Semangkuk Bubur Lambuk Sekampit Beras Siam Super

bubur lambuk bulan ramadhan

Selesai satu program yang sempat saya join waktu Ramadhan ni. Bosan juga dah lama tak join program. Sabtu lepas pun dapat join program ni separuh je sebab pagi kerja.

Semangkuk Bubur Sekampit Beras dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar Islam Johor dengan kerjasama ABIM Johor. Boleh kata aktiviti tahunan menjelang Ramadhan. 28 Julai 2012, program ini dijalankan serentak di Kampung Sungai Rinting Johor Bahru dan Kampung Bukit Istana Batu Pahat. Tenaga penggerak terbahagi dua cawangan iaitu di Batu Pahat dan Johor Bahru. Disebabkan saya sekarang tinggal di Nusajaya,pergi yang kat Johor Bahru lagi dekat.

Program bermula pagi untuk masak bubur,siapkan bahan,potong itu potong ini dan segala yang berkaitan dengan bubur lambuk. Dekat pukul 1 tengahari mereka dan pun siap masak bubur dan hampir selesai packing dalam bekas plastik. Saya tengok gambar dari facebook je ada kawan upload,laju betul masak. Selalu petang baru nak packing.

program khidmat masyarakat ramadhan

program khidmat masyarakat sekampit beras oleh ABIM dan KPIJ

Lepas Zuhur dah mula bahagikan kumpulan untuk agihkan bubur ke kawasan kampung. Kampung Sungai Rinting D ni tak banyak rumah,cepatlah bubur diagihkan. Saya sampai sana jam 3 petang,waktu tu baru nak bahagikan sumbangan beras dan barang dapur ke rumah-rumah yang memerlukan. Contoh ke rumah ibu tunggal,orang kurang upaya yang kami dapat data dari penghulu kampung sendiri.

bantuan makanan kepada yang memerlukan bulan ramadhan

Sebelum Asar dah selesai bahagikan bubur dan beras. Cepat jugalah habis. Program semangkuk bubur sekampit beras akan ada siri kedua di Pontian pada 11 Ogos 2012. Kalau saya pergi pun mungkin petang,sekarang ni setiap Sabtu saya kena kerja sebab nak ganti cuti raya! :lol:

warga muda turun ke lapangan beri bantuan

- ahli jawatankuasa yang menjayakan program semangkuk bubur sekampit beras

Ini video semasa program. Kredit to videographer @faaizzdzul

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. apa2 punbro tahniah program seperti inilah yang membuat silaturahim sesama kita berpanjangan…hihihi

  2. Buat aktiviti macam ni waktu Ramadhan memang best, rasa macam sayu je hati, sambil tu muhasabah diri balik..

    Selamat teruskan ibadah! :)

  3. wahh..raijn gak ko join program-program cam ni ye. bagus. bagus..bagus untuk negara dan agama. :)

  4. Wah, bagus betul join program sebegini. Teruskan, teruskan.

  5. video video o oo ooo

  6. menarik!

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam