Cinta Antara Sahabat Baik dan Peraturan Friendzone?

Dalam dunia sosial orang selalu cakap kita ada dua peraturan penting.

Pertama, lelaki dan wanita takkan boleh berkawan baik. Pasti satu ketika akan ada antara mereka yang melampaui garisan sebagai seorang kawan. Soal hati dan perasaan?

Kedua, lelaki dan wanita boleh berkawan rapat tetapi mesti diwujudkan satu sempadan yang dua atau tiga kali ganda lebih tinggi dari Tembok Besar China yang dipanggil ‘friendzone’.

love between best friend forever sahabat baik sejati

cinta BFF wujudkah? pic : kayellaneza


Kita analogikan satu situasi, kita namakan situasi pertama lah. Ada 6 orang sahabat baik, apa tu orang selalu cakap BFF (best friend forever). 3 lelaki dan 3 perempuan. Ditakdirkan satu ketika wujud satu pasangan antara mereka,si lelaki dan si perempuan. Baki lagi 4 orang kawan macam biasa. Satu hari pasangan tersebut gaduh besar, sorang tarik crowd geng-geng perempuan antara 4 orang tadi dan begitu juga dengan si lelaki. Kacau-kacau, dek kerana mereka jatuh hati diawalnya menemui jalan buntu maka persahabatan yang lain terjejas.

Situasi kedua, bila group yang ada lelaki dan perempuan yang dah lama berkawan dan tiba-tiba ada yang menaruh perasaan. Tapi biasanya, biasanya lah ia sukar nak diteruskan. Friendzone, itu yang jadi batasan. Yelah kau dah kawan lama, kutuk-kutuk itu ini, support each other tiba-tiba nak naik stage lebih pulak ye pelik. Kadang-kadang memang orang tak boleh terima. Pelik, sangat pelik tapi itulah jawapan ringkas dan cepat.

Cinta antara sahabat baik, mesti ada orang pernah hadapi atau lihat situasi macam ni. Ia adalah sesuatu yang amat sukar dan berisiko. Kira macam 50-50 la. Antara berjaya ataupun hilang kawan selama-lamanya. Jatuh hati dengan orang yang dah lama kenal dibandingkan dengan yang baru kenal jauh beza. Kalau baru kenal tu masing-masing ada sikap ragu-ragu, tak pasti, berhati-hati dan tak tunjuk diri sebenar lagi. Tapi kalau dah lama kenal, banyak benda dah tahu mungkin dari segi sikap, pemikiran sebagainya dan paling ketara dah mind-set takkan ada apa-apa hubungan lebih dari itu. Cukup sekadar kawan (friendzone).

Jadi, boleh masuk akal ke cinta antara sahabat baik dan peraturan friendzone ni?

“Inside your heart there is something that you can hide but you can’t deny”

Normal la kalau kawan-kawan baik korang ada perasaan kat korang (bukan sama jantina, itu bahaya!) . Takde salah pun jika ada perasaan dengan kawan baik sendiri cuma kena sedar risikonya dan fikir sehabis baik. Kalau rasa boleh go, teruskan dengan penjelasan dan kalau rasa tak boleh pun cuba je dapatkan jawapan baru lebih jelas tapi risiko dia kena terima dengan hati terbuka.

Friendzone ni kalau rasa nak wujudkan awal-awal lagi dah declare untuk jadi sahabat selamanya. Tapi pada saya tak logik istilah friendzone ni sebab ia menafikan fitrah yang kita tak jangka. Kalau ada kawan-kawan korang yang melebihi batas friendzone ni, terpulang sama ada menerima atau menolak tapi perlulah bijak dan berhikmah supaya kita tak rasa malu dan dia pun tak rasa malu atau bodoh dengan tindakan dia. Manusia semua ada hati dan perasaan, kena jaga tu.

walking alone at town

teruskan berjalan.. pic : silentivy

Ada yang pernah alami situasi macam ni? Biasanya kalau cinta antara sahabat baik ni sukar nak berjaya, serius sukar sebab dalam kumpulan anda tu dah ada mind-set yang besar, nak tembus mind-set tu macam sangat mustahil. Ramai yang akan gagal tapi tak bermakna ia penamat segalanya sebab dari situ anda kutip pengalaman. Tapi kalau berjaya, kira rezeki korang la dan memang awesome giler! Hahaha.

Hidup realiti sukar nak ramal atau susun plot dan jalan cerita tapi kita kena terus berjalan. Kalau situasi ini berlaku kepada anda, nak buat apa ye? Haa, boleh fikir-fikirkan. :)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. It’s complicated kan…

  2. Complicated, but worth reading.

    Kira macam 50-50 la. Antara berjaya ataupun hilang kawan selama-lamanya.

    Aku setuju statement ni. Lagi2 kalau jenis yang susah nak terima kepercayaan “ditolak” atau “dilamar”. Malu gakkan kalau kena reject, tapi pada masa yang sama tetap nak bersahabat baik. Haha.

    ps: Sbb tu elakkan bersahabat baik dgn org berlainan jantina. Maksud disini, kawan rapat. Susah nak jaga batasan pergaulan dan perasan. Nanti tiba2 menaruh perasaan, habis hura-hara kalau kena reject.

    Kalau kita mmg awal2 lagi dah pasang niat nak kahwin dgn org tu, lain cerita :p

  3. saya bercinta dgn kawan baik gak, dah kawen pun.. haha..

    de kawan2 yg simpan hati kat kawan2 lain gak, tapi mungkin tak serius mana, jadi bila tak jadi tu, biasa je la.. yg jadi kawan ni pun, still kawan dgn 2-2.. tak de masalah..

    apapun dlm hubungan, rasanya kena bersikap matang, dan redha dgn apa jua terjadi. kenapa nak hilang kawan hanya kerana putus kasih? pendapat je la kan..

    • rare jugak ni,tahniah2.
      putus kasih punca hilang kawan? mungkin emosi menguasai di awal situasi agaknya? kan.
      benda macam ni tak boleh paksa terima dan kalau sedar perkara tu mungkin boleh bersikap lebih cool.

  4. Susah nak dijelaskan. Cinta itu buta.

  5. Complicated, tapi ada jalan selesainya. Yg penting, kita tahu apa erti sahabat, rakan, kawan…hehe

  6. susah..gua susah nak percaya kawan antara lelaki dan perempuan..

  7. lelaki dan perempuan umpama magnet kutub utara dan selatan..mana boleh dekat..melekat..hahaha..aku tak ada pengalaman sebab dari zaman sekolah tak bercampur perempuan..semua geng tebuk pagar belakang asrama..hahaha

  8. btul2..good info

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam