Recent Related Posts

47 thoughts on “Ragam Pelajar IPT Dengan Duit Elaun

  1. haha…so berbelanjalah dengan sebaik mungkin…duit sentiasa habis..xda bertambah2..

  2. haha aku dapat skolar jenis masuk sebulan sekali so tak de lah satu sem.. tapi benda sama je.. awal bulan duit dah masuk, belanja sakan makan best-best.. tengah bulan duit dah skit dah mulalah maggi, pinjam sana-pinjam sini.. kalau movie best keluar kat wayang time tu memang sakit hati..haha

    • dah macam gaji dah skolar ko.. kalau time duit kering kuar movie best?.. cari link download je r.. dvdrip.. hehehe

  3. Hehe. Aku dpt bulan2. Kaya sket la awal2 bulan. Kalo aku bantai guna habis, tengah bulan dah mula jatuh misekin. sobs3. Sedih2. Lain kali, aku kena manage ngan baik kot. haiz.
    Adam recently blogged about..Tidak kesampaianMy Profile

    • biasa la..awal bulan duit banyak..semua nak beli.. tapi untung next month leh cover.. kalau habis tengah2 sem ?.. haha.. asyik countdown je bila la nak habes sem ni..

  4. haha, tak tahan tgk drama ciptaan kau ni bro.. mantap, leh mengarah lakonan ni.. tapi sbnrnya mmg tu yg berlaku pun.. biasa la tu darah muda.. pantang ada duit.. padahal duit pinjaman jer pun.. kalau duit sendiri nak boros lain la.. huhu..
    lazaac recently blogged about..Iconshocks Social IconsMy Profile

    • ntah tetibe datang idea ni, tulis je.. tapi idea sengal ni datang kadang2 je.. haha.. tu la,ni duit aku baru masuk ni, dah beli printer la baju utk dinner la.. adess.. haha

  5. bagi aku la kan… tertunggu2 duit ptptn masuk awal semester sebab nk tgk result exam… hehe lepas tolak bayaran yuran dia akan tolak sekali segala hutang2 dgn pihak universiti :-)
    Fahmi Raazali recently blogged about..Malaysia Menang Ke…My Profile

    • hutang ?… ada saman ke bro ?.. hehe.. bese tempat aku ada saman result kena block.. dak2 ni slalu sebab saman je tak dapat tengok result.. haha

  6. lebih kurang la… kena denda sebab merosakkan harta asrama yg bukan aku rosakkan…

    contohnya… sem lepas kena denda sbb kerusi kat rumah aku tu patah kakinya… kena denda rm30… mahal lak tu…

    dgn kena denda sbb tak pulang kunci asrama… tp yg ni mmg salah aku la :D
    Fahmi Raazali recently blogged about..Tips Belajar Saat Akhir-Last MinitMy Profile

  7. Pingback: 11.1.11 – Jom Review izwanyusof[dot]com Contest | izwanyusof.com

  8. Pingback: Uni-Bazaar, Medium Pengiklanan Percuma Anda ! | izwanyusof.com

  9. Pingback: Apakah Itu Domain & Hosting ? | izwanyusof.com