Kali ini aku tidak terlepas peluang ! ya, pada tahun 2010 aku ketinggalan tetapi tidak untuk sambutan 2011 ini. Malam tahun baru 2011 aku isi dengan berjalan-jalan di KLCC, Bukit Bintang dan kawasan yang dipanggil segitiga emas. Berjalan bukan sekadar berjalan, dalam kaki melangkah fikiran merawang jauh. Oh KLCC ! Ini rupanya erti tahun baru..
… sesi taklimat sebelum program bermula …
Sambutan tahun baru kali ni aku berpeluang bersama rakan-rakan untuk menyertai program Jejak Belia Metropolitan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ). Program ni dibuat setiap tahun menjelang tahun baru tapi tahun lepas aku tak dapat ikut sebab keluar dari kampus pukul 11.30 malam, sampai KLCC program dah habis. Untuk 2011, aku dapat turut serta sebab aku memang nak tahu sendiri apa yang ada sebenarnya di sana.
Objektif dan pendekatan program ni ringkas. Korang pun tau kan malam new year ni biasanya sambutan amat meriah, golongan muda mudi akan membanjiri kawasan KLCC, Bukit Bintang dan sekitarnya. Jadi peranan kami sebagai peserta program bukanlah nak kena jumpa mereka, sergah dan marah mereka. Tapi apa yang kami perlu buat ialah mendekati dan berbual dengan mereka, seperti rakan. Bukan senang weh, aku dah la jenis tak reti nak tegur orang yang tak kenal sangat. Fuh !
Lautan Manusia, Sorakan “ Happy New Year “
… sesak di malam tahun baru 2011, KLCC …
Selepas selesai pertunjukan bunga api sekitar jam 12.15 malam, kami bergerak dari masjid As- Syakirin menuju ke Bukit Bintang. Tak dapat nak digambarkan sesaknya jalan ketika tu dengan orang ramai serta laungan kuat “ Happy New Year ! “. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Masa nak berjalan keluar dari KLCC aku dan kawan aku kena monitor ahli group kitorang takut ada yang hilang. Sepanjang perjalanan aku perhati orang ramai yang bersorak kegembiraan “ happy new year “, menari dengan penuh syok dan saling bergambar mesra tanda kemeriahan sambutan tahun baru.
“Apa yang adik cari malam new year ni ?” – “ takde pape bang, saje seronok-seronok “
Lepas keluar dari KLCC, kami berjalan di sekitar kaki jalan menuju ke Bukit Bintang. Oh, malam tu disko kiri kanan meriah beb !.. Kami bukan berjalan lenggang sebab kami dibekalkan dengan tabloid Iluv Islam edisi November, Risalah, Bookmark ABIM dan soalan survey untuk diberikan kepada kumpulan atau individu yang kami telah dekati. Golongan pertama yang kami dekati, seorang remaja lelaki dan perempuan duduk di bus stop. Umur diorang muda sangat, lelaki tu baru 16 tahun dan dah bekerja. Aku ni serius tak reti nak approach orang, so aku masuk sikit-sikit je la. Sempat gak aku tanya tujuan dia datang lepak kat sini, dari mana dan sebagainya. Berborak untuk mendekati, dan rata-rata jawapan hampir sama iaitu mencari keseronokan. Untuk kumpulan seterusnya pun jawapan hampir serupa, sekadar nak seronok-seronok. Sepanjang perjalanan kami tak jumpa dengan golongan yang hard-core,semua yang kami jumpa ramah melayan perbualan. Sempoi sudah , ye tak ?
Mereka Juga Perlu Didekati..
