Perbelanjaan Aidilfitri bagi masyarakat Melayu di Malaysia sedikit meningkat menjelang Aidilfitri. Menjadi tradisi untuk kita menjamu selera keluarga,rakan-rakan di musim perayaan. Senarai harga barang runcit kawalan sempena Aidilfitri ini boleh dijadikan rujukan untuk kawal perbelanjaan anda. Boleh pastikan harga barang yang kita beli itu tidak terlalu tinggi dan mengikut standard yang ditetapkan kerajaan Malaysia.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan senarai harga barang kawalan Aidilfitri berkuatkuasa 12 sehingga 26 Ogos 2012.
1. Ayam hidup, RM5.70 – maksimum
2. Ayam standard, RM 6.80 – disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal
3. Ayam super, RM 7.60 – disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal
4. Daging lembu tempatan, RM22.00
5. Daging lembu import, RM 24.00 – harga maksimum di Sarawak sahaja
6. Daging kerbau tempatan, RM21.00
7. Daging kerbau import India, RM13.50
8. Telur ayam gred A, RM0.35 sen
9. Telur ayam Gred B, RM0.34 sen
10. Telur ayam Gred C, RM0.33 sen
11. Kubis bulat,RM3.20 – import dari Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing
12. Cili merah, RM10.00
13. Tomato, RM4.50
14. Kelapa parut, RM 6.00 – harga maksimum di peringkat runcit
15. Kacang tanah import, RM6.50
16. Bawang merah kecil India, RM5.00
17. Bawang besar import, RM2.50
18. Bawang putih China, RM7.50
19. Ubi kentang import China, RM3.00
20. Ikan kembung, RM12.00
Jika harga yang anda beli terlalu mahal, aduan boleh dikemukakan melalui :
- E-mail : e-aduan@kpdnkk.gov.my
- Talian Bebas Tol : 1-800-886-800
- Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) : taip KPDNKK ADUAN hantar ke 15888
Nota: Fuh! mujur belum berkeluarga lagi,tak perlulah fikir belanja dapur. Target raya ni nak beli benda lain. Hehehe.

barang tu semua kawalan lagi tu, sama je macam sebelum ni
daging konfirm mahal
kadang2 time nak raya je sikit-sikit naik. harga ayam sama je. family aku biasa beli ayam,daging kurang sikit. hehe.
nak kena print ni kalau nak gi sopin
elok juga tu. boleh tunjuk kat peniaga kalau harga tinggi. hehe
takut pulak diaorang cakap nanti print date dah lama.
Nak murah sikit beli ayam, beli di Tesco.hehe
ayam tesco ni kurang sikit ar minat nak beli. pasar basah gak sedap. kadang2 ayam pasaraya besar ni tak elok sangat.
Ayam diaorang macam lama sikit kot.
ohhh mahal sgt daging lembu tempatan tu…biasa rm 16/kg jer….huhu
rasanya ni harga max peniaga boleh letak. makan ayam je,cukup dah. hehe
hafizul..kena beli daging lembu kat pasir puteh , jerteh atau kg buluh.
betul tu bro..biasa beli pasair puteh jer…tak pun dekat kampung gaal tu…hehe
hoho..tiap kali ada kerayaan, mesti isu ni naik.
terhangat di pasaran..
It is very difficult to control the price of the goods.