Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

menang pakej hosting percumaBlogging dengan hosting sendiri memang menarik. Kat sini ada peluang untuk mereka yang masih belum mempunyai hosting untuk cuba dapatkan pakej hosting 2 tahun PERCUMA dengan menyertai contest anjuran Pengendali Blog. Kalau nak serius dengan blog,dah boleh dah start cari info tentang apa itu hosting dan sebagainya. :)

Peraduan ‘Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog’ ini dianjurkan bersempena tarikh lahir admin Pengendali Blog pada 21 Febuari 2012. Berapa ya umur admin? Saya pun tak pasti. ;)

Hadiah Utama yang ditawarkan adalah pakej hosting seperti di bawah :

  • 1 GB space
  • 20 GB bandwidth
  • 5 addon domains
  • Unlimited MySQL databases
  • Unlimited Email accounts
  • Unlimited FTP accounts

Bagi tempat kedua, akan mendapat DOMAIN percuma selama 2 tahun.

Kesemua pakej hadiah ini ditaja oleh Web Hosting Malaysia | Elfbytes Web Hosting.

Kalau Menang Hadiah Utama,Apa Saya Nak Lakukan?

Sekarang saya ada satu domain yang masih tak dibangunkan lagi,hosting yang ada sekarang ni diskspace dah nak penuh jadi memang tak dapatlah nak tampung 2 blog. Jadi, sedang mencari bajet untuk beli hosting baru. Kebetulan ada contest hosting percuma, joinlah sekali mana tahu ada luck! Lagipun, 5 addon domains tu menarik sebab boleh buat banyak projek lagi. Hehehe..

Kepada yang membaca entri ni kalau tak join lagi klik Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog cepat-cepat sebab tarikh tutup dah dekat. Syarat tak susah,lagi ramai join lagi meriah!

Recent Related Posts

13 thoughts on “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

  1. bagi pengguna mcm saya ni, tawaran macam ni sangatlah mengujakan. Sayangnya saya masih belum jelas dan kelam sedikit pasal hosting dan domain ini.

    Selepas buat rujukan pun makin blur dibuatnya. Kadang-kadang terfikir nak dibiarkan sahaja kontest2 macam ni.
    faizul recently blogged about..Idea dan hujan adalah samaMy Profile

    • saya dulu pun banyak baca pasal wordpress,domain dan hosting sebelum membuat keputusan untuk membeli domain sendiri..