Selepas dua kumpulan kami dah approach ada senior ABIM tanya,” nak jalan depan sikit tak ? sana tempat budak punk lepak, depan sikit je dah nampak. Kalau nak tengok jangan pisah dalam kumpulan”. Aku terus setuju sebab nak tahu apa ada di depan sana. Bila berjalan di kawasan yang dipanggil segitiga emas, kami perhati kiri dan kanan jalan seperti yang abang senior tu katakan. Tiba-tiba aku nampak seorang punk tengah rancak berbual dengan seorang lagi senior ABIM, gaya macam dah kenal lama tapi bukan senang nak approach tu. Di satu tempat yang lain, ada seorang akak yang mendekati sekumpulan remaja perempuan. Aku tak tahu camane cara dia approcah tu tapi ramai yang suka dengar dia cerita sampai panggil kawan-kawan. Bila akak tu nak habis cerita ada yang kata,” ala.. dah nak habis ke kak,kami baru sampai ni”. Ternyata golonga seperti ini pun perlu didekati untuk tahu keadaan mereka namun nak dekati mereka perlu kena dengan caranya juga.
Menyindir atau Membantu ?
Selalu aku perhatikan bila kita lihat remaja-remaja yang berpelakuan sebegini lepak sana sini sampai membawa kepada maksiat, apa yang biasa didengar ? Cemuhan dengan mengatakan mereka begitu dan begini tanpa mengetahui kenapa mereka sedemikian. Golongan seperti itu perlu dibantu walaupun usaha kita hanya sedikit. Ya mungkin sekadar risalah untuk mereka baca manalah tahu memberi sedikit kesedaran. Aku pernah terfikir punca masalah ni selain galakan dari media ialah keluarga. Keluarga yang tak stabil punca besar remaja bosan dan cari kasih-sayang di dunia luar. Duduk rumah bosan, family bertengkar, kasih sayang kurang so lepak kat luar. Andai kata kita tak mampu nak bantu secara terus, okey je pun kalau perbaiki diri sendiri dulu sebab satu hari nanti kita juga bakal berkeluarga dan akan masuk ke dalam masyarakat. Namun masyarakat camane yang kita mahu jadi nanti ?
… jalan yang lengang sepi, suasana sambutan diceritakan dari botol kaca ini …
Program selesai dalam jam 2.30 pagi. Barang yang kami bawa tadi dah habis diberi kepada orang ramai dan kitorang kena balik semula ke masjid As – Syakirin. Dalam perjalanan balik tu, jalan yang sesak pada awalnya tadi dah lengang. Kosong seolah-olah takde apa-apa pun. Tadi nak berjalan punyalah sesak dengan manusia, tapi sekarang dah kosong ? New Year punya sambutan berakhir macam tu saja, lengang sunyi tanpa sorakan. Oh, jadi ni je rupanya erti sambutan tahun baru 2011, meriah dan kemudian apa yang ditinggalkan hanyalah seperti gambar diatas. Bak kata seorang senior malam tu, “ inilah yang dinamakan dunia”…
*kredit gambar ketiga dan akhir kepada saudara Huzaifah. Blog dia ada cerita pasal program ni, cerita bergambar di Expect The Unexpected.

waa bagusnye..bukan senang nak borak2 dgn orang yang kita tak kenal..macam tibe2 je
Entri baru: Ke UTHM
borak2 macam member je sambil cari info.. aku pun baru2 je ni, ikut senior2 yg ajak..
Ko mesti dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan.
shaharil recently blogged about..Tirai Tahun 2011 Sudah Bermula
yup.. kalau ada kesempatan tahun depan nak join lagi..
Izwan recently blogged about..“Saya Nak Seronok Je ” – Oh KLCC ! Erti Tahun Baru 2011
Program yang bagus tuk masa depan.. Bukan merempit mlm2 tahun baru..
deCrewz recently blogged about..Blog deCrewz Diterjah Untuk Tahun Baru
yup,program2 macam ni biasanya dibuat oleh NGO..
bagus program mendekati anak muda ni.. boleh dedahkan diorang dengan pelbagai benda yang positif..thumbs up!
