Hidup ni boleh kita umpamakan macam satu jalan yang tegak, dan dalam jalan tegak tu kita akan jumpa macam-macam simpang dan banyak tempat “rehat & rawat” sebelum kita teruskan perjalanan. Kadang-kadang, nak menuju jalan tegak kat depan tu kita tak tahu apa yang menanti, apa yang akan kita jumpa.
Kerjaya, Pelajaran dan Kehidupan
Ini mungkin satu bahagian. Kita tengok jalan hidup orang lain macam mudah je. Biasanya nak berjaya tu kita selalu lihat dengan keputusan SPM cemerlang seseorang, sambung pelajaran peringkat lebih tinggi, tajaan, fast-track PhD dan kehidupan lebih senang. Ada juga jalan hidup yang dia berada di puncak kejayaan tiba-tiba dibuang dari kampus, kerja tak menentu dan lihat terkapai-kapai. Kita selalu lihat situasi pertama berjaya,situasi kedua gagal. Tapi betul ke persepsi tu? Boleh tak kalau nak kata kedua-dua situasi itu adalah yang terbaik sebenarnya?
Cinta dan Perhubungan
Satu kisah lain, ada orang yang kita lihat kisah hati dan cintanya berjalan lancar. Nampak mudah dan sempurna. Berbahagialah orang itu. Ada kisah lain yang cintanya berhenti di tengah jalan,ambil waktu mengubat hati dan teruskan dengan jalan yang lain. Bila dia mencuba mungkin kecewa lagi,ambil masa dan teruskan berjalan. Apakah keputusan itu salah? Ada sabahat pernah pesan,”dalam apa-apa perhubungan mesti ada sakitnya yang kau akan rasa. Persahabatan, perkahwinan dan sebagainya akan ada sakitnya”.
Kadang-kadang bila difikirkan secara realistik dan tenang, tiada keputusan yang betul atau salah dalam kehidupan. Mungkin pada pandangan orang keputusan kita salah, ramai tak setuju dan kita degil. Tapi dalam perancangan Allah, mungkin keputusan yang salah di mata orang adalah keputusan terbaik di mata Maha Pencipta. Sebab apa kita belajar setelah buat salah adalah latihan untuk kita tempuh cabaran masa depan.
Ya, hidup umpama jalan lurus. Kita belok di simpang kecil, menumpang teduh di pondok kecil. Jika simpang yang kita lalu tu jalan mati, pondoknya usang dan mahu runtuh kita patah balik. Cari jalan asal dan teruskan berjalan. Mungkin nanti kita masuk ke simpang kecil yang tiada halangan, seronok berjalan. Tapi sebenarnya kita tak pasti apa akan ada di hadapan.


Hidup memang satu perjalanan.
Apa pun belajar melalui pengalaman orang lain tentunya lebih selamat daripada belajar melalui kesilapan sendiri.
tapi,pengalaman orang lain tak sama. kemampuan orang lain tak sama.
kadang-kadang takde jalan selamat kat hidup. belajar dari kesilapan sendiri lebih sakit tapi lebih berkesan. mungkin?
Skrip kehidupan manusia lebih kurang sama melampaui zaman.. Cuma situasi berbeza. Pandai-pandailah ambil pengajaran dan tauladan daripadanya agar tidak tersilap langkah. Sebab itu kita harus menghargai sejarah…
yes bro. belajar dari sejarah. betul tu.
hidup adalah sebuah perjalanan.. ada masa di atas dan ada kalanya kita dibawah.. yang penting sentiasa berserah kepadaNya segala urusan kita setiap hari
yup. betul tu bro..
perjalanan yang berliku..
bnyk cubaan dan dugaan..
tapi destinasi hanya satu..
kalau tertewas x sampai la ke destinasi kita tu..
nak tewas atau tak pun satu pilihan..
hanya kita yang boleh mengemudi hidup, sama ada untuk ke ‘kanan’ atau ke ‘kiri’
yup. dan dibantu atau dipengaruhi oleh orang sekeliling kita.
Mungkin ini jalan persimpanganku di sini. berjaan & bermuasafir di sini..
“berjalan di jalan yang terang…..” – lupa lirik. kena record ni!
fuhh..hang tulis cerpenkah nih? hehe..
ni namanya penulisan dari hati. haha
Setiap manusia akan melalui fasa-fasa sebelum perjalanan tersebut terhenti apabila mati.
fasa-fasa tu yang menarik bila ingat balik..