Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal berapa hari lagi ni? Kurang 2 minggu untuk ketibaan ramadhan. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.
Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Tahun ni sedikit berbeza sebab sebulan Ramadhan ni aku akan berada di rumah.
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Disini ada satu facebook page bernama Warna Ramadhan yang boleh korang lawati. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. ![]()
kredit : zelo55, layar sukses, warna ramadhan





Semoga hari terakhir Sya’ban penuh barakah..
dan sambutan Ramadhan sehangat awal bulannya..
dan semakin bertambah ke penghujung ramadhan. harap amal ibadah semakin bertambah..
target khatam bulan Ramadhan..
insyaAllah
May Allah Ease and Bless all. .
tu yang terbaik.tak pernah lagi khatam bulan ramadhan.Insya Allah tahun ni cuba khatam buat kali pertama
patut la macam lama je tak online.rupanya buat theme baru.hehe…cantik theme baru ko ni,izwan
ramadhan al mubarak.semoga dapat ditempuhi dengan lebih barakah.menarik entri ko kali ni
premium theme ni bro..huhu menang cantik
terkenang masa pakai premium theme ni…
lama tak online pn atas sebab2 tertentu. interent prob. biasalah BB je.
paling best ada iklan ho ho ho…sangat comel
iklan tu kawan yang buat,dia admin page tu.
tak sabar rasanya masuk ke waktu itu.. eheh..
alhamdulillah, bulan ramadhan ialah bulan yang dinanti nantikan untuk sama2 jalankan ibadah serta operasi tangkap mereka yg ponteng puasa
kalau dah baligh tu tiada alasan untuk ponteng..
comel gambar kartun tu
dah bwajah baru.nice nice.
theme ni smart
nice2… hohoho
nice info … tak sabar rasanye nak sambut ramadhan ni… bulan yang paling bahagia sekali
semoga sempat bertemu ramadhan kali ini..
itik rupanya. aku ingatkan ayam tadi..
msti ramai yang dah lupa niat puasa ni. hehe..
mamat bulan puasa ni..habis la blog..
sebab mamat keja dkat bazar
tak sabar nk puasa

aku link kelebihan puasa oke
sbb tu bde yg kerap aku dgr n beljar tntg kelebihan puasa
okey.. bulan puasa ni feeling lain sikit biasanya.. semoga sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini..
ahlan wa sahlan ya ramadhan untuk bro,
banyak kelebihan dia ni
When you are writing about Lafaz Niat Aqiqah, consider including answers to some of these common questions, or providing background information about the topic based on the types of questions given here.
ramai yang baca post tuan ni..untung dpt pahala…
tak sangka juga sebenarnya.