Fitrihadi recently blogged about..What happening in 2010 for Fitrihadicom Controversy Hitler Contest
nak join boleh juga…
waa aku takde pengalaman macam nie lagi..nak try gak approach budak2 tue and borak dengan diorang..
arrizz recently blogged about..Best movies of 2011 – korang mesti tonton!
leh try join mane2 NGO.. nak approach tu pun kena pandai gak..
wah meriahnya smbutan thn br…aku je tak smbut hehehehehe
alif recently blogged about..Al-Fatihah Faizal Yusof
takpe, tak salah pun kalau tak sambut.. hehe
Bagus program sebegini diadakan sekurang-kurang dapat memperingatkan anak muda jangan terlalu leka dengan sambutan tahun baru
akubiomed recently blogged about..Ada apa disebalik tarikh 1111
yup.. masalah sosial menjadi2.. sampai ada yang jumpa kondom bersepah merata2 lepas malam new year ~
setiga emas tu KLCC kan.
Ali ridha recently blogged about..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
area KLCC dengan Bukit Bintang tak silap.. selama ni dengar je tapi tak tau kat mana.. malam tu baru orang bagitau..
kaki botol turut meraikan
Tahun Baru 2011……
Ali ridha recently blogged about..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
benda boleh dapat dengan mudah.
Insaf la wahai remaja.
kena buat program
sebaik mungkin.
Ali ridha recently blogged about..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
”Aku ni serius tak reti nak approach orang”
budak zaman kena hati-hati.
silap tegur.depa belasah kita.
silap la aku ingat dia kawan aku.
Ali ridha recently blogged about..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
yup.. hari tu pun mane yang agak2 hard core aku tak tengok lama2.. buat biasa je sambil jalan.. mane agak2 ok baru datang dekat.. nak tegur kena berhemah..
malam Tahun Baru aku tak
keluar rumah la.memang sesak gila.
Ali ridha recently blogged about..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
hari tu pun sampai tak boleh jalan sangat.. sesak2 camtu, tangan ni duk cover dompet je.. macam2 boleh jadi kalau orang sesak sampai camtu…
selamat tahun baru..
yup..selamat tahun baru ~
aku habis2 tengok cite jack black kt TS tuh terus balik..haha
tak pegi la pulak klcc..
syahrilhafiz recently blogged about..Dapatkan extensions SyahrilHafizCom di Google Chrome anda sekarang!
mantap ke crite tu?.. jauh kot nak jalan.. aku jalan kaki KLCC ke BB tu pn dah rasa jauh.. maybe sesak agaknya.. stakat sampai LOT 10, depan sikit pastu dah balik..
terbailk wok!! kelakar gila
aku terguling2 gelak.haha
haha, lot ten aritu merasa alienware je main game kat booth yes..;D
syahrilhafiz recently blogged about..Dapatkan extensions SyahrilHafizCom di Google Chrome anda sekarang!
merasa alienware je?..tak teringin nak angkat ?.. dah macam harga LC baru.. haha
Pingback: 4 Januari 2011, Selamat Hari Lahir Abah | izwanyusof.com
sop sop.. my ” new year” ( meaningless la 2011 new years cos we are muslim.. muharam is my new year)..
duk terperap dalm bilik jer… guting..potong..gam..colour…gunting..potong gam..ukur…
tip top tip top masa berjalan pun tak sedar…
sopannya men gam, gunting, kadbod,pembaris.. hehehe..
bese la tu la hidup seorang bakal architorture~~ tada….
torture..torture..
usaha yg sangat baik..moga diteruskan lagi usaha mcm ni..
InsyaAllah..
Aku kalau dapat peluang macam ni nak join juga
seronok kalau dapat jumpa ramai-ramai
wazy recently blogged about..Mamat Exist- Salju Di Danau Rindu
boleh try NGO kat jb.. Abim ada cawangan kat sana.. dekat2 dengan saujana, rumah MB..
Pingback: Cinta Itu Punya Matlamat | izwanyusof.com
Pingback: Tips : Kesan Tajuk Entri Terhadap Pembaca dan Trafik | izwanyusof.com