Dah minggu ke empat semester baru ni saya agak blur,kabur dengan progress final year project 2. Kalau FYP 1 semester lepas kita tulis report,analisa pun kalau buat main-main boleh lepas lagi. Tapi FYP 2 ni kena keluarkan produk seketul untuk present depan juri, pending sikit rasa.
Projek saya adalah automation system for rolling steel alignment process. Satu plat zink akan lalu kat prototaip conveyor line macam kat gambar tu dan bila zink tersebut senget, akan ada sensor yang kesan perubahan jarak dan beri signal ke motor untuk tegakkan balik plat zink tersebut. Mekatronik kena gabung dua bahagian mekanikal dan elektronik dan paling penting kena ada control system dalam projek. Control system, paling tak minat subjek tu.
Setakat hari ni baru siap potong aluminium profile, aluminium hollow dan pasang kesemuanya nak jadikan satu frame. Saya takde direct buat terus frame ni. Minggu lepas saya work on beli polistrin tebal dan potong ikut ukuran yang saya nak supaya nampak bentuk frame macamana. Bila dah yakin je baru saya potong bahan yang sebenar. Tak suka buat kerja direct, nanti salah dah susah.
Ini baru bahagian mekanikal ada lagi tambahan seperti roller,coupling, casing untuk motor dan lain-lain. Untuk bahagian elektronik belum beli barang lagi. Supervisor dah tegur dah kelmarin sebab tak jumpa dia selalu. Hahaha. Dalam masa saya nak siapkan bahagian mekaninal kena buat equipment test untuk DC motor, Ultrasonic sensor dan lain-lain komponen. Nak pastikan barang tak rosak dan ikut spesifikasi yang kita nak.
Fear Factor Selebriti Malaysia Apa Dah Jadi?
Target sebelum mid semester dah siap mekanikal dan dah masuk progress untuk elektronik. Masih banyak kerja nak buat ni! Oh ya,korang jangan rasa kagum sangat. Projek ni simple je kot. Kalau tengok geng-geng mekatronik saya yang lain, diorang siap buat robot, GPS, robot kura-kura, kerusi roda guna kawalan minda dan projek diorang lagi menakjubkan. Okey,lain kali kita sambung lagi cerita pasal FYP. Nak ke workshop dulu buat apa patut..

Kalau zaman saya projek macam bro buat ini guna PLC sahaja.
ada jugak kawan suggest pakai PLC tapi pening plak bila nak control ladder diagram dia tu. setakat ni stick dengan guna microcontroller dan buat closed loop feedback.
kalau pakai PLC boleh bawak pi industri. haha
goodluck bro
and thanks mention kat twitter tadi
*bookmark*
aku saje je mention. takde la cerita detail sangat pun. biasa2 je. hehe.
ur welcome.
Mungkin projek ni simple bagi bro tapi menakjubkan bagi orang lain.. good luck!
tapi bila dan work on step by step, ia taklah semudah yang disangka. masih juga pening sebenarnya. tunggu dah stage tengah2 nanti. hehe
moga bro berjaya dengan final projek ni.
insyaAllah Denaihati.
Nak tanak kena harung jugak lah hehehe…
mesti punya.. nak grad ni.. hehe
hang nak buat apa nih?? akurium ka?
uish ada rupa akuarium ke??
tu frame untuk model conveyor line..
wah membina besi2 ni..
belum tahap membina lagi. baru memasang2 je. hehe. tu aluminium tu sume,bukan besi..
dah lama tinggal kerja2 ‘hands on’ ni.. dok mengadak komputer ja…
dah beralih profession nampak gaya sekarang eh.
dulu ada gak belajar pasal control system ni skit. tak berapa nak score..
mungkin ko boleh blaja dgn onlajer.haha! pakar tuh
sama la,tak berapa nak score. pass atas pagar je.
onlajer power control system? hebat la gitu..
buat bikin apa tuh?