#BloggerCoffeeTalk Axis Atrium Ampang Meriah!

Kali ni tercapai target saya nak sertai perjumpaan antara penulis blog di Malaysia. Tak dapat join gathering besar-besaran bulan lepas yang kecil pun cukup memuaskan. 24 Febuari 2013 jam 4 petang hingga 6.45 petang berlangsung gathering kecil-kecilan yang dipanggil Blogger Coffee Talk di Axis Atrium Ampang.
blogger malaysia gathering di ampang
blogger wanita di gathering blogger
Oh ya, event ni anjuran Melastik Bintang. Dia cadang tempat kat Ampang memandangkan Puan Bee takde transport nak gerak jauh-jauh. Saya bila tahu kat Ampang terus confirm cepat-cepat yelah dekat sangat. Azman Ishak pun ada sekali sebab dia ada buat kelas asas fotografi. Nama saja kelas tapi kalau dah kat kedai makan ni santai je lah, takdenya nak formal.

kanak-kanal blogger mudakanak-kanak fotogenikanak blogger bolasepak azwan anuar

Blogger Bukan Saja Tahu Taip Entri Malah Minat Fotografi

Saya tak tahu ada ramai blogger yang ‘kaki fotografi’. Bila Azman Ishak datang, blogger lain macam Melastik Bintang, Azwan Anuar dan Azman Ismail semua bawa DSLR masing-masing. Maknanya selain minat tulis blog,kami juga ada minat lain yang sama iaitu fotografi.
azman ishak blogger fotografiblogger tanya setting manual dslr
Perkara asas yang diajar oleh Azman Ishak tadi pasal segitiga ISO, shutter speed dan aperture. Bagimana nak kawal tiga elemen asas tersebut bila guna setting manual DSLR. Penting sebab kita nak pastikan jumlah cahaya yang masuk itu stabil tak terlalu cerah (overexpose) dan tak terlalu gelap (underexpose). Seronok dengar walaupun dah tahu sebabnya kita akan perasan lain photographer lain cara dia ambil gambar. Teknik-teknik tu yang kita nak belajar dan ingat balik skill asas fotografi.

Fokus Dalam Bidang Sendiri

Dekat akhir-akhir tu kami banyak kongsi pasal pengalaman dalam blog. Mereka nyata lebih professional menulis blog. Ada yang kasi biz card, ada yang kongsi pasal cara urus blog, trafik, kualiti penulisan dan lain-lain. Kebanyakan mereka mengamalkan sikap fokus dalam bidang yang ditulis dan buat benda yang kita minat.
azman ishak dengan dslr canonminum teh kopi bersama blogger di ampangpuan bee dan deqnoor
Paling best Azman Ishak cakap,”orang buat blog artis kita nak buat,orang buat blog teknologi kita nak buat, orang buat blog itu kita nak buat jugak macamana nak fokus”. Dan lagi satu ada yang ingat saya cikgu sekolah. Hahaha. Biasalah tuan blog ni kejap update kejap tak. :)

Walaupun tadi saya datang sorang dan kesemua mereka baru saja berjumpa buat kali pertama tapi rasa takde masalah. Kita dalam minat yang sama, mesti ada je idea nak dibincangkan. Mencari event-event lain pula lepas ni untuk saya join dan kalau korang ada masa lapang sila join sebab macam-macam kita boleh explore nanti!

Blogger yang hadir:

#layari page fotografi saya di Artsflava Photography

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Datin Tyka says:

    tadi DT dah ada area KL dah. rumah abang dekat Keramat.. suro abang hantar, dia tak nak.. sabar je la.. tak ada rezeki..
    minat fotografi tpi belum ada rezeki untuk memiliki sendiri..
    selalu pinjam abang pnye je..
    in shaa Allah ada rezeki lebih, beli yang latest pnye. nikon D7100.. he he..
    akhir kata, sangat cemburu melihat gathering ini..
    tapi in shaa Allah boleh jumpa di lain hari

  2. azwan says:

    yeh…menulis kerana minat…
    aku 1st komen..hah..

    • Izwan says:

      tulis kerana minat best. bebas rasa.
      macam tak first je. blog ni activate comment approval sebab asyik kena masuk spam banyak sangat.

  3. B.P says:

    Perghh laju nyer update :)

  4. owh tidak… sungguh saya segan.. kenapa mesti muke yang hensem ini menjadi peneraju dalam cerita ini? kah kah kah.

    ape ape pon kan beb, salam kenai dari saya. harapnye kalau ade kelapangan, boleh la kita menembak sama-sama lepas ni. boleh ajak 2 3 orang lagi. sambil bergambar, sambil sembang pasal blog. hehehe tadek la bosan sangat.

    • Izwan says:

      sifu mesti jadi watak utama. hehe. takde ar,tak perasan plak masa menaip. haha
      yup,salam kenal.selalu baca kat blog je.insyaAllah pasni kita plan outing dengan member-member blogger lain. :)

  5. titan says:

    hoho..meriah nampaknya. hoho..

  6. puanbee says:

    Hehe , saya malas belajar pasal camera tadi , selalu dah belajar dengan ai , tapi tak pandai2 ..wakaka … ambik auto jek ..malas fikirnaa

  7. puanbee says:

    eh eh lupa , nanti kalau sudi boleh la jumpa2 lagi , saya ni susah sikit kalau nak jumpa di tempat jauh2 , abe kerja standby 24 jam .. ibu maintali katekan ahaks..

    best jumpa koram

    • Izwan says:

      owh,husband keje standby 24hrs. takpe mesti ada lagi gath tahun ni. saya pun selagi masih kat KL memang akan try join event macam ni lagi. :)

  8. Perghhh pantas ini orang.. mungkin kerana status bujang yang membuatkan anda pantas..kikikiki…

    nice entri bro… =)

    terima kasih kerana sudi datang…

  9. wazy says:

    nasib baik la jauh dan ada komitmen kerja,kalau tak nak juga turut serta

  10. hatiputera says:

    Pasti banyak ilmu yang didapati bila ramai blogger berkumpul.

  11. ohcikgu says:

    fuhh..bestnya tengok korang berkumpul.

  12. fiezaradzi says:

    seronoknya.. siap de anak2 kecil comel lagi.. anak saper tu bro, yg baju kuning dgn hitam tu?

  13. deqnoor says:

    salam kenal… pertama kali kita berjumpa kan.. :)

    xsempat nak update lg entry ni. huu… :(

  14. Seronok bila dapat jumpa member blogger secara face to face….betul tak….? hope kita dapat jumpa untuk sessi cenggini akan datang

  15. Ladfe Amir says:

    .cmemang seronok bila dapat berkumpul bersama 2 berkongsi minat walaupun cabang yg berbeza. tak perlu nak mengumpat, gossip untuk dapatkan masa yg berkualiti bersama2.

  16. Dkna Abza says:

    senorok kalau jumpa mb.. banyak cakap..meriah kan?? :)

  17. Luthfi says:

    wah seru nih,,bawa anak-anak pulak…

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam