10,619 pengunjung sehari! Antara rekod pengunjung paling tinggi yang pernah saya dapat dengan blog biasa ni. Nampaknya sehari sebelum berpuasa ramai yang cari kat google Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan. Entri itu entri tahun lepas dan memang target untuk share sekaligus main SEO. Hasilnya nampak setelah setahun,lama kan?
Antara tips yang saya nak share kat sini kalau anda jenis malas nak update blog, kongsikan satu perkara yang setiap tahun orang akan cari dan optimumkan SEO entri tersebut. Terpulang,sama ada nak kongsi perkara yang setiap hari orang cari,tiap minggu atau tiap bulan. Selain berkongsi dapat juga kekalkan momentum blog yang ada,walaupun sedikit.
Bagaimana Mendapat 10,000 Visitor Sehari?
1. Topik Menjadi Carian Ramai
- Fikir apa topik yang orang ramai perlukan? Tips, tutorial, petua. Itu contoh yang menjadi carian terhangat.
2. Ubahsuai Keywords Menjadi Tajuk Entri
- Saya hanya mahu letak keyword ‘lafaz niat puasa ramadhan’ tapi diselitkan ditengah-tengah perkataan ‘kelebihan bulan’. Umpama kill two birds with one stone.
3. Kaji Jarak Masa Sebelum Carian Bermula.
- Buat entri lebih awal. Contoh keyword lafaz niat puasa saya buat setahun yang lepas dan impaknya ketara pada tahun ini,ia sudah stabil di enjin carian. Contoh lain keyword Eyriqazz Vs Denaihati yang berjalan sekarang ini, penilaian selepas 31 Ogos 2012. Jadi mereka yang buat entri lebih peluang untuk menang.
4. Kuasa Social Network Share
- Mendapat jumlah Facebook share,like, Retweet yang tinggi menyumbang kepada ribuan visitor sehari. Tapi bukan mudah sebab ia bergantung kepada pembaca,kalau ia berguna ramailah orang akan kongsi entri anda.
Yes,penangan SEO penting untuk menjenamakan blog secara teknikal dan mendapatkan pengunjung. Tapi ada juga pemain SEO yang saya tak gemar bila dia beri harapan palsu. Apa harapan palsu? Buat entri Keputusan Penuh Manchester City Vs Malaysia sebelum perlawanan berlangsung, lepas tu kat bawah letak “keputusan akan di-update sebentar lagi”. Bengang baca entri macam tu!
4 tip diatas tidak menjamin anda akan dapat 10,000 visitor sehari. Hehe. Jangan serang balik pula jika tak dapat result macam tu. Ia adalah gambaran awal tentang Search Engine Optimization (SEO). Saya hanya kongsi sedikit yang saya tahu. Mungkin anda ada lagi tips untuk ditambah? Silakan kongsi ilmu. ![]()

giler ah banyak mcm tu, boleh habis bandwidth tuh, hehehe
tak habis. baru guna 1/8 je. hehe. hosting baru ni bandwidth besar.
cpu resource biasanya dikira per hour…kekadang belum habis bandwidth pun dah kena cpu resource.
Yup! Saya setuju..
Satu perkongsian yang agak menarik. InsyaAllah akan dipraktikkan kerana kuasa SEO ni nyata membuahkan hasil. Tidak dapat disangkal lagi. hehe!
Terima kasih.
sama-sama..
belog sempoi..10,619 pengunjung sehari!..terbaek r..aq punye 2k je visitor sehari..mesti income masyuk..huhu
to be honest,takde income. tak pasang iklan pun,setakat affiliate tu tak jadi sangat. dulu pakai nuff tak leh go. 10ribu tu sehari je. biasanya trafik aku sangat sikit.
betul tu aku juga kene tempias bulan puasa ni mmg teruja bila tgk traffik mcm nie….:)
skrg tgh nak naikkan yang no.4 tu hehehe…:)
social share memang main peranan besar juga.
tu la aku pun tgh upkan social share nie…terutama fb…:) susah betyul nk suruh org like
Share ke digg ok jugak traffic kalau kena gaya…
wahhh..betul2 penangan SEO…
sekali je sebulan.
xpe..yg pntg ada tu….eca pena try main entry puasa bulan rejab..mmg sehari je dpt 1k….oke la blog pun cikai2 je.haha XD
kalau UV macam tu baik pakai blogspot supaya blog tidak habis bandwitdh..kalau pakai wp kebarangkalian bandwidth limit adalah tinggi.
yup betul. setakat ni bandwidth masih boleh menampung lepas pindah ke hosting lain.
peh banyak tu…memang best
sekali sekala akan rasa best.
Mantap..jauh lagi saya..hehe..
tak juga. hanya sekali sekala.
nampak gaya terpaksa jugalah promote dekat fb juga
kalau fanpage ramai like takpe. promote sikit je dah ramai yang view. kalau tak,kena rajin sikit lah.. hehe
Mak aih, sehari 10k, gempak! Ya, saya pun bengang dengan penjaja SEO palsu. Eee, geram jer.
sebenarnya dalam masa 2 tahun, baru sehari dapat begini.
erm.. bg Sya, social share memang sangat membantu, buton share fb kat blog sya tak keluar lately ni, tak tahu apa masalah. last2 orang tekan like je. Sya lagi suka visitor tekan share. Dah try tukar plugin pun, masalah yang sama juga. x tahu nape, no idea to solve it, last2 biarkan je, since sekarang ni tengah banyak sangat kerja yang nak disettlekan. But if jumpa solution, InsyaAllah, akan dibaiki mana yang problem.
saya prefer orang tekan like. macam lagi memudahkan pembaca. klik je.
hoho..aku pun buat benda yang sama. trafik datang tanpa buat apa-ap dah sekarang. dah tak boleh halang dah..haha..
dah tak perlu halang. biarkan je ia datang. haha..
wow! hebat.. traffic mcm tu dapat iklan yg byr kira per impression pun s0dap tu.. hehe
tak mampu lagi nak amik iklan impression cam innity tu. blog biasa je.
untung la bg yg update tiap2 hari. huhu
update tiap hari pun tengok tajuk gak. macam blog ni tak larat nak update hari2..