Kamera Lasak SJ4000 Sebagai Alternatif Kepada GoPro. Adakah Anda Berminat?

kamera rekod video tahan lasak SJ4000

Bagi penggemar sukan ekstrem, lasak dan penonton siri televisyen Fear Factor mesti tahu atau pernah dengar kamera jenama Go Pro. Housemate saya juga seorang pengguna kamera Go Pro. Harga kamera Go Pro semestinya atas dari RM1000 bagi pasaran dalam Malaysia. Berita baik bagi penggemar kamera mini lasak, pasaran China telah mengeluarkan satu model kamera yang hampir serupa dengan Go Pro dinamakan SJ4000. Orang sebut SJ Four Thousand. Jom lihat spesifikasi SJ4000.

  • Liquid Crystal Display (LCD) 1.5LTPS
  • Lens 170°A+ HD wide-angle lens, 6G lens
  • Language Options English / German / French / Spanish / Italian / Portuguese / Chinese Traditional / Chinese Simplified / Japanese / Russian
  • Resolution of Videos Recorded 1080P (1920*1080 ) 30FPS, 720P (1280*720) 60FPS, VGA ( 848*480) 60FPS, QVGA (640*480) 60FPS
  • Video Format MOV
  • Resolution of Photos 12M / 8M / 5M
  • Storage Micro SD maximum support 32Gb
  • Shooting Mode Single Shot / Self-timer (2s / 5s / 10s / Continuous Shooting
  • USB Interface 2.0
  • Power Source Interface 5V1A
  • Battery Capacity 900MAH
  • Power Dissipation 400mA@4.2V
  • Recording Time 1080P/ About 70 minutes
  • Charging Time About 3.5 hours
  • Operating System (OS) Windows XP/VistaorAbove/Win7/Mac os
  • Dimension 59.27*41.13*29.28

Ok tak perlu lihat semua perkara saya hanya ulas sikit spesifikasi yang penting.

  1. HD wide angle lens. bukaan lens ini luas seakan-akan pandangan mata sebenar.
  2. Resolusi video 1080p jadi boleh rekod video format HD.
  3. Resolusi gambar paling besar 12M boleh dikatakan cukup baik.
  4. Maksima storage 32Gb memadai untuk shoot secara terus dengan kualiti HD. Tapi bagi yang buat kerja official mungkin perlu sediakan tambahan memori kad dan bateri.
  5. Dimensi atau saiz SJ4000 ini sedikit besar dari Go Pro tapi tak ketara, hanya beberapa mm.

Ciri-ciri lain, seperti biasa. Kualiti video pula kita lihat dibawah. Pilih 1080p untuk tonton resolusi HD.

Secara asasnya, bila cahaya cukup (waktu siang) SJ4000 mampu merakam kualiti video setanding Go Pro. Tapi saya masih mencari footage waktu malam dari SJ4000.

Harga SJ4000 bagi pasaran semasa di Malaysia sekitar RM450 – RM480 tidak termasuk memori kad. Murah kan? Jauh beza dengan Go Pro tapi pada kualiti yang hampir sama. Yelah, barang elektronik apa je yang tak asal dari China. Diorang negara pengeluar.

Saya sedang cuba mendapatkan stok SJ4000 ini minggu depan. Jika lebih 5 orang berminat, boleh bagi harga special itupun bergantung kepada pembekal. Kalau korang memang berminat dengan aktiviti lasak, nak rekod video HD tapi tak mahu guna DSLR atau tak mampu beli GoPro tapi nak rasa pakai boleh komen kat entri ni untuk survey. Nanti saya update lagi.

UPDATE!

Stok telah tiba, tinggal 2 unit sahaja lagi. Bagi yang serius berminat rujuk info di Cara Beli Kamera SJ4000.

cara beli sj4000

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    Sangat clear gambar tapi kalau tengok balik video tu , ada defect dekat auto recording . Ada bunyi yang agak tak best . Cuba tgk video tu dah pasang speaker kuat sikit . :)

    • says

      video ini saya ambil dari sampel yang lebih tunjukkan kualiti gambar. untuk rakaman audio ada lagi satu contoh video saya akan update kemudian.

  2. says

    saya baru dapatkan go pro.
    jenis customer seperti saya ni,mesti peniaga suka sebab saya malas nak pikir2.
    kalau within bajet, nampak style,bayo je la.hehe

    anyway, thanks for the suggestion! :D
    nanti promote kat membe2 jugak..ekekek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam