Bulan Febuari ramai yang sibuk nak cari tempat praktikal untuk pertengahan tahun 2013. Penat proses ni sebab kena berhadapan dengan pelbagai birokrasi. Tips ini saya kongsi berdasarkan pengalaman tahun lepas masa proses kelam-kabut cari tempat praktikal.
1. Tetapkan Lokasi Tempat Praktikal Anda
Cari dulu lokasi kat mana nak buat praktikal. Dekat dengan rumah, dekat dengan kampus ataupun tak kisah kena campak mana-mana. Penting sebab mudah nak bajet kewangan nanti.
2. Pilih Syarikat Yang Berkaitan Dengan Bidang
Biasanya fakulti akan bagi senarai syarikat yang dah biasa ambil pelajar untuk praktikal, sila go through senarai tu satu persatu dan kaitkan dengan lokasi pilihan anda. Buat list pendek dan cari latar belakang syarikat. Tanya senior-senior tentang keadaan sebenar syarikat tu supaya tak salah buat pilihan. Kena dapat syarikat merepek-repek kita juga yang susah nanti.
3. Utamakan Syarikat Yang Beri Elaun
Lepas pilih syarikat tu dalam 10 – 15 nama contohnya, tengok semula mana yang bagi elaun. Kaitkan dengan point 1 iaitu lokasi tempat praktikal. Kalau dekat dengan rumah atau kampus elaun tak banyak pun takpe tapi kalau jauh kena memilih sikit kalau tak nak sara hidup camane? Penting untuk pastikan lokasi tempat tinggal anda dan elaun tu selari supaya tak terbeban nanti.
4. Hadir Temuduga Anggap Itu Peluang
Saya suka tempat yang ada temuduga. Takut tu ada la juga sikit tapi itu saja jalan nak serlahkan diri sendiri sebab saya tahu pencapaian akademik saya tak sampai first class CGPA. Lagipun temuduga tu pengalaman, kena tolak tak kisah sekurang-kurangnya sebelum masuk dunia pekerjaan nanti dah ada pengalaman ditemuduga.
5. Maksimakan Carian Peluang Di Internet
Rajin-rajinkan diri tengok portal seperti Jobstreet, Job Malaysia, IEM, forum dan lain-lain sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Pasti ada jawatan atau tawaran untuk internship. Bila ada tu call atau email secepat mungkin untuk dapatkan respon.
6. Bijak Atur Masa Untuk Hal Surat-Menyurat
Bila nak mohon tempat praktikal kita perlukan transkrip akademik,surat sokongan dan surat maklumbalas dari fakulti. Dapatkan borang tu awal-awal lagi terutama surat sokongan sebab biasanya ia akan amik masa 3 hari waktu bekerja. Kalau terlepas due date permohonan kan rugi.
Akhir sekali sabar menanti. Saya dapat tempat praktikal lambat dulu, sebulan sebelum mula tarikh rasmi. Waktu tu memang stress. Ada yang sekali mohon terus dapat, ada yang mohon dekat 20 syarikat baru dapat rezeki masin-masing. Tips ni pandangan sendiri saja, kalau rasa tak nak ikut takde hal. Haha. Selamat menjalani alam latihan industri ye!
#Celcom Tawarkan Tukar Broadband Lama Ke PortaWiFi Baru!

ya..ini panduan bagus…sebab sem depan saya dah kena praktikal
tgh cari lagi tempat nak praktikal
kena gigih sikit waktu cari ni..
jangan luap cari yang leh bagi elaun banyak. hehe..
tak banyak asal ada pun okey. haha
Gud info bro… boleh jadi panduan sem depan…
betul la.. rezeki masing masing… ada yang sekali mintak dah dapat..
ada yang mintak dah lama tapi lambat pulak dapat..
terima kasih,semoga bermanfaat.
praktikal dpt elaun tu yg best. dulu praktikal ngn petronas,,dpt rm1000 sebulan. tp syg, utm hny benarkan praktikal selama 2 bulan sedangkan U lain ada smpai 6 bulan. tak ckup lama nk belajar byk benda..
utm 2 bulan je eh? kami 3 bulan itupun diorang cakap tak cukup patutnya. UTP 5 bulan, UiTM pn ada sesetengah course 5 bulan.
info yang betul.
dulu DT cari tempat praktikal senang je, tanye jiran.. hehe lepas tu dapat..
dah selesai praktikal, dah selesai degree.. hoorayy
senangn jugak ar DT cari tempat praktikal.
lupa nak masukkan point tanya tempat kenalan2 terdekat. haha
alhamdulillah senang.. tak ada pening pening..
tu la kena tambah point.. kenalan tu erti kata lain cable je.. hehehe
Semoga semua yang nak mohon tempat praktikal berjaya yeah!
perlu cabaran nak berjaya mohon tempat praktikal. tempat praktikal idaman lagi payah. itu baru praktikal,belum kerja kan. hehe
untuk cikgu-cikgu, praktikalnya disekolah sajalah ye. hehe
cikgu2 macam senang je nak cari tempat praktikal. sekolah2 banyak dah.
terima kasih,,tipsnya berguna buat yang membutuhkan!!